Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 22 March 2017

Hafiz Hamidun Pilih Ibu Tunggal


Penyanyi, Hafiz Hamidun, bertunang dengan wanita pilihannya, Joy Revfa, di sini hari ini selepas 44 hari perkenalan antara mereka berlangsung. Hafiz, 33, dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, kelihatan gembira dan menawan dalam persalinan berwarna pic pada majlis yang dihadiri sahabat dan rakan terdekat masing-masing. 

"Kami akan bernikah pada 1 Mei depan di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam di sini. "Saya gembira kerana selepas beberapa kali hubungan tidak kesampaian, akhirnya hajat saya untuk mendirikan masjid semakin hampir," katanya. 



Pada majlis terbabit, Ibu Hafiz, Laila Sarji, menyarungkan cincin ke jari manis Joy. Pihak perempuan memberi tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki. Bercerita lanjut, Hafiz berkata majlis pertunangan itu diadakan bagi menjelaskan spekulasi selepas hubungannya dengan usahawan kosmetik yang juga seorang ibu tunggal itu tersebar, baru-baru ini.


Kata penyanyi Jodoh Berdua ini, hatinya terpaut pada wanita berkenaan selepas melihat beliau menolak kereta sorong anaknya sambil mengusung barangan. "Hati saya tersentuh dan kagum melihat Joy yang cekap menguruskan anaknya meskipun ketika itu dirinya sendirian. Jujurnya, saya tidak mengenali Joy ketika itu dan tidak tahu siapa dia sebenarnya," katanya. Hafiz berkata, beliau juga semakin rapat dengan anak tunangnya itu, Arryan Firdaus, yang baru berusia tiga tahun. 


Joy pula ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan Hafiz dan yakin lelaki itu akan membimbingnya menjadi insan lebih baik. "Paling mencuri hati ini apabila Hafiz bijak mengambil hati anak saya, Arryan. Saya turut berharap peminat Hafiz dapat menerima saya dan saya pula akan sentiasa menyokong kerjaya seni bakal suami," katanya.

.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
.
��#arabperfumelover �� @ Original Authentic Perfume
.
STRATEGI PEMASARAN BERKESAN - FUNNEL BISNES
.
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN SOFTWARE HANTU - AUTO POST IKLAN ANDA!
.
Buat Bisnes Online Tapi Belum Ada Website? 
.
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
Whatsapp 0168474740
.
.
JOM BELAJAR BISNES ONLINE !!
.
P/S: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
BAGAIMANA NAK BUATKAN PELANGGAN PM BERTUBI-TUBI?
.
.
Nak Belajar Strategi Pemasaran di Facebook Menggunakan Power Editor?
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Terus Daftar Like Method SINI!
.
.
Macamana Nak Rekrut Ejen Bisnes Anda?
.
.
Dapatkan Software Audience Drill Untuk Tingkatkan ROI Bisnes Anda
.
.
Software TOYOL Pemburu Status Viral - Satu FENOMENA VIRAL TERKINI !
.
.
ROKETKAN JUALAN HINGGA RM5-6 ANGKA DI FACEBOOK DENGAN HANYA TEKNIK SIMPLE
.
.
Rahsia Resipi Pavlova Lynnhassan
.
.
Program TURBO Viral PREMIUM Coaching
.
.
JOM Roket Like Dengan Program Mentee Viral
.
.
Belajar Branding Diri - Telegram (RM30 SAHAJA)
.
.
Dynamic Content Strategy  ==>>  TERUS DAFTAR DI SINI !
.
.
Emel Viral Software - Software Rahsia Membina Mailing List Anda
.
.
GRAKO Robot Insta ( Gramkosh ) - NAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM DAN LONJAKKAN JUALAN ANDA SECARA AUTOMASI DENGAN BANTUAN ROBOT !!
.
.
TERUS BELI GRAMKOSH DISINI
.
.
TUKAR LIKE JADI PELANGGAN
.
.
Squeeze Page Magic PRO
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

Keutuhan Iman Sahabat Rasulullah


Habib bin Zaid al-Ansari antara teman Rasulullah di syurga. Rasulullah mendoakan agar Allah SWT merahmati pengorbanan Habib dan keluarga yang memperjuangkan Islam. Ketika Habib dijadikan utusan untuk menyampaikan surat peringatan kepada Musailamah yang mengaku nabi, beliau telah ditangkap dan dipotong anggota badan kerana tidak mengaku Musailamah sebagai nabi. Jom kita ikuti kisah sahabat yang menarik ini. Di mana kisah kehidupannya perlu kita jadikan contoh dalam mempertahankan agama Allah SWT. 

"YA ALLAH, jadikanlah mereka semua teman-temanku di dalam syurga". Inilah antara doa Rasulullah SAW untuk keluarga Habib bin Zaid. Baginda SAW juga pernah mendoakan 'semoga Allah memberkati kalian dan merahmati seluruh ahli keluarga kalian'. 

Dalam sebuah rumah yang bersemi keimanan, membesarnya Habib. Wajah ahli keluarganya terpancar dengan cahaya kesabaran, ketabahan dan semangat pengorbanan yang tinggi. Ayahnya bernama Zaid bin 'Asim, seorang tokoh kaum Muslimin di Kota Yathrib dan beliau adalah seorang daripada 70 orang yang menyertai perjanjian Aqabah. 

Bersaksi di hadapan Rasulullah SAW dan memegang erat tangan Baginda, beliau berjanji untuk mempertahankan Rasulullah SAW dan menyanjung tinggi agama yang dibawa Baginda. Perjanjian ini juga disertai oleh Habib pada saat usianya masih kecil.

Pertahankan Rasulullah
Ibu Habib adalah Ummu Umarah, Nasibah al-Maziniyyah. Beliau adalah wanita pertama yang membawa senjata berperang di jalan Allah SWT. Saudara Habib pula ialah Abdullah, insan yang sanggup mengorbankan nyawanya mempertahankan Rasulullah SAW dengan menjadikan dadanya sebagai benteng agar tidak ada panah dan tombak yang boleh menyentuh tubuh Baginda. 

Ketika hayatnya, Habib tidak menyertai peperangan Badar dan Uhud kerana masih kecil. Selepas perang Uhud, beliau menyertai peperangan demi peperangan bersama Rasulullah SAW. Beliau menunjukkan semangat pengorbanan dan perjuangan yang sangat hebat demi mempertahankan Islam. 

Peperangan demi peperangan yang disertai oleh Habib tidak lain sebagai satu persediaan buat beliau bagi menghadapi ujian yang sangat hebat dalam hidupnya. Pada tahun ke- 9 Hijrah, Islam semakin teguh kedudukannya sehinggalah ramai dalam kalangan bangsa Arab mula memeluk Islam beramai-ramai. 

Mereka datang bertemu Rasulullah SAW dan menyatakan keislaman mereka kepada Baginda. Antara kabilah besar yang datang bertemu Rasulullah SAW ialah kumpulan daripada Bani Hanifah. Kumpulan itu datang dan telah menambat haiwan tunggangan dan haiwan ternakan mereka juga telah mereka tinggalkan kepada seorang lelaki, Musailamah bin Habib al-Hanafi. 

Baginda Nabi SAW telah memuliakan kumpulan itu sehinggakan Baginda memberikan hadiah kepada setiap seorang daripada mereka. Baginda turut menitipkan hadiah buat saudara mereka, Musailamah yang ditinggalkan untuk menjaga haiwan tunggangan dan ternakan. 

Selepas kumpulan itu beredar dan belum sempat tiba di Najad, lokasi tempat tinggal mereka, Musailamah telah murtad dan mengaku bahawa beliau adalah nabi yang telah diutuskan Allah untuk kaumnya, Bani Hanifah. Maka kaumnya mula menyokong dan memotivasikan semangat itu kepada Musailamah. Akhirnya, ramai daripada Bani Hanifah itu murtad dan dikatakan sehingga melebihi 50,000 orang. 

Ketika sokongan kepada Musailamah bertambah kuat, beliau telah mengutuskan surat kepada Rasulullah SAW yang tertulis "Daripada Musailamah, utusan Allah, kepada Muhammad, utusan Allah. Salam sejahtera kepadamu. Sesungguhnya aku berkongsi bersamamu, perintah daripada Allah, dan sesungguhnya bagi kami separuh bumi dan bagi Quraisy separuh bumi. Namun Quraisy adalah kaum yang melampau dan tamak". 

Surat Peringatan Rasulullah Kepada Musailamah 
Saat surat itu tiba kepada Rasulullah SAW dan Baginda membacanya, lantas Baginda membalas surat tersebut dengan menulis "Dengan nama Allah, daripada Muhammad Rasul Allah kepada Musailamah seorang pendusta. Salam sejahtera ke atas orang yang mahu mengikut hidayah Allah. Sesungguhnya bumi ini adalah milik Allah dan Allah mewariskannya kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-Nya yang dia kehendaki. Kesudahan yang baik itu, hanyalah kepada orang yang bertakwa". 

Tatkala surat balas itu tiba kepada Musailamah, maka bertambahlah kebencian dan dendam beliau kepada Rasulullah SAW. 

Saat kebencian Musailamah memuncak, maka Rasulullah SAW berasakan perlu untuk menghantar peringatan kedua kepadanya. Lalu, Baginda menulis surat dan mengutuskan surat itu bersama dengan utusan Baginda iaitu Habib. Habib pada ketika itu adalah seorang anak muda yang dikatakan sekitar usia 18 tahun. 

Ketika surat kedua sampai kepada Musailamah melalui utusan Baginda, maka bertambahlah kemarahan Musailamah sehinggakan beliau mengarahkan Habib ditangkap dan diikat untuk dibicarakan. 

Keesokan harinya, Habib diseret dalam keadaan kaki dan tangannya terikat dan dibawa ke tengah khalayak pengikut Musailamah untuk dibicarakan. Wajahnya tampak tenang. 

Saat Musailamah bertanya kepada Habib, adakah beliau mengakui bahawa Muhammad itu utusan Allah dan Habib mengatakan "Ya", dan apabila Musailamah mengatakan 'Adakah aku juga utusan Allah'? Lantas dengan sinis Habib menjawab "Telinga aku pekak sehinggakan tidak mendengar apa yang engkau katakan".

Iman Habib Utuh 
Maka kemarahan Musailamah bertambah dan diarahkan pengawal yang menjaga untuk memotong anggota badan Habib. Lalu dipotong pergelangan tangannya lantas jatuh ke bumi. Lalu ditanya perkara yang sama, dan beliau menjawab perkara sama. Lalu dipotong pula pergelangan tangannya yang sebelah lagi. 

Pertanyaan itu berulang dan setiap kali itu jugalah, jawapan Habib tetap sama. Maka, setiap kali Habib menjawab, maka dipotong anggota badannya sehingga dikatakan dipotong kedua-dua belah tangannya sehingga ke paras bahu. 

Selepas itu, dipotong juga kakinya sehingga ke paras lutut dan akhirnya Habib menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan tidak ada satu pun daripada belahan pedang yang mampu memisahkan dirinya daripada beriman kepada Allah SWT. 

Begitulah benarnya tahap keimanan sahabat yang benar-benar mengakui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Muhammad itu pesuruh-Nya. 

~ Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany ~
.
.

Thursday 9 March 2017

Hentikan Peluh Berlebihan


PERPELUHAN adalah merupakan fenomena fisiologi biasa bagi kebanyakan orang di serata dunia, tambahan lagi bagi rakyat Malaysia memandangkan kita mendiami negara beriklim panas. Perpeluhan membantu mengawal suhu tubuh badan melalui pengurangan haba sekaligus menyejukkan tubuh melalui proses penyejatan. Kebanyakan orang berpeluh secara kerap setiap hari dan apabila perpeluhan tersebut menjangkaui paras biasa, ia masih dianggap normal. 

Ramai individu tidak menyedari bahawa perpeluhan secara berlebihan adalah satu situasi perubatan dan bukan lagi fisiologi. Keadaan ini dipanggil HIPERHIDROSIS yang boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh seperti muka, tapak tangan, ketiak, tapak kaki dan/atau badan. 

Hiperhidrosis terjadi apabila terdapat tindakbalas berlebihan di dalam saraf yang membekalkan kelenjar peluh ekrin. Pesakit yang mengalami peluh berlebihan akan berpeluh walaupun berada di dalam suhu yang sejuk atau dalam keadaan tenang tanpa tekanan; kebiasaannya ianya hilang ketika tidur. 

JENIS DAN PUNCA 
Hiperhidrosis terbahagi kepada 2 jenis utama: 
Hiperhidrosis 'Primary Focal' 
Hiperhidrosis 'Secondary' 

Hiperhidrosis 'Focal' cenderung terjadi pada muka, tapak tangan dan kaki, dan/atau badan dan tiada penyebab yang dapat dikenalpasti sebagai pencetusnya sementara Hiperhidrosis 'secondary' boleh terjadi dalam pelbagai keadaan, antaranya obesiti, penyakit endokrin seperti 'Diabetes', 'Hyperthyroidism', 'Hyperpituitarism', 'Acromegaly' dan beberapa jenis barah seperti 'limfoma', tumor 'carcinoid', 'pheochromocytomas', kehamilan, putus haid, keresahan dan banyak lagi. 


EPIDEMIOLOGI 
Sepertimana slogan "Now Everyone Can Sweat", hiperhidrosis tidak cenderung terhadap mana-mana bangsa atau jantina tetapi hiperhidrosis 'primary focal' selalunya bermula awal pada kanak-kanak atau apabila baligh.

KESAN KEPADA MASYARAKAT 
Bagi pesakit yang menderita hiperhidrosis, ia merupakan stigma sosial yang besar berikutan mereka tidak dapat berada di kalangan masyarakat dengan tenang. Kebanyakan pesakit yang mengalaminya menyembunyikan keadaan masing-masing dengan mengelakkan perjumpaan atau membiarkan tangan di dalam poket. 

Sesetengah dari mereka sanggup menangguhkan perkahwinan disebabkan hal hiperhidrosis sehingga berlakunya perbalahan antara dua keluarga. 

Disebabkan hiperhidrosis, ada juga yang mengalami bau badan yang teruk dan ini menambah kepada kesengsaraan mereka. Justeru itu, hiperhidrosis sememangnya KECACATAN SENYAP bagi golongan yang menghidapnya. 

Kebanyakan pesakit akan mengalami tekanan psikologi yang tinggi seperti kemurungan, kehilangan kawan dan dipinggirkan kerana hiperhidrosis. Malangnya, ramai pesakit yang tidak menyedari bahawa hiperhidrosis adalah keadaan perubatan yang boleh dirawat dan melalui nasihat perubatan, mereka juga boleh menjalani kehidupan biasa seperti individu lain.

Anda mungkin mengalami hiperhidrosis seandainya: 
  • Anda mengelakkan sentuhan fizikal seperti berjabat tangan, kerana malu mendedahkan perpeluhan anda. 
  • Anda tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti seperti menari atau bersenam kerana risau ia akan memburukkan masalah perpeluhan anda. 
  • Peluh berlebihan menganggu tugas anda - contohnya anda sukar memegang peralatan atau menggunakan papan kekunci komputer. 
  • Anda mengalami masalah dengan aktiviti normal harian seperti memandu. 
  • Anda menghabiskan banyak masa menangani masalah perpeluhan anda - sebagai contoh, anda kerap mandi dan menukar pakaian. 
  • Anda sering menyepi dan mengasingkan diri kerana malu. 


RAWATAN HIPERHIDROSIS 

Terdapat pelbagai pilihan rawatan bagi menangani hiperhidrosis. 

1) Rawatan Tanpa Pembedahan 
Pada kebiasaannya, kebanyakan pesakit akan membeli produk anti-perpeluhan di kaunter bagi membantu melegakan masalah perubatan ini. Jenama yang menawarkan kekuatan klinikal yang mencukupi adalah seperti 'Secret', 'Gillette', 'Degree', 'Dove', 'Arrid', 'Sure', dan juga 'PerspireX', 'Certain-Dri' dan 'Hydrosal'

Perubatan oral, khasnya ubat-ubatan 'anticholinergics' seperti 'Atropine' boleh membantu dalam masalah ini, namun ia juga mempunyai kesan sampingan seperti kekeringan mata dan mulut, debaran jantung dan banyak lagi. Oleh itu, ia harus diguna berdasarkan nasihat perubatan dan bukan untuk tempoh jangka panjang. 

Ramai juga yang mencuba iontophoresis air paip di mana kaki dan tangan direndam di dalam air sambil disambung ke peranti yang akan mengalirkan arus bervoltan rendah untuk menyahaktifkan saluran sodium di kelenjar peluh dan sekaligus mengurangkan perpeluhan. Sesi tersebut perlu dilakukan berulangkali di dalam tempoh yang mengambil masa berbulan-bulan. 

Kaedah lain yang ada adalah seperti suntikan Botulinum Toxin A (Botox) ke dalam tapak tangan dan kaki dan ini juga perlu dilakukan berulangkali setiap 2 hingga 6 bulan dan ianya agak mahal. Pembedahan Laser atau 'Liposuction' pada bahagian ketiak juga telah dicuba oleh ramai penderita penyakit ini. 

2) Rawatan melalui pembedahan 
Rawatan pembedahan juga ada ditawarkan kepada pesakit yang menghidapi Hiperhidrosis 'Primary Focal' dan ia merupakan kaedah rawatan pilihan. Dalam perubatan moden hari ini, teknik invasif yang minimal telah muncul dan kaedah pembedahan seperti 'Video Assisted Thoracoscopic Sympathicotomies (VATS)' atau Pembedahan 'Needlescopic' (sesetengah pakar bedah menamakannya 'Endoscopic Thoracic Sympathectomy') adalah merupakan kaedah pembedahan popular bagi penyakit ini. 

Teknik ini lebih selamat dan mempunyai kadar komplikasi yang rendah. Dalam pembedahan rutin 'VATS Sympathicotomy' yang dilakukan sebagai pembedahan hari, pesakit akan memasuki dewan pembedahan pada waktu pagi. 

Prosedur ini dilakukan dalam situasi pembiusan umum dengan dua insisi 3-5mm dibuat di bahagian tepi dada dan endoskop kecil yang dilengkapi kamera dimasukkan bagi melihat 'thoracic sympathetic chain' yang menjadi punca hiperhidrosis. Bergantung kepada magnitud hiperhidrosis, sama ada 'Palmo-axillary-plantar' atau hiperhidrosis muka, keadaan 'sympathetic trunk' yang berkaitan akan diberi gambaran visual dan dibahagikan kepada tahap yang bersesuaian mengikut ruang masalah pesakit. 

Hampir kesemua pesakit boleh pulang pada hari yang sama dan mereka hanya mengalami ketidakselesaan yang sedikit beberapa hari selepas pembedahan. Walau ramai pesakit mengalami peningkatan perpeluhan yang sedikit pada bahagian tubuh badan yang lain, keadaan ini jarang memberi masalah dan 95-98% pesakit akan sembuh dari masalah perpeluhan berlebihan apabila tahap 'sympathetic trunk' yang bersesuaian dibahagikan. 

Kepuasan pesakit setakat ini memang amat memberangsangkan. Hiperhidrosis dihentikan sepenuhnya selepas pembedahan pada hari yang sama. Jadi, pesakit tidak lagi berpeluh secara berlebihan !!!

Artikel asal ditulis oleh Dr. George John, Perunding Am & Ahli Bedah Toraks, Prince Court Medical Centre.
.

Tuesday 7 March 2017

Malaysia cari penyelesaian terbaik isu Korea Utara



SHAH ALAM: Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak, petang tadi, antara lain membincangkan jalan penyelesaian terbaik terhadap isu semasa membabitkan Malaysia dan Korea Utara. 

Perdana Menteri menghadiri mesyuarat berkenaan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, setibanya dari Jakarta selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA). 

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, mesyuarat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. 

Turut hadir Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim; Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. 

Jurucakap PMO berkata, tiada kenyataan lain akan dikeluarkan hari ini selain apa yang dinyatakan Perdana Menteri, tengah hari tadi. "Perdana Menteri tiba jam 5.35 petang tadi. Mesyuarat diadakan antara lain bagi melihat cara terbaik menyelesaikan isu ini," katanya.
.
.

Monday 6 March 2017

Legasi Jins Shamsudin tidak ternilai

NEGARA kehilangan sebutir permata seni, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin, 81, yang memberi sumbangan tak ternilai selama lebih 60 tahun mengabdikan diri dalam dunia perfileman. 

Allahyarham bukan saja mencipta legasi dunia perfileman dengan karya yang menjadi rujukan pembikin filem, malah ketokohannya dalam bidang politik diakui ramai. Bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja UMNO Cawangan Coronation Road, Singapura, pada 1959, beliau dilantik sebagai Senator pada 13 Oktober 2004. 

Pencapaian itu adalah suatu rekod dan kejayaan besar buat anak seni yang julung kali dilantik menduduki kerusi Senator. Jins atau nama sebenarnya, Mohamed Jins Samsudin dilahirkan di Sungai Limau, Taiping, Perak pada 5 November 1935. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pendang Siam, Batu 8, Jalan Trong, Taiping. 

Menyoroti jejak karier Allahyarham dalam dunia seni, tanggal 16 Mei 1956 menjadi detik bermulanya kembara Jins dalam menjadi seniman tersohor. Dengan gaji permulaan serendah S$70 pada zaman itu, Allahyarham tampil dalam filem sulung, Keadilan Ilahi dan Anakku Sazali. 

Dalam kedua-dua filem itu, beliau memegang watak kecil. Sikapnya yang tekun memerhati kru bekerja selain keperibadiannya yang menyenangkan, mendorong Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee memilihnya untuk menerajui filem Panca Delima pada 1957. Era kegemilangan Sejak itu, bermulalah era kegemilangan Allahyarham dalam dunia perfileman Melayu di Singapura. 

Sepanjang berada di Singapura, Allahyarham berlakon dalam 27 filem sehingga karya terakhir iaitu Gerak Kilat pada 1966. Allahyarham kemudian melebarkan sayap dengan membintangi filem yang diterbitkan di Hong Kong pada tahun 1967 iaitu Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya, kedua-duanya arahan Loh Wei. Kembali ke Kuala Lumpur, Jins membintangi filem Amuk Tok Nadim pada 1968 disusuli 15 filem lain. 

Ketika mengejar populariti sebagai bintang filem di Singapura, Allahyarham menyimpan azam yang tinggi untuk mengasah bakatnya dalam bidang pengarahan. Berkat kegigihan dan kesungguhannya mendalami ilmu filem sama ada melalui pembacaan dan pengamatan di lokasi penggambaran, Jins beroleh peluang pertama untuk mengarahkan filem Bukan Salah Ibu Mengandung pada 1969. 

Selepas karya sulung itu, Jins menghasilkan filem Di Belakang Tabir pada 1969; Menanti Hari Esok (1977); Tiada Esok Bagimu (1978); Esok Masih Ada (1979); Bukit Kepong (1980); Esok Untuk Siapa (1982); Eagle Hunter (1983); Ali Setan (1985); Balada (1992); Wawasan (1992) dan Memori (1993). Siri filem 'Esok' yang digarap Allahyarham mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan. 

Filem Menanti Hari Esok mencapai tahap box office bagi filem Melayu ketika itu. Ini disusuli dengan Tiada Esok Bagimu yang bermodalkan RM250,000 dan Esok Masih Ada yang dihasilkan pada kos RM300,000. Menyajikan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada era itu, siri filem 'Esok' melahirkan nama-nama besar dalam industri seni seperti Allahyarham Azean Irdawaty, Noor Kumalasari dan Fauziah Ahmad Daud. 

Watak Jiman yang dipegang Allahyarham dalam filem Esok Untuk Siapa cukup meruntun perasaan dan diingati hingga sekarang. Sebuah lagi karya yang menyerlahkan kewibawaan beliau adalah filem Bukit Kepong yang diarahkan ketika dirinya berusia 45 tahun. Filem yang memaparkan kisah benar perjuangan sekumpulan anggota polis yang mempertahankan balai polis di Bukit Kepong daripada serangan pengganas komunis, meninggalkan kesan mendalam, malah menjadi rujukan pengkaji sejarah dan perfileman sehingga hari ini. 

Pengarah Terbaik Menerusi filem itu juga, beliau dijulang sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ketiga (FFM3). Bukit Kepong juga diangkat sebagai Filem Terbaik dan pemenang Adaptasi Terbaik pada festival sama. Sebelum itu, Jins sudah pun memenangi dua kategori arahan menerusi Tiada Esok Bagimu pada Pesta Filem Asean 1978 diikuti Tiada Esok Bagimu (FFM1). Jins juga memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem berkenaan. 

Atas pencapaiannya, Allahyarham menerima Anugerah Seniman Negara pada 2009. Edisi ke-18, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2004 juga mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam mengangkat martabat seni negara dengan trofi Anugerah Seniman Veteran. 

Sepanjang hayatnya, Allahyarham juga dikenali sebagai tokoh yang banyak berjuang untuk kebajikan pekerja industri filem. Jins pernah menganggotai beberapa persatuan seperti Persatuan Artis Malaya pada 1957; Persatuan Seni Coronation Road (1957); Persatuan Seni Pasir Panjang (1959) dan Persatuan Kesenian Singapura. 

Jins juga lantang dalam memperjuangkan nasib pekerja Studio Jalan Ampas sehingga dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bertindak mewakili Kesatuan Studio Jalan Ampas untuk berunding dengan Shaw Brothers yang dikatakan sering mengeksploitasi pekerja ketika itu. 

Memikirkan soal survival filem Melayu, Jins ketika hayatnya, banyak melontarkan idea bagi meningkatkan mutu penghasilan filem. Jins dilaporkan pernah mengkritik peralatan penggambaran di studio di Hulu Klang yang sudah berusia lebih 30 tahun, tetapi masih digunakan dalam pembikinan filem. 

Jins juga menggariskan beberapa perkara bagi menyekat monopoli yang tidak sihat dalam kalangan pembikin filem. Antaranya, beliau pernah meminta kerajaan memberi perhatian kepada peluang anak Melayu mengendalikan filem mereka sendiri, menguatkan undang-undang kemasukan filem asing dan mengenakan cukai import yang tinggi ke atas filem luar. 

Jins dikesan menghidap penyakit Alzheimer pada 2011. Berikutan itu, beliau mula jarang dilihat menghadiri acara hiburan sebaliknya banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Jins yang sentiasa tampil segak dan kemas sejak usia muda, pernah berpesan kepada rakan artis terutama bakat baharu supaya sentiasa menjaga hati peminat. 

"Biar bagaimana sibuk sekalipun saya tetap akan melapangkan sedikit masa melayani pelawat kerana mereka datang dari jauh. Mungkin dalam pergaulan itu, saya boleh meninjau pandangan mereka untuk memperbaiki lakonan saya". 

"Saya sayang kepada peminat saya. Kalau mereka tidak memuja saya, tidak meminati saya, masakan orang mengenali siapa saya. Kerana itu saya tidak keberatan melayan mesra kerenah peminat, sama ada dengan menjawab surat mereka, menjawab panggilan telefon atau semasa bertemu sendiri secara peribadi," katanya yang dipetik daripada buku Kembara Seorang Seniman Jins Shamsudin.

Al-Fatihah.
.
----------////--------

Wednesday 1 March 2017

Kerja penggalian Israel musnahkan Masjid al-Aqsa



BAITULMAQDIS: Menteri Hal Ehwal Agama Palestin Sheikh Yousif Ideis, memberi amaran Israel cuba memusnahkan Masjid al-Aqsa di timur Baitulmaqdis. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Sheikh Yousif menegaskan, Israel cuba memusnahkan masjid suci itu menerusi kerja penggalian harian yang dilakukannya di bawah perkarangan rumah ibadat itu. 

Beliau menambah, rejim Tel Aviv cuba mencetuskan perang agama di rantau itu dengan cubaan berterusan memusnahkan masjid berkenaan. Kenyataan dikeluarkan selepas Jawatankuasa Islam-Kristian untuk Mempertahankan Baitulmaqdis dan Tapak Suci mengumumkan, kerja penggalian Israel itu menyebabkan beberapa lubang benam wujud di perkarangan masjid. 

Sheikh Yousif mengakui tindakan Israel itu pelanggaran jelas resolusi oleh badan global dan yang terbaru, resolusi UNESCO mengutuk tindakan Israel di jajahan diduduki itu. Pihak berkuasa Israel kerap mengeluarkan permit untuk penggalian dan arkeologi berhampiran perkarangan al-Aqsa. 

Tindakan seperti itu mengakibatkan runtuhnya beberapa kediaman Palestin dan kerosakan terhadap masjid dan persekitarannya. Masjid al-Aqsa adalah tapak suci ketiga umat Islam selepas Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. - Presstv
.
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my