Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 22 November 2016

Sejarah Awal Penciptaan Perfume|Minyak Wangi

Manusia memang sangat unik. Satu makhluk ciptaan Allah yang sangat suka diperhatikan, disayangi dan dikasihi serta merupakan salah satu keperluan dasar manusia. 

Sedarkah anda bahawa bau badan manusia sangat berkait rapat dengan persekitaran dan pergaulan? Secara tak langsung, manusia akan memilih perfume|minyak wangi yang hampir atau serasi dengan aroma tubuh badan mereka.

Perfume|Minyak wangi sudah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu lagi. Perkataan 'Perfume' berasal dari bahasa Latin yang bermaksud 'Through smoke' atau 'Melalui asap/udara'

Antara salah satu kegunaan perfume|minyak wangi tertua yang ada di dunia adalah untuk upacara keagamaan, pembakaran kemenyan/dupa dan tanam-tanaman yang digunakan dalam upacara keagamaan tersebut. 

Kemenyan dan mur dikumpulkan dari tumbuhan atau pokok yang berkaitan. Orang-orang Mesir lama adalah yang pertama dalam menggabungkan perfume|minyak wangi ke dalam budaya mereka. 

Kemudian diikuti oleh bangsa Cina kuno, hindu, israel, kartago, arab, yunani, dan rome. Penggunaan botol perfume|minyak wangi di Mesir bermula lebih kurang pada tahun 1000 SM. Secara umumnya, perfume|minyak wangi akan diletakan di dalam gelas atau botol kaca.

11) Pada tahun 1580-1085 SM
Pada tahun 1580-1085 SM perfume|minyak wangi digunakan pada festival atau sambutan perayaan orang Mesir lama. Manakala perempuan Mesir pada zaman tersebut juga menggunakan wangian dan minyak sebagai kelengkapan mandi dan penjagaan diri serta pembersihan diri mereka. 

Penggunaan perfume|minyak wangi kemudian terus tersebar ke yunani, rome dan dunia Islam seterusnya. Kemudian apabila tiba zaman kejatuhan rome, pengaruh perfume|minyak wangi terus merosot.

Perfume|minyak wangi mula dikenali oleh masyarakat secara meluas bermula pada abad ketujuh belas.
2

2) Perancis pada tahun 1656

Sarung tangan ber-perfume|minyak wangi menjadi popular di Perancis dan pada tahun 1656 juga, syarikat pembuat sarung tangan dan perfume|minyak wangi telah dilancarkan. Penggunaan perfume di Perancis semakin meluas dalam pelbagai kelas sosial. 

Pada zaman pemerintahan Raja Louis XV ia dipanggil 'le cour parfumee' (the perfumed court) kerana aroma wangiannya yang digunakan setiap hari tidak tertakluk hanya pada kulit atau badan manusia, tetapi juga untuk pakaian dan perabut. 

Penemuan Eau de Cologne pada abad kelapan belas telah menjadi satu revolusi perkembangan dalam kemajuan perfume|minyak wangi. Struktur campuran asal perfume|minyak wangi pada zaman ini adalah rosemary, neroli, bergamot dan lemon. 

Penggunaan Eau de Cologne memiliki beberapa variasi asal iaitu dengan dicairkan sebagai air mandian, dicampur dengan anggur, dimakan bersama gula, sebagai ubat pembersih mulut (kumur), enema atau bahan untuk tapal, disuntikkan terus ke dalam badan dan sebagainya.

Lebih kurang sama seperti industri dan seni, perfume|minyak wangi telah mengalami perubahan yang besar pada abad kesembilan belas. Perubahan ini selaras dengan selera dan perkembangan kimia moden base notes wangian seperti yang kita kenali sekarang. 

Alchemy memberi ruang dan jalan untuk kimia dan wangian baru diciptakan, Revolusi Perancis pula tidak menyebabkan perume|minyak wangi semakin berkurangan, malahan ada aroma yang disebut 'Parfum ala Guillotine'

Di bawah pemerintahan pasca-revolusi, semakin ramai orang yang berani mengekspresikan kecenderungan untuk barang-barang mewah, termasuklah perfume|minyak wangi. Perdagangan melati, mawar dan perdagangan jeruk semakin bertumbuh pesat.

Bandar Grasse di Provence telah dimasyhurkan sebagai pusat pengeluaran terbesar untuk bahan utama pembuatan perfume|minyak wangi.

33) Kemudian disahkan pada tahun 1724


Paris telah menjadi pusat komersial untuk Grasse dan pusat perfume|minyak wangi yang utama pada ketika itu. Pusat perfume|minyak wangi seperti Houbigant (Quelques Fleurs, masih sangat popular pada masa ini), Lubin, Roger & Gallet dan Guerlain antara pioneer perfume|minyak wangi yang berpusat di Paris.

44) Pada 1760
Di London, James Henry Creed mendirikan House of Creed perfume|minyak wangi. Masa terus berlalu dan pelbagai  jenama awal perfume|minyak wangi semakin muncul di Eropah. The Crown Perfumery didirikan pada tahun 1872 oleh William Sparks Thomson, pembuat crinolines dan korset. 

Penghasilan perfume|minyak wangi untuk masyarakat kelas atasan di London dan Eropah, telah mewujudkan koleksi wangian bunga-bungaan yang dipanggil Fairies Flower. Ratu Victoria juga telah diberi wangian Crown, iaitu gambar mahkotanya sendiri untuk dijadikan label ke atas botol perfume|minyak wangi tersebut.

5
5) Tahun 1930-an
Selaras dengan perkembangan wangian kulit manusia dan motif bunga yang popular pada zaman tersebut, maka telah muncul Worth Je Reviens (1932), Carson Fleurs de Rocaille (1933) dan Jean Patou Joy (1935) perfume|minyak wangi yang sangat diminati pada masa tersebut. 

Apabila kemuncak sektor wangian di Perancis berkembang pesat pada tahun 1950, muncul pula beberapa nama lain seperti Christian Dior, Jacques Fath, Nina Ricci, Pierre Balmain menghasilkan perfume|minyak wangi jenama mereka sendiri. Seterusnya muncul pula beberapa perfume|minyak wangi kecil dan eksklusif serta terus dipasarkan.

Bermulalah popular jenama seperti Amouage, Montale, Xerjoff, Parfumerie Naturelle dan Bois. Mereka telah meghasilkan kualiti wangian yang tinggi dan sangat halus dalam era wangian zaman moden. Wangian ini mengandungi minyak yang terbaik dari seluruh dunia dan telah menghidupkan semangat dan ghairah wagian yang sangat tinggi. 

6) Masa Kini

6
Pada masa kini, sudah lebih dari 30.000 jenama perfume|minyak wangi dihasilkan di seluruh pasaran dunia. Ia juga tidak hanya terbatas untuk golongan kalangan tertentu sahaja. Industri perfume|minyak wangi telah mengalami beberapa perubahan yang drastik dalam teknik, material dan gaya. Semua yang telah mencipta wangian moden, antaranya mereka masih lagi menggabungkan kreativiti, mistik dan asmara bersama selaras dengan teknik pemasaran untuk menarik lebih ramai peminat fanatik perfume|minyak wangi. 

Jadi bagaimana dengan anda? Pecinta perfume|minyak wangi sejati, sekadar pengumpul perfume|minyak wangi atau penjual perfume sebenar?
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Whatsapp 0168474740
.
kbaiii
.
p/s: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus Daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN! JOM Belajar secara FB LIVE!
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my