Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 10 August 2016

Olimpik: Sara cacat rekod atlet Mesir pertama naik podium

GAYA angkatan Sara Ahmed yang menghadiahkannya pingat gangsa kategori 69 kilogram di Rio 2016. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Remaja, Sara Ahmed muncul atlet Mesir pertama yang berada di podium Olimpik apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dalam acara angkat berat kategori 69 kilogram di Riocentro, hari ini. 

Atlet berumur 18 tahun dari Ismailia itu juga menjadi wanita pertama Arab untuk menghadiahkan pingat angkat berat. Xiang Yanmei memenangi emas, atlet China keempat yang memenangi emas angkat berat di Rio, sementara atlet Kazakhstan, Zhazira Zhapparkul merangkul perak. 

"Ini adalah penghormatan terbesar," kata Sara yang memenangi gelaran Sukan Olimpik Remaja dua tahun lalu. "Semua rakyat Mesir menantikan satu atau dua pingat daripada pasukan kami." 

Secara teknikal, Abeer Abdelrahman adalah atlet wanita Mesir pertama memenangi pingat Olimpik. Sukan Olimpik 2012 London, Abeer menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara 75kg tetapi semua tiga atlet di tempat teratas kemudiannya didapati positif menggunakan bahan terlarang, sebelum dia dihadiahkan pingat perak. 

"Tetapi saya adalah yang pertama berada di podium," kata Sara yang menyertai sukan angkat berat selepas diperkenalkan abangnya. - Reuters


PEMENANG kategori 69 kilogram, Xiang Yanmei (tengah) dari China, pingat perak, Zhazira Zhaparkul (kiri) dari Kazakhstan dan pingat gangsa, Sara Ahmed di Olimpik Rio 2016. - Foto AFP

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my