Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 3 August 2016

ZX10-R Padat Dengan Teknologi Perlumbaan

KAWASAKI Ninja ZX10-R yang gah mengungguli WSBK sejak 2013, kini berada di atas jalan raya - Foto Azhar Ramli
TIADA jenama motosikal supersport lain yang boleh menuntut gelaran Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) seperti Ninja ZX10-R. Pada 2013, pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) menerusi penunggangnya Tom Sykes, memegang gelaran juara dunia. Ia diulangi pada tahun lalu dengan penunggangnya, Jonathan Rea. Ninja ZX10-R 2016, mula dibangunkan untuk tujuan perlumbaan, justeru maklum balas daripada pelumba KRT seperti Rea dan Sykes diambilkira dalam membangun dan mengeluarkan model ini daripada litar lumba ke jalan raya. 

Berpengalaman menunggang uji model ZX10-R 2015, penulis amat teruja apabila diberi peluang menunggang uji model 2016, yang disumbangkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, pada hujung minggu lalu. Memandangkan ketika ini musim hujan, penulis memutus menguji di laluan jarak dekat iaitu dari Bangsar ke Alor Gajah, Melaka, menerusi Maju Expressway (MEX) sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, sejauh kira-kira 300 kilometer pergi dan balik. 

Di laluan MEX dari Bangsar ke Cyberjaya, kuasa besar ZX10-R baharu ini jelas dirasai. Enjin berkapasiti 998cc empat silinder selari dengan enam kelajuan ini dan 207 hp ini, boleh menghenjut daripada kelajuan pegun hingga 100 kilometer/sejam (km/h) dalam masa hanya 3.0 saat.
ZX10-R kekal stabil meskipun pada kelajuan tinggi - Foto Azhar Ramli
Di laluan kurus, penulis cuba memecut untuk mencapai kelajuan maksimumnya, namun gagal kerana sebaik saja meter kelajuan mencecah 250 km/h, motosikal terpaksa diperlahankan memandangkan hujan renyai mulai turun. Walau begitu, pada kelajuan berkenaan, dapat dirasakan pendikitnya masih banyak berbaki, jadi mungkin benar dakwaan sesetengah penunggang uji di Eropah bahawa ZX10-R 2016 mampu mencecah sehingga 300 km/h.

 'Cylinder head' dan 'crank' baharu pada model ini menghasilkan pecutan yang lebih ringan dan dapat dirasakan putaran enjin yang amat pantas. Sementara itu, 'engine braking' atau pengurangan kelajuan juga boleh dilakukan lebih cepat, justeru meningkatkan keyakinan penulis ketika mengambil selekoh panjang, mahu pun selekoh tajam. 

Penukar gear pantas (gearbox quick-shifter) pada model ini (walaupun ia hanya untuk penukaran gear ke atas sahaja, tidak seperti pada jenama motosikal lain), beroperasi dengan lancar, justeru membuat tunggangan lebih selesa. Prestasi penengah (mid-range) juga amat kuat sehingga penulis dapat merasakan roda depan sering terangkat ke udara jika pendikit dipulas dengan keras meskipun dalam gear tiga dan empat.
MODEL terbaru ini turut dilengkapi dengan Unit Pengukur Inertia (IMU) Bosch yang dapat mengetahui keadaan motorsikal seperti condong ke kiri, kanan, hadapan dan belakang - Foto Azhar Ramli

MOTORSIKAL Kawasaki ZX10-R Model 2016 - Foto Azhar Ramli 
Memasuki lebuh raya PLUS, lalu lintas agak sibuk dalam keadaan jalan yang basah, 'keganasan' kuasa enjin ZX10-R dijinakkan dengan sistem kawalan cengkaman (Traction Control System), manakala sistem brek cegah kunci (ABS) berfungsi dengan baik meskipun pada kelajuan 140 km/h hingga 180 km/h. 

Model terbaru ini turut dilengkapi dengan Unit Pengukur Inertia (IMU) Bosch yang dapat mengetahui keadaan motosikal seperti condong ke kiri, kanan, hadapan dan belakang, yang mana data yang diperoleh kemudiannya dikira dan disampaikan kepada sistem lain. 

Ia jelas memudahkan lagi kawalan, apabila sistem ini mengehadkan roda belakang daripada tersasar ketika keluar daripada selekoh tajam, dan juga menghalang roda hadapan terangkat terlalu tinggi ketika pendikitnya dipulas dengan keras. 

ZX10-R 2016 kekal stabil meskipun pada kelajuan tinggi susulan sokongan mantap pada hendal dan fork depan oleh damper elektronik Öhlins. Fork hadapan 43mm Balance Free Showa adalah sama seperti motosikal lumba dan pertama kali digunakan pada motosikal jalan raya. Ia adalah lebih selesa, stabil semasa membrek serta lebih 'rasa' ketika menunggang. 

Kesimpulannya, ZX10-R 2016 yang padat dilengkapi dengan teknologi litar lumba terbukti mampu mendominasi jalan raya.
ENJIN berkapasiti 998cc empat silinder selari dengan enam kelajuan - Foto Azhar Ramli
NINJA ZX10-R 2016 mula dibangunkan untuk tujuan perlumbaan - Foto Azhar Ramli
INFO: Spesifikasi ZX10-R 2016 
  • Enjin: 998cc empat silinder sebaris, DOHC, 16 injap, penyejukan cecair 
  • Kuasa maksimum: 207hp @ 13,000rpm 
  • Tork maksimum: 114Nm @ 11,500rpm 
  • Tayar hadapan: 120/70ZR17M/C (58W) 
  • Tayar belakang: 190/55ZR17M/C (75W) 
  • Berat: 206 kg (dengan ABS) 
  • Kapasiti tangki: 17L 
  • Harga: RM104,589 (dengan GST, tanpa insurans)
Teknologi Lumba KRT: 
  • Unit Pengukur Inertia (IMU) Bosch 
  • Sport-Kawasaki Traction Control (S-KTRC) 
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM) 
  • Kawasaki Intelligent Anti-lock Brake System (KIBS) 
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) 
  • Kawasaki Engine Brake Control (KEBC) 
  • Damper stereng elektronik Ohlins 
  • Pilihan mod tunggangan

Oleh Kamarulzaidi Kamis

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my