Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 9 August 2016

Kerap muntah, Ezad masuk hospital lagi

EZAD dimasukkan ke hospital kerana muntah berpanjangan selain serangan sinus.

KUALA LUMPUR: Urusan kerjaya penyanyi, Ezad Lazim terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sebaik dimasukkan ke hospital sekali lagi berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. 

Isterinya Nor Azeana Ramli, berkata doktor menasihatkan suaminya menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat memandangkan penyakit resdung yang dialaminya juga semakin serius. 

Nor Azeana berkata, muntah berpanjangan selain serangan sinus, jika tidak dirawat boleh menjejaskan peti suara serta menyebabkan tubuh suaminya lemah serta tidak bermaya. "Saya terpaksa membatalkan urusan kerja bersama pihak TV3 pada hari ini kerana keadaan kesihatan suami. 

Sukar untuk saya mengulas mengenai perjalanan kerjayanya namun berdoa supaya dia kembali sihat. "Kami memohon maaf di atas perkara yang tidak dapat dijangka sebegini. 

Sekarang pun Ezad masih muntah dan memerlukan pengawasan doktor hingga keadaannya stabil. "Selain itu, penyakit resdung yang dialami juga mengganggu Ezad untuk membuat persembahan hingga perlu menjalani pembedahan segera," katanya.

Dalam pada itu, Nor Azeana menyatakan gejala muntah berkenaan dialami sejak awal Jun lalu selepas Ezad mendapatkan rawatan bagi mengurangkan kesan sinus.

Oleh Farhana Ab Rahman.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my