Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 25 August 2016

Amuk: 3 sekeluarga maut dikelar, 2 parah

ORANG ramai berkumpul di hadapan rumah kejadian amuk di Kampung Bertam Malim, awal pagi ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
ANGGOTA polis forensik menjalankan siasatan di lokasi pembunuhan di Kampung Bertam Malim, Melaka, awal pagi ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Kejadian amuk yang menyebabkan tiga sekeluarga maut serta dua lagi parah manakala seorang cedera ringan, dipercayai dilakukan anak angkat keluarga berkenaan. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi, suspek yang berusia 28 tahun dan dipercayai penagih, mengelar lima mangsa di dalam sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, di sini. 

Ramli berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah ialah sepasang suami isteri, Hassan A Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 62, yang juga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu serta anak lelaki mangsa, Mohd Taufeq, 22. 

Beliau berkata, dua lagi mangsa, Nor Aslinda, 27, dan Nor Aqida, 24, cedera parah di bahagian bahu ke atas, manakala seorang lagi wanita, Siti Khatijah Mohamad, 80, cedera ringan. 

"Pihak polis menerima maklumat kira-kira jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Ramli turut mengesahkan suspek sudah ditahan di perkarangan Masjid Al-Falah, Batu 6 1/2, Bukit Rambai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi. 

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi ahli keluarga dan sahabat handai terutama apabila mayat tiga sekeluarga mula dikeluarkan dari kawasan rumah mereka kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi. 

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Melaka, di sini, untuk bedah siasat. Tinjauan BH di perkarangan Masjid Al-Falah, sejurus selepas kejadian mendapati sepasukan forensik giat menjalankan siasatan, selain kelihatan sebuah kereta Perodua MyVi dipercayai dipandu suspek di parkir di bahagian belakang masjid berkenaan.
 Oleh Fairuz Zaidan.
.
.
.
☺️
----------////--------
�#arabperfumelover� @ Jom LIKE FB page kami
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN!
Belajar secara FB LIVE!
.
.
Bertindak sebelum terlambat

😃😃😃😃😃

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my