Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 11 August 2016

Fiji rangkul emas Olimpik pertama

PEMAIN Fiji, Samisoni Viriviri (kiri) bersaing dengan pemain Britain, Marcus Watson dalam perlawanan ragbi lelaki tujuh sebelah di Stadium Deodoro, Rio de Janeiro, Brazil. - Foto EPA
RIO De JANEIRO: Fiji merangkul pingat Olimpik pertama dalam sejarah negara itu selepas membenam cabaran Britain 43-7 untuk muncul juara ragbi lelaki tujuh sebelah, sebentar tadi. 

Negara di kepulauan Pasifik itu bermula garang dengan lima percubaan di babak pertama hasil penyudah berkesan oleh Osea Kolinisau, Jerry Tuwai, Jasa Veremalua, Leone Nakarawa dan Vatemo Ravouvou. 

Kolinisau menambah dua lagi mata untuk mendahului 29-0. Josua Tuisova dan Mata Viliame menambah pungutan mata untuk Fiji sebaik saja babak kedua perlawanan bermula dengan Dan Norton melakukan percubaan penuh gaya dalam perlawanan akhir yang disifatkan sebagai berat sebelah di Stadium Deodoro. 

Perlawanan merebut pingat gangsa pula menyaksikan Afrika Selatan membelasah Jepun 54-14 walaupun sebelum ini, skuad negara matahari terbit itu mengejutkan New Zealand di perlawanan pembukaan kumpulan. - AFP

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my