Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 8 August 2016

Che Ta nafi hilang RM164,000 di Switzerland

CHE Ta nafi kehilangan RM164,000 di Switzerland pada tahun lalu. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan terkejut apabila dilaporkan kehilangan wang kira-kira 40,000 Swiss Franc (RM164,000) pada tahun lalu. 

Rozita berkata, sepanjang melancong ke luar negara, belum pernah lagi beliau berdepan insiden kehilangan wang. "Eh, bila masa saya hilang duit? Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah kehilangan wang ketika bercuti. 

Mungkin informasi yang diberi kepada penulis tidak benar. Saya terkejut apabila laporan itu dikeluarkan," katanya kepada BH Online. Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta Festival Fesyen Gegar Fest di sini, petang tadi. 

Sabtu lalu, akhbar sisipan BH menerusi ruangan Desas-Desus melaporkan, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta hilang kira-kira 40,000 Swiss Franc (RM164,000) ketika bercuti di Switzerland, tahun lalu. 

Menurut laporan itu juga, Che Ta langsung tidak menunjukkan reaksi kerisauan atas kehilangan wang berkenaan, sebaliknya tenang dan reda dengan kejadian menimpanya. 

Sementara itu, mengenai festival fesyen terbabit, ia bakal berlangsung secara besar-besaran di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 26 dan 27 Ogos ini. Pengarah Urusan RSZ Event Empire, Zurina Johari, berkata Rozita dipilih sebagai duta berikutan pengaruhnya yang kuat dalam industri fesyen tanah air. 

"Rozita ialah ikon fesyen di Malaysia dan pengaruh beliau dalam bidang ini sangat kuat, terutama di laman sosial. "Selain Rozita, peminat yang memeriahkan festival juga boleh berjumpa dan beramah mesra dengan beberapa artis lain seperti Jihan Muse, Dafi, Zain Saidin, Sabhi Saddi, Ryzal Jaafar, Datuk Aznil Nawawi dan Aaishah Dhia Rana," ujarnya. 

Festival fesyen berkenaan memberi ruang niaga kepada vendor untuk memasarkan produk masing-masing dengan harga berpatutan, iaitu daripada RM1,950. 

Bagi mendapatkan keterangan mengenai urusan berkaitan vendor, mereka yang berminat boleh menghubungi RSZ Event Empire di nombor 017-2294779 (Qaseh), 019-2848952 (Rin) dan 013-2191015 (Yana).

Oleh Feride Hikmet Atak.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my