PENGGEMAR nasi ayam kini boleh menikmati hidangan enak dengan harga RM3 sepinggan di
rangkaian restoran nasi ayam Wak di kawasan Klang.

Nasi ayam Wak beroperasi di lima cawangan masing-masing di Jalan Saleh, Jalan Cempaka,
Jalan Dusun, Jalan Seri Jaya Bukit Kapar dan Persiaran Hamzah Alang (bersebelahan Masjid
As Syariff).

Pemilik restoran nasi ayam Wak, Ahmad Samit, 60, atau dikenali Wak Mat berkata, nasi ayam
Wak sudah beroperasi hampir 20 tahun dan ia bermula di Bangsar dengan harga RM1.90 sepinggan.

“Pada 1986, ia dinaikkan menjadi RM2 dan lima tahun kemudiannya dinaikkan kepada RM2.50.

“Disebabkan kenaikan harga ayam semasa, bermula 1 September 2014, harga nasi ayam ini
dinaikkan pada harga RM3 sehingga kini,” katanya.

Bercerita mengenai menu, menurutnya, nasi ayam ini diadaptasi dari nasi ayam
Singapura, namun ia kemudiannya diubahsuai mengikut selera peminat nasi ayam tempatan.

“Saya masih kekalkan harga RM3 hingga sekarang kerana mengambil kira purata
pelanggan yang kebanyakannya berpendapatan sederhana.

“Kebanyakan pelanggan saya di restoran Jalan Salleh ini adalah pekerja kilang berdekatan
dan penduduk tempatan.

“Saya kekalkan harga itu demi menjaga pelanggan, walaupun tak untung banyak, namun
saya pentingkan kepuasan pelanggan,” katanya.

Restoran nasi ayam Wak di Jalan Saleh, Meru itu beroperasi setiap hari bermula jam 7 pagi
hingga 12 tengah malam dan turut menyediakan menu masakan panas dan martabak daging
serta ayam pada harga RM3 sekeping.

Lebih menariknya, restoran berkenaan turut melarang lelaki Islam berada atau makan di kedai
itu sewaktu solat Jumaat berlangsung sebagai satu dakwah.
.
.
☺️
----------////--------
�#arabperfumelover� @ Jom LIKE FB page kami
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
kbaiii
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN!
Belajar secara FB LIVE!
.
.
Bertindak sebelum terlambat
πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ