Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 18 August 2016

Neelofa Enggan Layan Kritikan, Mahu Beribadah Sebaiknya Di Mekah

Bakal menunaikan haji bersama ibu bapanya tidak lama lagi, Neelofa tidak menafikan bahawa antara perkara yang mahu dipohonnya di tanah suci Mekah nanti adalah mengenai jodohnya.

“Sesiapa sahaja yang berpeluang ke sana mengerjakan haji, pasti pelbagai niat dipasang. Jodoh salah satunya. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang sukar untuk kita peroleh, bukan senang kan?”

“Tapi tidaklah pasal jodoh semata-mata, kita doa untuk kelangsungan hidup. Perniagaan, kesihatan, keluarga dan semua benda kalau boleh kita nak doa dekat sana, tapi yang penting niat untuk beribadah,” kongsinya lagi.
Tambah Neelofa, dia juga enggan memikirkan tentang pelbagai kritikan yang dilemparkan kepadanya lebih-lebih lagi apabila gelaran Hajah dimilikinya setelah pulang dari mengerjakan haji nanti.
“Saya rasa itu tidak perlu difikirkan. Sekarang ini pun, banyak yang sudah mengkritik. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa pun yang kita lakukan, pasti ada mata yang memandangnya salah”.
“Jadi kenapa saya perlu bazir masa memikirkan tentang itu semua. Saya serah bulat-bulat kepada Allah. Tawakal dan saya tahu, Allah maha pengampun. Siapa kita mahu menghukum sesama manusia,” katanya menamatkan perbualan. 
-RotiKaya-

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my