Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 8 August 2016

Lelaki mengaku Sultan Melaka didakwa

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, terhadap tiga pertuduhan mengaku sebagai Sultan Melaka dan memperdayakan seorang lelaki membayar RM2,100 bagi mendapatkan persalinan diraja Melaka. 

Sabirin Yusof, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa menipu Poniran Sumardi, 55, dengan mengaku sebagai Sultan Melaka dan boleh menolong mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai yang semua berjumlah RM2,100, dalam kejadian pada Mei lalu, di sebuah rumah di Taman Pelangi Indah, dekat sini. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Ariffin, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Yusri Ahmad yang hadir bagi pihak peguam Nordin Hussin. 

Siti Asmah memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Bagaimanapun tertuduh dalam rayuan menerusi peguamnya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang paling rendah dengan alasan tertuduh perlu menyara dua isteri dan 16 anak dengan gaji sebanyak RM1,800 sebulan sebagai pengawal keselamatan, selain sentiasa memberi kerjasama dengan pihak polis. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini sebagai tarikh serahan dokumen. - Oleh Junita Mat Rasid.

SABIRIN didakwa di Mahkamah Majisret Johor Bahru, terhadap tiga pertuduhan mengaku sebagai Sultan Melaka dan memperdayakan seorang lelaki membayar RM2,100 bagi mendapatakan persalinan diraja Melaka. - Foto Mohd Azren Jamaludin


No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my