Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 8 August 2016

KTM SUPER DUKE GT 1290 lebih berkuasa

PANTAS, bergaya dan prestasi tiada tandingan.
SUDAH pasti ramai menantikan kemunculan KTM 1290 SUPER DUKE GT di pasaran Malaysia, sejak model itu dipertontonkan pada November 2015 pada Pameran Motosikal Milan (EICMA). 

Isnin lalu, KTM Malaysia melancarkan model motosikal Sports Touring V-twin terpantas di dunia di mana ia menamatkan penantian peminat motosikal tanah air. Sememangnya, reka bentuk KTM 1290 SUPER DUKE GT sudah cukup 'menggiurkan' ramai peminat motosikal tempatan khususnya peminat motosikal pengembaraan dan dua-kegunaan berkuasa tinggi. 

Menampilkan enjin prestasi tinggi serta kecanggihan teknologi bantuan tunggangan, KTM tampak bersedia untuk menyaingi dalam segmen motosikal Sports Touring menerusi KTM 1290 SUPER DUKE GT. 

Walaupun cirinya banyak diambil daripada model motosikal naked SUPER DUKE R 1290, namun menerusi model GT, penunggang mampu pergi lebih jauh dan pantas kerana jentera baru ini berada setahap lebih tinggi dari segi keselesaan. 

Kekal dikenali sebagai sebuah motosikal sport KTM sebenar, GT sebenarnya nyata unggul dengan apa yang dilihat mustahil antara tunggangan menyeronokkan yang penuh ghairah, pengembaraan jarak jauh yang selesa dan penggunaan harian mengagumkan. 

Sejak diperkenalkan di EICMA, dunia menanti penuh sabar untuk menyaksikan sama ada GT mampu menepati janji dan spesifikasinya.



Akhir Februari dan awal Mac tahun ini, kumpulan media motosikal dunia dijemput untuk membuat penilaian sendiri dan menikmati pengalaman jentera ini di atas jalan mencabar dan pelbagai kondisi yang membentuk pulau Majorca di Sepanyol. 

Laluan penuh cabaran itu memerlukan kumpulan media menempuh pelbagai situasi cuaca dan tahap cengkaman jalan, sekali gus membolehkan mereka mencuba pelbagai tetapan elektronik yang disediakan GT seperti suspensi semi-aktif WP dan mod tunggangan. 

Malah, kawalan traksi motosikal (MTC) pada sudut condong sensitif dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tergabung turut diuji. Hasilnya, reaksi positif daripada reviu pihak media kini sudah siap sedia dibaca dan ditonton.

Info: 

KTM SUPER DUKE GT 1290 

  • Kawalan jelajah elektronik 
  • Ciri quickshifter untuk pertambahan gear 
  • Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) 
  • Pemegang dengan ciri pemanas haba 
  • Lampu belok LED bersama kombinasi indikator LED dengan pembatalan automatik 
  • Kapasiti tangki bahan api 23 liter 
  • subfrem belakang yang dipanjangkan dengan cagak panier bersepadu bagi opsyen sistem bagasi 
  • Tempat duduk selesa dan cermin depan boleh laras ketinggian 
  • Pilihan Hill Hold Control (HHC) dan Regulasi Gelincir Motor (MSR)

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my