Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 10 August 2016

Olimpik Ragbi: Fiji singkirkan All Black untuk ke separuh akhir

PEMAIN Fiji, Semi Kunatani (tengah) melorongkan bola kepada rakan sepasukan pada aksi suku akhir menentang New Zealand di Olimpik Rio 2016. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Pilihan pertama, Fiji mengecewakan New Zealand untuk menempah laluan ke separuh akhir ragbi tujuh sebelah berdepan pasukan penuh kejutan, Jepun yang memburu pingat pertama mereka di Sukan Olimpik. 

Pasukan lain yang turut mara ke kelompok empat terbaik ialah Britain yang menewaskan Argentina, 5-0 hasil try Dan Bibby di waktu tambahan masa dan bakal berdepan Afrika Selatan yang menyingkirkan Australia 22-5. 

Dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Deodoro, pasukan Fiji yang diterajui pemain utama, Osea Kolinisau, menyingkirkan saingan skuad Kiwi 12-7 untuk mara. 

"Di peringkat ini (suku akhir), kami perlu menempuhnya dengan 12 pemain yang cergas..dan kami berjaya melakukannya," kata jurulatih Fiji, Ben Ryan. 

"Kami cuma ada satu sasaran, kami mahukan pingat emas, bukannya perak atau gangsa. "Kadang kala, sebagai jurulatih, agak berbahaya untuk meletakkan sasaran, tetapi kami adalah pasukan nombor satu dunia. 

Bukannya kami mahu berlagak, kami cuma mengatakan apa yang kami mahukan," - AFP

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my