Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 9 August 2016

Afgan nafi Rossa kahwin kerabat

PENYANYI Indonesia, Afgan pada sesi latihan Konsert 5 DIVO di Stadium Malawati. - Foto Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Bintang terkenal Indonesia, Afgan, 27, menafikan cerita kononnya teman baik beliau yang juga penyanyi, Datuk Rossa, sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja sebuah negeri di sini. 

Pemilik nama penuh Afgansyah Reza itu sebaliknya menganggap gosip dikeluarkan sebuah portal hiburan baru-baru ini sebagai berita palsu. "Saya sendiri terkejut apabila membaca cerita berkenaan kerana ia ditulis seolah-olah seperti berita benar. 

Di sini saya ingin mengatakan, berita itu tidak benar sama sekali," katanya ringkas. Afgan berkata demikian pada sesi fotografi bersama BH di sini, semalam, sempena mempromosikan konsert solonya yang akan berlangsung pada 3 September depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Afgan: Sides Live in Malaysia 2016 ialah konsert solo ketiga penyanyi ini selepas Konsert Live To Love di Istana Budaya pada Mac 2014 dan Konsert Suara Hati di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), September tahun lalu. 

Konsert itu diadakan bersempena kemunculan album terbarunya, Sides, yang akan dilancarkan pada malam persembahan berkenaan.
Penyanyi Indonesia, Afgan pada sesi latihan sempena Konsert 5 Divo di Stadium Malawati. NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
"Selari dengan album terbaharu, saya mahu mempamerkan pelbagai 'sides' (sisi) diri saya yang belum pernah dipamerkan pada konsert terdahulu. Pastinya, konsert ketiga ini berbeza dengan apa yang pernah saya persembahkan di sini, sebelum ini. 

"Lagu yang akan dinyanyikan juga berbeza. Saya takkan menyampaikan lagu sama seperti sebelum ini, kecuali dendangan hits seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Terima Kasih Cinta. Saya juga akan menyanyikan lagu baharu daripada album terkini buat julung kali di Malaysia," katanya yang berjanji memberikan persembahan terbaik untuk peminatnya di sini. 

Menerusi album terkininya yang mengetengahkan nuansa R&B itu, Afgan turut berduet dengan artis tempatan, SonaOne, menerusi lagu X. Ia antara lagu yang akan disampaikan olehnya pada konsert itu nanti. 

Tiket menyaksikan konsert beliau boleh didapati menerusi TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi talian 03-92228811.

Oleh Fatin Farhana Ariffin.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my