Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 28 July 2016

Sejarah Pembuatan Parang Kota Belud

Artikel ini dipetik daripada Akhbar Kosmo

PERCIKAN api menyambar mata parang yang dipegang Ebin Adim seraya lelaki itu memasukkan senjata tersebut ke dalam timbunan bara di hadapannya.
Sambil duduk bertinggung tanpa menghiraukan bahang yang menggigit kulitnya, lelaki berusia 77 tahun itu mengambus parang tadi selama beberapa minit sebelum mengeluarkannya semula.
Mengerah segala kudrat tuanya yang masih bersisa, besi panas dan berwarna kemerah-merahan itu diketuk beberapa kali dengan tukul bagi mendapatkan bentuk parang yang diingini.
“Proses menempa ini sangat penting supaya besi jadi padat sekali gus membuatkan ia tajam serta lebih berkualiti,” ujar Ebin.
Dia yang ditemui kru Jurnal di Kampung Siasai Jaya, Kota Belud, Sabah ketika lawatan media anjuran Kraftangan Malaysia baru-baru ini memberitahu, selepas siap ditempa, permukaan mata parang kemudiannya akan diratakan menggunakan mesin gerinda.
Ebin yang telah menghasilkan parang tradisional suku kaum Bajau sejak tahun 1957 berkata, besi untuk membuat mata parang menggunakan besi spring kereta yang boleh dibeli dengan mudah di pusat-pusat pengumpulan besi buruk.
“Dahulu, besi rel kereta api digunakan dalam pembuatan senjata ini, namun selepas agak sukar didapati, rata-rata pembuat parang di sini beralih kepada besi ini kerana ia tahan lama,” katanya. Dia yang mempelajari seni pembuatan senjata logam itu ketika berusia 19 tahun memberitahu, minat untuk membuat parang timbul selepas melihat datuknya menghasilkan senjata tersebut.
“Parang sangat sinonim dan digunakan secara meluas dalam kegunaan harian masyarakat Bajau suatu ketika dahulu.
“Selain digunakan untuk melapah daging haiwan, ia juga dijadikan senjata bagi mempertahankan diri daripada ancaman dan serangan,” jelas bapa kepada tujuh orang anak itu. 
Ebin memberitahu, proses pembuatan mata parang mengambil masa kira-kira dua jam untuk disiapkan.

Parang makan tuan
Dia yang pernah menerima Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat terdahulu, pembuatan parang Bajau ada pantang larang yang perlu dipatuhi.
“Datuk pernah berpesan parang ini tidak boleh dilangkah kerana ia dipercayai boleh memakan tuan. Maksudnya, jika pantang ini dilanggar, individu berkenaan akan mengalami kecederaan ketika melakukan sebarang kerja.
“Selain itu, ketukan yang pertama ketika proses menempa perlu dimulakan dengan bacaan Bismillah bagi menjauhkan benda-benda halus,” kongsi Ebin.
Seorang lagi pembuat parang Bajau, Jamawid Soh, 45, berkata, keunikan senjata itu bukan sahaja terletak pada bentuknya, malah turut dipengaruhi kehalusan seni pembuatannya, khususnya ukiran pada mata, sarung dan hulu parang.
Menurutnya, mata parang biasanya diukir dengan ukiran bermotifkan daun paku pakis yang dipanggil corak ‘bajau’ bagi memberi identiti kepada senjata tradisional masyarakat Bajau itu.
“Corak ini diukir secara manual dengan menggunakan pahat besi dan tukul. Kerja memahat ini agak rumit dan memakan masa kerana memerlukan ketelitian serta kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan corak yang diingini,” katanya.
Jamawid yang mempelajari seni membuat parang daripada abangnya ketika berusia 12 tahun berkata, setiap ukiran yang dihasilkan memiliki nilai sejarah yang tinggi kerana diwarisi sejak turun-temurun.
Kata Adiguru Kraf 2012 itu, ukiran turut dibuat pada sarung parang yang lazimnya dihasilkan daripada kayu malam, kari hutan, getis, baruk, akasia dan rengas.
“Kayu-kayu ini akan dikorek pada bahagian dalamnya mengikut saiz parang dan kemudian dua lapisan kayu tersebut akan dicantum menggunakan gam bagi membentuk sarung.
“Biasanya lebar sarung kira-kira 5 sentimeter lebih besar daripada parang bagi membolehkan ia disimpan dengan baik.
“Setelah itu, bahagian luarnya akan diukir mengikut motif tertentu sebelum digosok dengan kertas pasir dan disapu dengan bahan pengilat,” jelas Jamawid panjang lebar.
Tambahnya, terdapat beberapa jenis parang Bajau antaranya barong, gayang, pidah, dayang, kagayan dan samurai.
“Apa yang membezakan parang-parang ini ialah fungsi serta kegunaannya. Parang dayang dan pidah misalnya digunakan dalam aktiviti harian seperti melapah daging haiwan, barong pula digunakan ketika perang, manakala samurai biasanya untuk perhiasan,” ujarnya.
Artikel Dari Kosmo.
========================================================================

UNTUK ANDA YANG MEMERLUKAN PARANG YANG TAJAM UNTUK KEGUNAAN HARIAN, INI PILIHAN YANG TEPAT !!
.
Hubungi Abang Lan sekarang untuk mendapatkan quotation harga dan pilihan jenis parang yang ada.
➡ Taip <KB> dan hantar ke +60128373042 AZLAN
atau boleh lawati laman web di bawah:
.
========================================================================

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my