Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 10 August 2016

Viral Pengasas RHB Bank Kahwini ‘Gadis’ 19 Tahun? JOM dengar anak ‘Gadis’ Ini Ceritakan Perkara Sebenar!

Sejak pagi tadi viral tentang perkahwinan pengasas RHB Bank Tan Sri Rashid Hussain yang dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 19 tahun. Sekali imbas memang macam berumur 19 tahun namun sebenarnya bukan!
Kami pun pelik entah dari mana bermulanya cerita seperti yang didakwa ini. Wanita terbabit sebenarnya seorang ibu tunggal berumur lewat 40-an dan perkara ini disahkan sendiri oleh anak beliau! Pandai-pandai je korang ni kan?

Info tak betul!!

Semuanya bermula apabila beberapa buah page di Facebook berkongsi tentang perkahwinan ini. Tak cukup di Facebook, dekat Twitter pun ramai juga yang share.
Memang tak dinafikan kalau dah jodoh itu dengan siapa-siapa pun tak jadi masalah tapi nasib baik ramai yang buat ‘research’ dulu sebelum percaya.

Berumur 40-an, mempunyai kerjaya sendiri!

Tak mahu info yang tak betul ini terus viral, anak kepada Puan Sri Hani iaitu Aria tampil dan menjelaskan perkara sebenar menerusi akaun Twitter miliknya. Dia pun pelik macam mana boleh cakap umur 19 tahun, mungkin awet muda kot.

Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mencemuh dan menuduh yang bukan-bukan kepada ibunya. Ada yang cakap sebab duit dan sebagainya padahal mereka berkahwin kerana cinta.


Gambar semasa majlis perkahwinan

Tak percaya juga nah tengok gambar ini. Gambar perkahwinan ibunya yang berlangsung beberapa hari yang lalu.


Harap menjawab lah persoalan yang bermain di fikiran korang tu. Ada yang cakap berumur 45 tahun dan ada yang cakap 42 tahun, tapi tak apa lah janji bukan 19 tahun seperti yang diviralkan!
Cukup-cukup lah mengata yang tak elok, doakan yang terbaik je okay!
Sumber : aria

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my