Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 12 April 2018

Beza Roh Orang Beriman Dengan Golongan Diperdaya

Pada suatu masa nanti dalam perjalanan hidup manusia, akan tiba masanya mereka dilanda penyakit penyesalan apabila menghampiri saat kematian seperti firman Allah SWT: "Dan (ingatkanlah) hari orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata: 'Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Celakalah aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada jalan peringatan (Al-Quran) setelah disampaikan kepadaku.' Dan Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikannya sahabat karib)." (Al-Furqaan: 27-29)
Penyesalan pertama manusia ialah apabila melihat malaikat maut berdiri di hadapan, lalu memohon agar ditangguhkan kematiannya seketika agar berpeluang untuk bersedekah dan melakukan amalan salih. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menangguhkan kematian manusia apabila tiba masa dan lebih mengetahui perilaku hamba-Nya. Tanpa persiapan menghadapi kematian, manusia akan berdepan penyesalan tidak berkesudahan.
Dua keadaan akan berlaku kepada manusia ketika saat kematian, iaitu roh orang Mukmin akan ditarik dengan cara yang lembut, lalu berkumpul bagaikan air yang tidak bercampur dengan minyak, walaupun hakikatnya mereka juga menanggung azab kematian amat dahsyat.
Sementara itu, satu lagi golongan manusia yang apabila roh mereka diseru untuk meninggalkan jasad, roh akan bertempiaran lari, lalu nyawa direntap dalam keadaan kucar-kacir dihasut oleh syaitan untuk menyesatkan manusia ketika sampai ajalnya.
Mereka akan dipujuk oleh syaitan yang datang menyerupai orang dikenali ketika hidup. Tiada lagi taubat diterima Allah SWT apabila tiba masa nyawa berada di halkum kerana segala-galanya sudah terlewat, manakala malaikat tidak dapat mencari walau satu pun kalimah syahadah di seluruh jasadnya dan berakhir hidupnya dalam keadaan sia-sia.
Namun, sebaliknya mereka yang disayangi Allah SWT, malaikat akan mencari kalimah itu pada jasad ketika roh berada di halkum. Apabila ditemui, malaikat akan menepuk bawah dagu mereka sehingga lidah tergerak untuk menyebut kalimah Allah SWT. Lalu roh pun keluar untuk dimasukkan oleh malaikat ke dalam bekas berwarna putih dan berbau harum yang dikhususkan hanya untuk orang Mukmin.
Kedudukan Roh
Setelah Allah SWT menentukan kedudukan roh sama ada dalam syurga Illiyeen atau neraka Sijjin berdasarkan amalan ketika hidup, jasadnya diuruskan untuk dikebumikan dan disediakan untuk menghadapi alam barzakh. Setiap perkara ketika pengurusan jasad oleh manusia yang masih hidup, akan dapat disaksikan roh si mati.
Antara perkara pasti berlaku apabila jasad dikebumikan adalah himpitan kubur yang tidak akan ada seorang manusia terlepas daripadanya. Kemudian malaikat Munkar dan Nakir datang untuk menjalankan sesi soal jawab ke atas si mati.
Ketika inilah mereka akan memohon dan merayu agar dihidupkan kembali untuk melakukan amal salih yang ditinggalkan ketika di dunia.
Sesungguhnya hanya penyesalan dan kekecewaan akan dirasai kerana mustahil mereka dihidupkan semula, malah terus kekal di alam barzakh sehingga dibangkitkan semula di hadapan Allah SWT pada Akhirat kelak.
Namun sebaliknya orang mukmin akan sentiasa ditemani al-Quran yang menjadi pembelanya ketika menghadapi sesi soal jawab malaikat Munkar dan Nakir, lalu kubur dilapangkan seluas mata memandang.
Tiada seorang pun dalam kalangan orang mukmin akan meminta agar dihidupkan semula kerana tidak lagi sanggup menanggung azab menghadapi kematian kecuali mereka yang mati syahid. Namun mereka yang menyesali kematiannya dan merayu dihidupkan kembali adalah manusia yang melakukan kezaliman ke atas diri sendiri dan secara terang-terangan melawan syariat Allah SWT.
Oleh: Fairuz Noordin (Pengurus Hubungan Strategik Radio IKIMfm)
.

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Penembak Sekolah Mahu Derma Harta

MIAMI: Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya yang dipercayai bernilai ratusan ribu dolar kepada keluarga mangsa dan mereka yang terselamat dalam serangan itu," kata peguamnya hari ini.
Pada 14 Februari lalu, Cruz melepaskan tembakan rambang di sekolah tinggi Marjory Stoneman Douglas di bandar Parkland, Florida Selatan menggunakan senjata separa automatik jenis AR-15.



Dia dituduh melakukan 17 pembunuhan dirancang dan berdepan 17 tuduhan cubaan membunuh. Pendakwa menuntut hukuman mati.
Pada sidang mahkamah semalam, Hakim Broward County, Elizabeth Scherer menentukan sama ada Cruz yang diwakili peguam pembela umum mampu membayar peguamnya.
Peguamnya belum dapat menentukan nilai warisan yang ditinggalkan kepadanya selepas kematian ibunya, Lynda Cruz pada November lalu.
Namun, laporan tempatan yang memetik anggota keluarganya menyebut, mendiang ibunya menyediakan tabung amanah bernilai AS$800,000 (RM3.1 juta) untuknya.
Bagaimanapun, pasukan perundangan Cruz mencadangkan sebarang warisan yang mungkin diperoleh harus disalurkan kepada mangsa-mangsa Cruz dan bukan membayar harga peguam yang mahal. - AFP
.

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Sunday 18 March 2018

Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Anak Perempuan


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, pada jam 8.17 pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.
"Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi," katanya yang turut menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini, Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.
Sumber: Berita Harian Online
======================================================

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Wednesday 14 March 2018

TOYS 'R' US BAKAL DITUTUP!


NEW YORK: Firma pengeluar permainan kanak-kanak terkemuka, Toys 'R' Us, bercadang menjual atau menutup semua kedainya di Amerika Syarikat, berpotensi menjejaskan 33,000 pekerja, lapor media semalam.

Peruncit dibebani hutang itu, yang memfailkan notis perlindungan muflis September lalu, memberitahu pekerja ia merancang memfailkan kertas penyelesaian menjelang sesi pendengaran mahkamah hari ini, menurut laporan The Wall Street Journal dan Washington Post.

"Kami menaikkan tanda jualan ke atas semua," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Brandon, pada sesi persidangan dengan kakitangan syarikat itu.

Bermula pada 1948 di tengah kerancakan ekonomi AS selepas perang, Toys 'R' Us memiliki 881 kedai di AS dan hampir 65,000 pekerja di seluruh dunia, menurut sidang akhbar terkini firma berkenaan bulan lalu.

Syarikat beribu pejabat di New Jersey itu dibebani hutang susulan pembelian ambil alih pada 2005 oleh konsortium termasuk Kumpulan KKR dan Bain Capital.

Seperti juga kebanyakan peruncit lain, Toys 'R' Us juga terkesan dengan persaingan daripada Amazon dan peruncit atas talian lain.

Pengarah Urusan GlobalData Retail, Neil Saunders, menyalahkan kepemimpinan teruk sebagai sebab kepada masalah syarikat berkenaan. - AFP



Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Sunday 11 March 2018

Ustaz Somad teladani Nabi, banyak buka ruang soal jawab

MELIHAT caranya yang bersahaja menyampaikan ceramah, mengembangkan topik diberi dengan hujah serta dalil diselang-seli lawak jenaka, pasti tidak akan percaya dulunya pendakwah sedang meningkat popular itu, akan lari sambil mencari helah demi mengelak daripada memberikan tazkirah.
Pengalaman itu dikongsi pendakwah kelahiran Silo Lama, Asahan, Sumatera Utara, Abdul Somad atau juga dikenali sebagai Ustaz Somad pada wawancara BH di TV Alhijrah, Kuala Lumpur, ketika menjawab pertanyaan bilakah beliau mula berdakwah.
Kata anak sulung daripada dua beradik itu, sekembali ke Pekanbaru selepas menamatkan pengajian di Maghribi, beliau tidak boleh mengelak untuk menyampaikan ilmu agama dipelajarinya.
Beliau bertemu ulama besar di Pekanbaru, Dr Mustafa Umar yang banyak memberi pendedahan mengenai dunia dakwah melalui ceramah dengan membawanya setiap kali pergi memberi tazkirah.
"Ketika belajar di pondok, setiap pelajar mesti bagi ceramah dan saya akan lari kerana tidak suka ceramah depan orang ramai. Ketika di Maghribi, pelajar dipanggil ke Kedutaan Besar Indonesia untuk menyampaikan khutbah dan apabila disuruh, saya kata saya sakit.
"Bagaimanapun, selepas bersilaturahim dengan Dr Mustafa, saya banyak mengikut beliau memberi ceramah. Sejak itu, saya banyak menggantikannya untuk memberi tazkirah setiap kali beliau ada urusan di Kuala Lumpur. Saya banyak belajar daripada Dr Mustafa," katanya.
Bercerita lanjut, Abdul Somad berkata, hatinya bertekad untuk mendalami ilmu agama selepas membaca buku kecil biografi
Syeikh Abdurrahman yang diberikan kepadanya selepas beliau memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis Haul Peringatan Sheikh Abdurrahman.
Beliau yang ketika itu berusia 10 tahun amat terkesan dengan kesusahan dilalui moyangnya itu yang pernah belajar di Minangkabau, kemudian ke Aceh sebelum berhijrah ke Kedah selama tujuh tahun dan menyambung pengajian di Kelantan serta Pattani.
Di Pattani, Sheikh Abdurrahman berguru dengan Sheikh Wan Mustafa al-Fatani yang kemudian membawa beliau ke Makkah dan tinggal di sana selama tujuh tahun sebelum kembali ke kampung halamannya menjadi pendakwah.
Sheikh Abdurrahman kemudian dilantik oleh Sultan Melayu Asahan di Sumatera untuk menjadi penasihat baginda dan di sana beliau mengembangkan sebuah kampung serta berkahwin.
"Beliau mempunyai seorang anak, Siti Aminah yang mempunyai anak, Hajah Rohana, ibu kepada anak bernama Abdul Somad. Saya ini generasi keempat. Susah-payah moyang saya mengembara mencari ilmu memberi motivasi kepada saya.
"Apabila saya berasa susah ketika belajar di Mesir, saya akan teringatkan kesusahan moyang. Jadi saya beritahu diri, jika Sheikh Abdurrahman susah belajar di Makkah, kenapa saya tidak boleh susah belajar di Mesir," katanya.

Suka sesi soal jawab
Abdul Somad berkata, ketika mula berceramah dahulu, tempoh 15 minit dirasakan terlalu lama, tetapi setelah 10 tahun, kini beliau sering diberi peringatan oleh penganjur mengenai masa yang berbaki kerana keasyikan menyampaikan tazkirah.
Katanya, beliau lebih suka menyampaikan ceramah berkisar kepada isu semasa yang melanda masyarakat hari ini dan selalunya akan bertanyakan kepada penganjur mengenai tajuk atau topik yang ingin disyarahkan.
Beliau akan meluangkan masa menjawab soalan jemaah yang hadir kerana pastinya antara mereka mempunyai persoalan yang memerlukan pencerahan. Baginya, lebih baik mereka bertanya kerana apabila mereka mencari jawapan sendiri tanpa bimbingan boleh menyesatkan.
"Pendekatan saya bertanyakan apa penyakit yang dihadapi. Saya tidak mahu bawa ubat sakit kepala, tetapi orangnya sebenarnya sakit perut. Apabila datang ke Kuala Lumpur, saya minta tajuk dan syarah mengikut tajuk.
"Manusia apabila mengaji, akan ada soalan dalam fikiran mereka. Jika boleh jawab, saya akan jawab. Andai tidak, saya bawa balik dan kemudian boleh baca di www.somadmorocco.blogspot. Nabi SAW banyak buka soal jawab dan sahabat bertanya kepada Baginda," katanya.
Hasil daripada sesi soal jawab pada setiap ceramahnya itu juga mendorong beliau menghasilkan buku yang kini boleh dibaca di internet. Menurut Abdul Somad, itu semua adalah wasilah kerana tujuan dakwah adalah untuk beramal.
Katanya, Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh untuk berdakwah saja tetapi melihat apakah tindakan sesudah itu kerana bagi golongan yang mendengar ucapan baik harus diiringi dengan yang lebih baik iaitu amal perbuatan.

Ruang dakwah makin luas
Ditanya apakah perasaan apabila dirinya semakin dikenali, bapa kepada anak lelaki berumur lima tahun, Mizyan Haziq Abdullah, menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT yang menduganya dengan kebaikan adakah beliau bersyukur atau kufur.
Tambahnya, apatah lagi ruang dakwah beliau semakin luas bukan setakat di surau di Sumatera sahaja, malah turut menerima jemputan dari negara luar. Justeru, beliau berusaha memenuhi tuntutan dakwah itu mengikut keupayaan dirinya.
Mendalami apa yang tersirat di hati pensyarah Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau itu, melihat kepada perkembangan umat Islam hari ini, yang merisaukan beliau ialah banyaknya isu serta fitnah di internet.
Katanya, umat Islam khususnya golongan muda perlu berperanan mendapatkan kesahihan perkara (tabayyun) setiap kali menerima sesuatu berita kerana ia umpama bola salji yang semakin membesar akan menjadi musibah.
"Saya senang apabila ada bertanya betulkah ustaz terbabit dalam masalah ini, berkata begini atau kenapa ustaz sokong orang cakap tidak baik mengenai masalah ini? Saya akan tanya di mana dia dapat maklumat itu dan tunjukkan tulisan atau video asal.
"Sebabnya ada sudah diedit sedangkan ia bukan yang sebenarnya. Kita juga kena faham isi dunia sejak alam berkembang ada baik dan buruk. Apabila semua baik itu adalah syurga dan bila semua tidak baik, itu neraka," katanya.
Katanya, beliau bukan bintang kerana semua orang adalah pendakwah dan beramal soleh, maka menjadi tanggungjawab umat Islam yang melihat kemungkaran memperbetulkan keadaan mengikut kemampuan mereka sebagai jihad mencari reda Allah SWT.
Oleh Hasliza Hassan

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Tuesday 13 February 2018

Azmil Mustapha meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun.
Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.
Berita pemergian Azmil dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar tadi.
"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.
"Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan," katanya.
Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.
Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.
Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal.
.
.

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Monday 12 February 2018

Altimet Bersara


KUALA LUMPUR: Biarpun merangkul trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Altimet tetap meneruskan hasrat berhenti menyanyi sebaik usia menginjak 40 tahun pada 27 November depan.
Komposer, penyanyi hip hop dan rap terkenal itu menganggap kejayaan pada acara anugerah muzik berprestij itu sudah mencukupi buat karier nyanyiannya.
"Saya percaya, Allah beri kemenangan ini bererti cukup-cukuplah saya menyanyi. Saya tidak akan ubah pendirian itu. Saya hanya mampu memanjat kesyukuran atas nikmat ini kepada Tuhan.
"Cukuplah malam Ahad lalu saya melabuhkan tirai membuat persembahan di AJL 32. Saya percaya masih tidak ada rapper yang bertanding di pentas itu sebanyak saya.
"Bukan nak riak, tapi ini semua isyarat daripada-Nya untuk saya berundur dan memberi laluan kepada yang lain," katanya kepada BH Online.
Lagu Amboi ciptaan Navigator dan lirik dihasilkan Altimet adalah pertaruhan keempat Altimet di pentas AJL.
Ketika beraksi malam tadi, Altimet 'menggegarkan' Axiata Arena, Bukit Jalil dengan persembahan bertenaga. Kemunculan aktres, Nabila Huda yang melakonkan watak 'Makcik' membuatkan penonton berdiri dan bersorak.
Sebelum ini, Altimet tampil dengan lagu Kalau Berpacaran berganding dengan Ana Raffali dan Suhaimi Mior Hassan pada AJL 26. Ini diikuti Kalau Aku Kaya bersama Awi Rafael (AJL 28) dan Not For Sale dengan Stacy (AJL 30).

Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman berkata, dia berharap ada rapper lain yang akan memecahkan rekodnya bertanding empat kali pada AJL.
"Terima kasih kepada yang mengundi lagu Amboi hingga menang kategori Persembahan Terbaik. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang menjayakan persembahan lagu Amboi," katanya
Sambil berseloroh, Altimet berkata, jika ada peminat mahu membantah keputusannya berhenti menyanyi melalui petisyen, dia sebaliknya menyarankan pungutan suara itu ditujukan kepada ibunya, Jamalah Agil Alsagoff.

"Kalau ada yang nak halang persaraan saya di pentas seni, cubalah pujuk ibu saya... Bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Jadi, siapa tahu saya boleh ubah keputusan itu," katanya.
Altimet yakin banyak bidang baharu boleh diterokanya selepas berhenti menyanyi.
Namun, katanya, bidang penciptaan lagu tidak akan ditinggalkan. Altimet sedia berkongsi bakat dengan menghasilkan karya untuk penyanyi lain.
.
.

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my