Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 27 September 2016

Raja Ilya nafi ditaja buka kedai kopi


PELAKON, Raja Ilya.


SINTOK: Impian pelakon, Raja Ilya, untuk memiliki perniagaan kedai kopi terlaksana dengan pelancaran cawangan pertama Richiamo Coffee by Raja Ilya di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini. 

Beliau berkata, hajat untuk membuka perniagaan itu tercapai hasil usaha sama dengan dua rakan kongsinya yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. "Penat lelah dan masa yang saya peruntukkan untuk memastikan segala perancangan pembukaan kedai ini berjaya akhirnya berbayar. 

Hari ini menjadi detik bermakna bagi saya dan saya akui sangat teruja," katanya. Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, beliau tidak risau andai ada pihak mengaitkan kononnya beliau ditaja pihak kenamaan sehingga mampu membuka kedai kopi premium. 

Bagi pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini, tidak timbul isu berkenaan kerana seperti dimaklumkan, perniagaan itu hasil perkongsian dengan rakan niaga, bukannya oleh dirinya sendiri. 

"Kalau betul saya ditaja, baik saya buka di tengah-tengah ibu kota dan saya juga tidak memerlukan rakan kongsi," katanya sambil tertawa. Menurut Raja Ilya, beliau sendiri mengeluarkan modal mencecah ratusan ribu ringgit hasil titik peluhnya dalam bidang seni. 

"Saya menyimpan duit kerana saya memang memasang impian untuk membuka perniagaan dan sanggup korbankan perkara lain. Saya tidak bermewah membeli tas tangan berjenama, sebaliknya saya simpan wang dan syukurlah akhirnya impian termakbul," katanya. 

Kedai kopi yang diusahakannya juga menawarkan harga lebih rendah, iaitu tidak melebihi RM10, termasuk beberapa hidangan lain yang ditawarkan bersesuaian dengan pelanggan utamanya daripada kalangan penuntut. 

Premis sulung di UUM turut menawarkan ruang persembahan secara percuma bagi mereka yang ingin menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian. Beliau yang sedang menjalani penggambaran filem KL Vampire berkata, sambutan yang diberikan sangat positif. 

"Kami turut menawarkan peluang pekerjaan separuh masa kepada penuntut UUM yang ingin mencari wang saku. Sehingga kini, Richiamo mempunyai 10 pekerja di kalangan penuntut," kata pelakon drama rantaian Cinta Masam Manis yang sedang ditayangkan menerusi TV3 itu.
.
.

----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Faizal, Fara imbau kenangan bersama AG di konti Kool FM




PETALING: Biarpun ke udara hanya kira-kira tiga jam, pagi tadi, dua bekas penyampai Hot FM, Faizal Ismail dan Fara Fauzana menganggap peluang diberikan pengurusan Kool FM sebagai detik indah yang mengimbau kenangan mereka ketika bertugas bersama radio di bawah Media Prima Berhad itu. 

Kedua-duanya diundang khas menjayakan program Pagi Hari di Kool FM (PHD Kool FM) bersama pengendali segmen terbabit, AG, yang juga bekas rakan gandingan mereka ketika di Hot FM sebelum ini. 

Faizal dan Fara muncul di udara menggantikan tempat Haiza yang ketika ini sedang bercuti. Biarpun sudah agak lama tidak berada di konti bersama-sama, ketiga-tiganya jelas serasi apabila pelbagai jenaka dan gurauan sering saja kedengaran daripada personaliti dikenali ramai terbabit. 

Apatah lagi tiga nama besar di bidang penyiaran radio itu pernah menghabiskan masa selama kira-kira sedekad di Hot FM. Faizal memilih untuk meninggalkan dunia penyiaran radio tiga tahun lalu, manakala Fara pula mengikut jejak langkah rakannya itu sekitar Februari tahun ini. 

BH Online turut membuat liputan FB Live perhimpunan semula tiga personaliti berkenaan di konti radio yang semakin mendapat tempat di hati pendengar itu. Menerusi komen dikirimkan ke akaun Facebook BH, rata-rata merindui gandingan serasi mereka dan berharap ketiga-tiga dapat dikekalkan bersama. 

"Benar, inisiatif ini mengimbas kembali detik manis kami ketika sama-sama berkhidmat di Hot FM. Walaupun kami hanya dipertemukan untuk satu pagi ini, ia sangat indah buat kami. Keserasian kami ketika ke udara dan menyakat sesama sendiri tetap ada. 

"Secara jujur, selepas tiga tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, saya sendiri bergelut untuk menetapkan rutin sama, bangun bekerja pada waktu pagi seperti suatu ketika dulu. "Hendak bersiaran di radio memerlukan banyak tenaga, apatah lagi kita perlu bangun awal-awal pagi. 

Begitupun, dapat juga kami melepaskan rindu biarpun ia hanya 'shift' sementara. "Walaupun hanya beberapa jam, ia nampak eksklusif. Kalau bersiaran dalam tempoh lebih panjang, kita mungkin tidak dapat menjangka apa yang akan difikirkan pendengar," kata Faizal yang meninggalkan Hot FM pada Oktober 2013. 

Fara yang kini mengacarakan Muzik Muzik di TV3 turut mengakui teruja dengan sesi 'reunion' bersama AG dan Faizal, atau lebih dikenali sebagai FBI. "Saya cukup teruja biarpun hasrat untuk melihat kami kembali pada hari ini bukan perkara mudah. Masing-masing sudah ada komitmen lain dan jadual juga bercanggah. Tetapi alhamdulillah ia dipermudahkan. 

Namun di sebalik keterujaan itu, saya juga kena mempersiapkan diri kerana akan menjadi mangsa buli mereka berdua. "Begitupun, memori bekerjasama kami sangat berharga. Ia tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. 

Melihat komen pendengar di laman sosial, termasuk di laman Facebook Kool FM dan BH Online, saya sendiri jadi terharu kerana mereka masih rindukan kami bertiga. Malah, tidak kurang juga yang mahu kami disatukan semula. 

"Saya percaya, jika takdir menyatukan kami lagi pada masa akan datang, jangkaan orang mungkin lebih tinggi. Banyak perkara perlu dipertimbangkan kalau ada kemungkinan kami bekerjasama lagi," kata bekas pengacara Nona dan Melodi itu. 

Sementara itu, AG mengakui dirinya pantas terfikir untuk mengundang kembali dua temannya itu ke konti. "Saya memang terbayangkan mereka. Mujur kedua-duanya boleh bekerjasama pada tarikh diinginkan. 

Lagipun, pendengar merindui suara mereka. Jadi, kehadiran Faizal dan Fara pagi ini umpama hadiah untuk semua. "Sekalipun tak berpeluang mengendalikan segmen radio bersama-sama, saya berharap akan ada platform lain yang boleh menyatukan kami, mungkin di kaca TV. 

"Persoalan sama ada kami akan kembali bersama itu sesuatu yang tidak pasti. Kalau mereka rindu untuk bersiaran bersama, saya lagilah lebih berperasaan begitu," katanya. 

Sebelum masing-masing mengucapkan selamat tinggal, pagi tadi, AG sempat menyerahkan dua keping gambar yang dibingkaikan untuk ditandatangani Fara dan Faizal sebagai penghargaan dan kenangan saat manis terbabit.
.

.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Sunday 25 September 2016

Tiga termasuk pelakon direman kerana tanam ganja


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang pelakon drama dan anak kepada pemilik sekolah antarabangsa bergelar Datuk yang ditahan kerana menanam ganja di sebuah rumah di Jalan Ampang, direman enam hari mulai semalam sehingga 30 September ini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata suspek berusia antara 29 hingga 36 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B akta sama. 

"Polis percaya ganja yang ditanam adalah untuk kegunaan sendiri. Polis turut merampas beberapa senjata termasuk pedang samurai dan parang dalam serbuan itu. 

"Kita akan menyiasat juga kemungkinan suspek menyamar sebagai polis kerana turut menemui vest dan lampu 'beacon' polis ketika serbuan dilakukan," katanya. 


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.
.

----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.


Friday 23 September 2016

PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit.

Kaedah Penggunaan Kasturi Kijang


 
Bagi mendapatkan keberkesanan kasturi kijang yang telah dibacakan ayat Al-Quran dan doa syifa' ini maka perlulah secara adabnya digunakan dengan bertertib. Berikut adalah beberapa panduan untuk pengguna kasturi kijang bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.


Perubatan Kasturi Kijang untuk masalah dalaman wanita:
1. Keputihan
2. Kegatalan
3. Senggugut
4. Berbau

Kaedah:
1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Al Fatihah 1X, Selawat - 3X
3. Sapu kasturi kijang pada jari telunjuk. Ratakan
4. Sapukan dalam faraj 7 malam berturut-turut

(Agak sedikit pedih kerana minyak kasturi kijang bersifat panas) 

Minyak Kasturi Kijang untuk masalah:
 
1. Histeria
2. Kena Sampuk
3. Gangguan Jin

Kaedah:
1. Baca Bismillah, Fatihah dan Selawat
2. Sapu pada lidah dan hidung
3. Titis 3 titik pada air dan minum (Mungkin MUNTAH)

InsyaAllah.

Kasturi  Kijang untuk:
1. Sawan Tangis
2. Sawan Malam/Terkejut-terkejut

Tanda:
- Telinga/Tangan/kakii Sejuk
- Menangis airmata tak keluar
- Bayi sentiasa nak berdukung/melekat di badan 

Penggunaan:
1. Baca bismillah dan selawat
2. Sapu pada kening, belakang telinga, ubun-ubun, dan tapak kaki
(peringatan: untuk bayi hanya disapu sedikit sahaja minyak kasturi kijang ini) 

Kasturi Kijang untuk masalah berikut:
1. Sesak nafas
2. Dada berdebar-debar
3. Rasa Seram Sejuk
4. Batuk
5. Lelah
6.Sakit Jantung

Kaedah:
1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat
2. Sapu pada dada dan leher
3. Sapu SEDIKIT SAHAJA pada lidah

Untuk masalah seperti berikut:
1. Pukau
2. Menghilangkan Gangguan Makhluk Halus
3. Cerdaskan Akal

Cara Penggunaan:
1. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi s.a.w.
2. Sapu minyak kasturi pada urat nadi.
3. Calit minyat pada kening dan belakang telinga

Untuk masalah:
1. Sihir
2. Santau

Kaedah:
1. Mulakan dengan bismillah
2. Baca Fatihah 3X
3. Baca Selawat 7X
4. Ambil 1 jag besar air mineral/air masak 
5. Tuang 5 titik kasturi kijang ke dalam air
6. Bagi pesakit minum SAMPAI MUNTAH
7. Jika muntah berdarah, tolong pantang makan - benda tajan, bisa dan pedas selama 1 minggu
8. Selain darah, mungkin akan muntah benda lain
9. Rawatan muntah - 3 malam berturut-turut
10.Jika muntah berdarah - sambung hingga malam ke 5,, dan ke 7 jika perlu, sehingga bersih.

Kijang kasturi untuk membantu menguatkan organ luaran lelaki

Cara penggunaan :
1. Mulakan dengan bismillah dan selawat
2. Sapu rata dari pangkal hingga ke hujung zakar
3. Biarkan hingga 20 minit sebelum bersama isteri

Khasiat kasturi kijang:
1. Suami mendapat kekuatan luar biasa
2. Isteri mendapat nikmat luarbiasa3. Mengelakkan benih dari gangguan jin dan syaitan
4. Mengelakkan anak downsyndrome
5. Membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Khasiat Memakai Haruman Kasturi

Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.

Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume)

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain,kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:
1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Memberi Ketenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Mampu menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Menguatkan tubuh badan.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).


Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu

1) Mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan
2) Melancarkan peredaran darah
3) Merangsang penyingkiran darah haid
4) Mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser.

Di negara-negara barat,penggunaan kasturi lebih kepada penghasilan wangi-wangian kerana mereka sedar bahawa haruman daripada kasturi mempunyai keistimewaan dan nilai terapi yang tersendiri.Harga minyak kasturi juga amat mahal di sana berbanding di negara asia.
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.


Wangian Kasturi Kijang

Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman,Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada bait-baik puisi,kisah-kisah romantis,lagu-lagu,epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).


Namun apakah rahsia,khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?


Dari manakah asalnya kasturi ini?

Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga.

Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

Abu Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

Bagaimanakah haruman kasturi ini sampai ke dunia?

Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda telah diziarahi oleh seekor kijang betina,lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga,dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.


Pada hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi (musk deer gland/pods). Manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan.

Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.
.

.

----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Thursday 22 September 2016

Lisa Surihani, Yusry KRU Tidak Mahu Terlalu Dedah Wajah Anak



Umum mengetahui bahawa Yusry KRU dan juga Lisa Surihani sememangnya tidak mahu terlalu mendedahkan cahaya mata kesayangan mereka, Yahaira Leanne dengan laman sosial. Malah Lisa juga mengambil pendekatan tertentu demi anak kesayangannya itu.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah mustahil jika saya langsung tidak berkongsi gambar Yahaira di laman sosial. Saya tetap akan berkongsi tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi”

“Kami cuba mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat. Pelik juga jika sambutan hari lahir Yahaira tetapi dia tiada dalam gambar, begitu juga dengan gambar keluarga ketika hari raya, sudah tentulah dia perlu ada dalam gambar tersebut”
“Setakat ini, apabila kami keluar, memang ada peminat yang mahu bergambar. Saya dan Yusry bersetuju untuk bergambar tetapi tidak melibatkan Yahaira. Alhamdulillah semua peminat memahami. Mereka nampak teruja apabila dapat bermain dengan anak kami selama beberapa minit walaupun tidak boleh bergambar sama,” jelas Lisa.
Sementara itu, Lisa menjelaskan mereka juga tidak mahu Yahaira terlalu terdedah dengan gajet selain turut berkongsi minat bahawa Yahaira sangat meminati muzik, sama seperti ayahnya.(rtky/s)
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Wednesday 21 September 2016

Perfume ada expired date tak?

Perfume boleh expired walaupun pada botol perfume tidak tercatat tarikh tamat tempohnya. Ia bergantung kepada bagaimana kita menyimpannya.Mungkin setahun atau ada yang boleh menyimpan beberapa tahun sehinga 3-5 tahun. Bila perfume dah bertukar color dan baunya dah tak sedap, sudah tiba masanya perfume itu untuk dicampak ke dalam tong sampah.
Untuk memanjangkan jangka hayat minyak wangi , ia perlu disimpan di tempat yang sejuk gelap jauh dari cahaya matahari , haba dan kelembapan.

Perfume yang  heavy notes contoh seperti kayu oud, vetiver  boleh bertahan lama sehingga 5 tahun jika disimpan dengan cara yang betul.
Citrus , fresh dan aroma bunga tidak bertahan lama kerana ia lebih ringan dan cenderung untuk meruap lebih cepat.

Musuh minyak wangi adalah UDARA. Ia menyebabkan molekul  perfume tercemar dan teroksida. Pastikan cap pada perfume diTUTUP rapat selepas digunakan

Sinaran matahari boleh memecahkan molekul perfume.Tempat terbaik untuk menyimpan minyak wangi adalah jauh daripada cahaya tempat yang sejuk kering. Contoh seperti  laci pakaian dalam, kabinet, atau peti sejuk untuk memelihara bahan-bahan  kandungan minyak perfume
Caroline Danjuma menyimpan koleksi perfumenya di dalam peti sejuk..
Kalau nak check manufacture date perfume boleh tgk kat sini  http://www.checkfresh.com/
Boleh masukkan number batch code yang ada pada perfume atau kotak perfume.
Kalau tak boleh trace tu , nampaknya you all dah terbeli perfume fake perfume la ye...
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my