Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 1 February 2017

6 SEBAB KENAPA KITA PERLU MEMAKAI PERFUME



Perfume bukan 1 keperluan tapi kemestian.. hehe... Yup, bagi aku tidak lengkap rasanya jika kita sudah berpakaian cantik menarik tetapi tidak menggunakan sedikit wangian pada diri sendiri... betul kan? 

Ni antara sebab-musabab dia:

1) PERFUME adalah SUNNAH
Aku yakin ramai yang tahu, berwangi wangian itu sunnah Rasulullah SAW. Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah benda yang ada di dunia ini yang disukai oleh Nabi SAW? 

Sabda Nabi SAW : “ Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian”. Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh Nabi SAW. 

Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana ianya adalah naluri fitrah seseorang manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika kejadiannya baik, jika kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka kepada wangian. 

Sebaliknya akan membenci, seperti Nabi SAW yang tidak suka kepada bauan yang kurang menyenangkan (busuk). Baginda Nabi SAW benci jika terlihat atau terhidu benda yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan (busuk). 

Rasulullah tak suka makan bawang putih dan tumbuhan yang boleh mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan (berbau busuk). 

Berwangi-wangian juga akan menyegarkan minda & jiwa untuk kita beribadah. 


2) PERFUME MENAMBAH ENERGY
Ketika kita keletihan/rasa ngantuk bukan kopi/gula2 sahaja yang boleh memberi tenaga.. cuba spray sedikit perfume... kita mula rasa segar kembali.. kerana wangian mampu memberi kesegaran yang baru, aromanya mengejutkan kita... tak percaya nanti boleh try :)


3) PERFUME MENAMBAH KEYAKINAN
Jika badan kita berbau (busuk).. adakah kita rasa yakin untuk berdepan dengan orang lain? mesti tak kan.. nak salam peluk pun kita rasa tidak selesa... Begitu juga sebaliknya jika kita berwangian.. automatik kita mula rasa confident..benda ni normal & biasa terjadi dengan sendirinya.. Betul kan?



4) PERFUME MEMBERI RASA GEMBIRA PADA DIRI & ORANG SEKELILING
Perfume mampu membantu meningkatkan hormon kegembiraan. Bila kita rasa tertekan, atau kegelisahan.. perfume boleh mengembalikan rasa bahagia dan tenang.. Caranya senang je.. tarik nafas dalam2 dan lepaskan.. kemudian spray sedikit perfume.. especially bau2 note yang fresh & menyegarkan.



5) PERFUME MAMPU RANGSANGAN MENGGODA KEPADA SUAMI/ISTERI
Tak percaya? Betul ni..tak percaya boleh cuba ya nanti huhu..perfume mampu merangsang hormon sexuality.. Jangan salah gunakan sudah la ya.. hehe.. Pakailah wangian walaupun di rumah...untuk suami atau isteri kita.. Aku sarankan pakai bau-bauan yang tertentu untuk suami isteri. Kebahagian kita datangnya dari rumah.. berwangi-wangian untuk orang-orang yang tersayang adalah sangat perlu. Bukan hanya spray ketika mahu keluar rumah je tau...



6) PERFUME BOLEH MENGGAMIT MEMORI
Bila aku pakai perfume Versace Jeans (yg warna purple tu), mula la teringat kenangan silam sewaktu muda hahaha.. zaman percintaan beb :P ..alaa..tak payah la nak ingat sangat..bak kata Jepp Sepahtu "Barang yang lepas jangan dikenang" huhu..

Kalau pakai Dunhill Pure pulak teringat buat hantaran kahwin dulu..banyak lagi la malas nak taip huhu :P ..Perfume ni memang membuatkan kita teringat pada benda-benda penting yang berlaku dulu..betulkan menggamit memori? 

Cuba tukar perfume yang biasa kita pakai kepada perfume baru pulak... it's help u to remember the memory :)

Semoga Bermanfaat.
.
.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my