Aku anak
manja abah. Seorang lelaki yang dulu aku cium pipinya, aku peluk dia erat-erat
sebelum pergi sekolah, aku sediakan air minum untuknya, akulah yang risau
setiap kali raya, untuk cari butang baju melayu abah, untuk cari stokin baru
sebab stokin abah selalu koyak. Aku bangga sebab aku menjadi anak perempuannya,
miliki kasih sayangnya.
Tapi,
kali pertama aku tahu abah ada perempuan lain, dan dia kasihi anak perempuan
orang lain, aku cemburu. Aku sedih, manakan anak itu akan sama dengan aku, yang
selalu fikirkan tentang dia, yang selalu minta tuhan lindungi dia, yang selalu
bangga mencium pipinya. Susah payah aku, mak dan adik nak dapat kasih sayang
abah, berhempas pulas untuk keluarga kami, senang-senang saja perempuan lain
dan anaknya mendapat kasih sayang abah dalam sekelip mata.
Aku marah
abah, aku tak bercakap dengan abah, aku tak cium pipi abah pergi sekolah. Bila
aku tanya pada abah, dia marah sebab aku masih terlalu muda untuk menilai
sebuah institusi rumah tangga, menilai keburukan abah bila dia curang. Saat
itu, mak tak tahu dan abah minta aku rahsiakan tentang perempuan itu dan
anaknya. Sebab aku sayangkan keluarga kami, aku rahsiakan. Abah juga janji, dia
akan putuskan perempuan itu dan keluarga kami takkan apa-apa, aku pegang janji
abah =)
Aku tahu
abah mungkir janji bila aku selalu tengok abah hubungi perempuan tu dengan
senyuman yang sampai ke telinga! Butir bicara abah, aku tidak tahu. Sebab abah
kata jangan ambil tahu kalau mahu keluarga kita masih bersatu. Mestilah aku
sayang keluarga kami! Mestilah aku taknak lukakan hati mak! Mungkin orang fikir
aku bodoh dengan mengikut kata abah, tapi sebab kasih sayang aku lah aku
diam.
Aku sedih
lihat abah bukan abah yang aku kenal dulu, abah dah tak selalu pulang, rahsia
itu? Hampir dua tahun aku simpan sampai aku sakit kemurungan, aku tahu
kebenaran tapi aku berpegang pada janji! Walau abah dah pun mungkiri janjinya.
Hati aku telah pun hancur untuk pertama kali. Dan betullah seorang isteri,
Allah kirimkan satu naluri yang cukup kuat walaupun seribu kata pun
diputarbelitkan untuk menyembunyikan kebenaran, mak jumpa mesej abah.
Mak
menangis, hancur hati aku bila mak hanya mampu menangis, sakit, semakin kurus
dan sangat cengkung. Tapi, aku boleh buat apa? Seperti kata abah, aku masih
terlalu muda untuk masuk campur. Dipendekkan cerita, sewaktu aku menghadapi
peperiksaan SPM, abah menceraikan mak, dan abah pergi tinggalkan kami, abah sekali
lagi mungkir janji. Sekali lagi hati aku hancur. Sedang saat itu aku
betul-betul perlukan sokongan abah.
Abah
duduk kondo mewah, segala tanggungjawab terletak di bahu aku. Aku, mak dan adik
berpindah randah dari rumah ke rumah, akulah yang angkat segala jenis barang
sebab mak sakit. Aku cakap pada mak, takpe aku kuat. Sedangkan saat itu, hati
aku sangat hancur, aku penat, aku rasa nak tidur untuk selamanya, sebab aku tak
kuat.
Aku jadi
pendiam dan segala harapan untuk abah kembali seolah takkan terjadi lagi.
Walaupun, aku masih selalu berharap abah datang dan ambil semula
tanggungjawabnya, aku penat. Tapi, abah tak datang. Bila datang kondo abah,
abah suruh guard halau kami. Kami seolah pengemis kasih sayang abah, dan saat
itu, tak siapa pun dari keluarga yang ambil tahu.
Bila
masuk persediaan ke Universiti, aku ketemu seorang pakcik, yang entah macam
mana, aku tanya boleh kah aku panggil dia ayah? Dan saat dia menjawab iya, aku
rasa sungguh bahagia. Ayah seolah pemberi semangat baru buat aku, saat aku
gagal, ayah selalu kata aku mampu!
Saat aku
diam, ayah selalu mahu aku bercerita supaya aku tak rasa sendiri. Ayah kenalkan
aku pada keindahan hidup berharap dan mencintai tuhan. Ayah buat aku fikir,
walau aku merasa terlalu bersedih, tuhan tak pernah tinggalkan aku sendiri,
tuhan dengar doa-doa aku, berdoalah.
Setiap
tindakan ayah, aku harap itu adalah tindakan abah untuk aku, masa tu, abah dah
bahagia dengan perempuan yang dia cintai. Mungkin aku tak perlu berharap lagi?
Abah dah tak perlukan kami, sepertimana kami perlukan abah.
Bila aku
mula sayangkan ayah sepertimana aku sayangkan abah, abah kata pada ahli
keluarga, siapalah lagi dia dihati aku? Begitu banyak cerita yang bukan-bukan
abah jaja. Tapi, kalau saja abah tahu, seribu lelaki bergelar ayah pun, takkan
sama kasih sayang aku sebagai anak perempuan abah.
Setiap
tomahan aku diam, dan aku berdiri atas semangat yang ayah berikan pada aku.
Hancur hati aku, saat lelaki yang paling aku sayang, sepatutnya sokong aku,
berikan kekuatan pada aku, adalah lelaki yang menjaja begitu banyak cerita
tidak-tidak tentang aku, seolah dia ada saat aku begitu harapkan dia jadi ketua
keluarga kami.
Tapi bila
aku fikir, sekurangnya aku punya ayah, aku jadi bersyukur. Paling tidak pun,
Allah kirimkan manusia yg sebenarnya bukan sesiapa tapi sungguh baik hati
menjaga aku seperti darah dagingnya. Setiap keburukan yang orang lihat pada aku
dan mak (adik kecik lagi) aku jadikan semangat untuk aku berjaya.
Mak
tanya, kenapa tak pernah nak sangkal apa orang kata? (sebab aku yang tahu
setiap perkara dari awal) aku cuma diam. Tapi jauh di sudut hati, aku diam
sebab aku sayang abah. Biarlah dia buat apa pun, aku sayang abah dan masih
harapkan abah aku yang dulu.
Nak masuk
universiti, aku minta abah bayar tunggakan hutang pinjaman pendidikan abah dulu
supaya aku boleh mohon pembiayaan masuk U (sebolehnya taknak mohon PTPTN) sebab
aku tahu, masa tu gaji abah dalam RM7000 dan abah dapat duit apetah (abah kata
jangan ambil tahu, jadi aku cuba untuk tak ambil tahu) tapi end up abah beli
kereta untuk his lady.
Hancur
luluh hati aku, hancur harapan aku macam tu je. Aku makin tak kenal abah. ALLAH
je tahu hancurnya harapan aku masa tu. Aku bertanya dalam hati, haruskah lagi
aku berharap pada abah?
Aku
berhenti berharap, aku mulakan langkah baru berdiri atas kaki sendiri. Buat
apa-apa semua sendiri. Satu yang aku belajar, aku tak punya lagi lelaki dalam
hidupku yang boleh disandarkan, jadi, kebergantungan 100% kepada Allah.
Tahu tak?
Aku selalu berharap abah risaukan aku sakit, balik lewat malam, at least show
that he cares about me, tapi aku tahu itu mustahil. Tapi, aku diamkan. Aku
percaya tuhan akan beri lebih baik dari abah. Macam mana tuhan kirimkan Ayah
untuk aku.
I’ve
tried to be a good daughter for abah but it seems meaningless to him. Kasih
sayang aku seolah air yang mengalir, jernih, tak nampak pun di mata abah.
Berkali-kali abah tipu aku, berkali harapan aku hancur macam tu je. dengan
orang lain, abah cerita macam-macam.
Tapi abah
masih kata dia sayang aku. Aku yang pergi dari hidup dia. Jadi nampak aku yang
salah, sedangkan aku terfikir, setiap cerita abah yang aku dengar, begitu
banyak versinya. Tapi orang percaya, sedangkan mereka tak pernah tanya aku.
Kalau aku nak ceritakan, 88 kali ulang pun aku akan ulang cerita yang sama,
sebab itu hidup yang aku dah telan.
Tapi,
takpe la. Aku tak salahkan abah atau mak, bila dah dewasa ni, aku terima
takdir, aku belajar redha, setidaknya aku jadi lebih matang dalam menilai
setiap sisi manusia. Tak semua manusia ada masa kita susah, tak semua nampak
sisi derita kita, tapi Allah nampak dan tahu.
Malah
bila abah ‘takda’ sepanjang aku dewasa, aku lebih rasa kasih sayang Allah. Aku
percaya, tak perlu aku ceritakan pun, (yang aku cerita ni base je tentang
kehidupan kami. Biarlah detailnya Allah saja tahu) tuhan akan tunjukkan
kebenarannya, Malah aku bahagia menjadi kekuatan mak dan adik. Aku bahagia bila
mampu berdiri atas kaki sendiri.
Dah lebih
5 tahun aku tak jumpa abah. Bukan aku tak mahu, jauh sekali aku membenci atau
marah. Aku tak mampu. Sedangkan untuk bercerita pun aku tak kuat sebab lebih
banyak tangisnya dari cerita. Aku tak mahu bila aku jumpa dia, aku nampak lemah
di mata dia. Aku mahu terus jadi perempuan kuat!
Aku anak
perempuannya yang terluka, aku dewasa tanpa dia, jadi aku tak biasa untuk
kembali bertemu dia. Kalau jumpa pun, mungkin aku tak mampu lagi untuk peluk
dia, cium pipi dia dengan bangga. Sebab setiap kali, aku teringat bagaimana aku
berharap dia ambil semula tanggungjawab yang dia sandarkan pada bahu aku, tapi
dia tak ada.
Aku dah
putus harapan pada abah, (jangan kecam aku please) bagaimana kami mengemis
kasih sayang dia, tapi dia tak pernah ada. Dan setiap kali aku rasa nak jumpa
dia, aku terasa seperti aku ni pengemis. Aku kata pada mak, aku akan jumpa dia
kembali suatu hari nanti. (Of course bila nak kahwin kan perlu ada wali) Tapi
saat aku dah ada seseorang yang mampu pinjamkan aku bahu bila aku tergedang tak
mampu melawan luka lama.
Aku tak
cukup kuat walau bila orang tanya, aku dah mampu ketawa. (Aku harap abah faham.
Perempuan, selagi hijau kasih sayangnya dia akan tetap kongsikan harumannya.
Tapi saat ia layu dan mengering, tak mudah untuk dia menjadi hijau semula).
Aku
sayangkan abah, tapi sekarang aku cuma mampu tunjukkan sayang aku melalui doa,
dan bukan lagi tindakan. Aku selalu berharap, tuhan ampunkan aku sebab aku tak
mampu lagi ketemu abah, peluk dan cium abah macam dulu. Aku berhenti ambil tahu
tentang abah, sebab aku mahu kuat untuk jalani hidup aku sendiri.
Sebab
masa lalu yang abah ciptakan saat abah pilih untuk mencari bahagia abah bersama
perempuan itu, terlalu perit untuk aku telan. Saat aku cuba bertemu abah,
semuanya seolah baru berlaku.
Aku nak
pesan. Anak-anak hasil penceraian ni agak sensitif. Anak–anak ini tak bercerita
selain menjaga aib keluarga, mereka juga terpalit dengan luka. Aku fahami,
sebab aku sendiri alami.
Aku juga
impikan keluarga bahagia, aku pernah rasa bagaimana seorang anak kehilangan
kasih sayangnya, bagaimana putusnya harapan demi harapan. Mungkin ibu &
bapa itu fikir akan temui bahagia yang baru, sebab isteri/suami boleh bertukar
ganti.
Tapi
anak-anak, takkan dapat kasih sayang yang sama, sebab darah yang mengalir cuma
dari ibu & ayah yang satu. Jadi fikir lah sebelum buat keputusan. It’s
about our future ummah too =)
p/s :
When a woman finally gives up, it’s not because she’s weak or she no longer
loves her man. To put it in the simplest terms..she just tired.
-Anak-
No comments:
Post a Comment