Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 9 August 2016

Wanita Besi India akhiri mogok lapar 16 tahun

Irom Chanu Sharmila menjadi simbol penentangan terhadap keganasan kerajaan di negeri timur laut Manipur. - Foto EPA
IMPHAL, India: Hampir 16 tahun selepas memulakan mogok lapar, 'Wanita Besi' Irom Chanu Sharmila, akhirnya makan hidangan pertamanya semalam. 

Pejuang berusia 44 tahun, yang menjadi simbol penentangan terhadap keganasan kerajaan di negeri timur laut Manipur yang dilanda konflik, bersedia untuk berbuka puasa selepas muncul di mahkamah berikutan dakwaan cubaan membunuh diri. 

Irom diberi makan melalui tiub hidung di Institut Sains Perubatan Jawaharlal Nehru. Sebagai sebahagian prosiding kehakiman beliau perlu hadir di mahkamah setiap dua minggu. 

Pada perbicaraan lalu, beliau mengumumkan perjuangan terhadap kekejaman angkatan tentera kuasa-kuasa khas tidak berjaya dan tiba masa untuk mencuba cara lain. Perjalanan Irom dari penjara ke kancah politik sering dibandingkan dengan ikon seperti Aung San Suu Kyi dan Nelson Mandela. 

Irom memulakan mogok lapar pada November 2000 selepas pembunuhan beramai-ramai Malom, sebuah perkampungan kecil di pinggir Imphal. Seramai 10 orang dilaporkan dibunuh pasukan separa tentera yang dikawal kerajaan, dikenali Assam Rifles. 

Ketika itu, Irom berkata, beliau akan terus berpuasa sehingga kerajaan berhenti menggunakan akta kontroversi Angkatan Tentera Kuasa-kuasa Khas yang memberikan kuasa tidak dikawal kepada tentera untuk menggunakan kekerasan di "kawasan bergolak" bertujuan membanteras pemberontakan. - Agensi.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my