Azizulhasni ketika penyampaian pingat Olimpik Rio 2016 |
OKLAH on a more
serious note, mengapa aku sangat sentimental dengan Azizulhasni Awang.
Pada yang lupa atau belum tahu, dia pernah mengalami kecederaan ngeri,
tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan
memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester lima
tahun lepas.
.
Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat
dalam kemalangan hingga menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23
sentimeter tertusuk di betisnya sampai habis koyak rabak seluarnya hingga menampakkan punggung.
.
Azizulhasni kesakitan sejurus tamat perlumbaan |
Namun dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya
menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan.
Semuanya dia lakukan bukan saja untuk dirinya, tetapi demi menjulang
nama Malaysia yang tercinta ini!
.
Kayu yang menusuk kaki Aizulhasni |
Walaupun dalam kesakitan yang
amat sangat, cita-cita pemuda bertubuh kecil ini tidak pernah padam
biarpun terpaksa berhadapan dengan pencabar yang lebih tinggi, lebih
gagah bentuk fizikalnya semata-mata untuk memastikan Jalur Gemilang
berkibar dengan megahnya!
.
Azizulhasni juga pernah mengejutkan
dunia apabila memakai sarung tangan GAZA sebagai menunjukkan sokongannya
terhadap rakyat Palestin waktu Sukan Komanwel di Glasgow dua tahun
lepas hingga mendapat amaran keras daripada badan sukan dunia itu, namun
dia tidak peduli dan tak gentar langsung dengan amaran itu.
.
Menunjukkan sokongan beliau kepada Palestin |
Jadi bila permohonannya mendapatkan HANYA sebuah basikal tidak
diendahkan, aku rasa ia LEBIH TAJAM DAN MENYAKITKAN daripada tertusuk
kayu itu sendiri. Kalau kita boleh merasai 'kesakitan' itu, bayangkan
dia si empunya badan.
.
Apa salahnya dia meluahkan 'sedikit'
kesakitannya...selama ini dia bermatian-matian demi negara ada pernah
dia luahkan dan ada kita pernah endah? Ini bukan soal nak hentam
kerajaan atau memanda menterinya, ini soal hati dan perasaan seseorang
yang rasanya dipinggirkan...itu saja, kenapa perlu melantun tak tentu
pasal?
.
Selama ini Azizulhasni tak pernah mengeluh atau
komplen apa-apa pun, dia hanya pendamkan apa yang dia rasa, jadi takkan
dengan hanya sedikit luahan kita dah nak cop dia sebagai besar kepala
etc...siap nak bandingkan pingat gangsa dia dengan pingat perak orang
lain, ni apa crita???
.
Kaki Azizulhasni ditusuk kayu ketika perlumbaan |
Apapun aku tetap puji MB Terengganu
kerana berjanji untuk menyiasat perkara itu walaupun sebenarnya 'nasi
dah jadi bubur'. Namun oklah bubur daripada ia bertukar basi.
.
Aku tutup cerita Azizulhasni dengan ucapan - kau tetap wira walau apa saja kutukan dan sindiran yang kau terima kerana isu ini.
.
Salute buat Jijoe, my ROCKETPOCKET MAN!
.
.
Credit: Syahril A Kadir
No comments:
Post a Comment