Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 19 July 2016

Mazidul: Saya Tak Perlukan Wang, Cuma Doakan Saya

Pengacara popular, Mazidul Almal Sidik membuat 'come back' di rancangan pagi TV3, Malaysia Hari ini, selepas dua tahun terlantar akibat serangan strok.

MHI menjemput pengacara Mazidul ke rancangan itu bagi menceritakan keadaan kesihatannya.



Menerusi rancangan itu, Mazidul - yang kelihatan semakin sihat - kerap tersenyum apabila disoal oleh pengacara, Ally Iskandar.



Lebih dari itu, Mazidul turut dipertemukan dengan mentornya yang juga bekas pengacara, Abdullah Chik dan Christine Chin dalam program tersebut. Turut hadir, bekas pengacara, Zakiah Anas dan Hazlin Hussain.



Dalam program itu, Mazidul menzahirkan perasaan gembira beliau apabila dapat bersemuka semula dengan rakan-rakan lama yang bersama-sama bertugas dengannya sebelum ini.

 "Kini saya banyak berlajar untuk berjalan semula, selain itu... saya juga sedang mengembalikan ingatan.


"Alhamdulillah, saya semakin baik," katanya ketika dalam rancangan itu.



Dalam slot yang berdurasi hampir 15 minit itu, kebanyakan mereka membuat flashback tentang tugasan mereka bersama Mazidul.


Bagi Hazlin Hussain, kerana terlalu marahkan Mazidul semasa menyertai rancangan Gadis Melayu, orang pertama yang 'ditembaknya' adalah Mazidul.



"Kalau dibenarkan, saya akan tembak abang Mazidul sebab dia marah saya masa itu, malahan pen saya turut dilemparnya ke dalam longkang.



"Tidak dapat bayangkan bagaimana saya marah dengan dia," katanya dalam nada gurau.



Selain itu, bagi Zakiah, Mazidul ini suka kacau orang, suka menyanyi dalam pejabat.



"Ada saja dia kacau orang, beliau sebagai penghibur bagi kami semua.



"Kami doakan dia kembali pulih segera seperti sediakala," kata Zakiah.



Di akhir rancangan itu, Mazidul meminta agar masyarakat mendoakan kesihatannya agar dia dapat kembali berbakti kepada masyarakat melalui bidang penyiaran.



"Kalau diberikan wang, saya tidak perlukan itu semua.



"Saya hanya perlukan doa daripada anda semua, untuk saya boleh kembali memberikan khidmat kepada masyarakat," katanya.



Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my