Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 27 February 2017

"Buah pinggang saya sudah dicuri" - Pembantu Rumah

Pekerja asing haram diambil dari pelbagai wilayah di Indonesia menunggu pemergian mereka di dalam bilik kecil mereka di tempat perlindungan di Karanganyar, Jawa Tengah. - Foto JP/Ganug Adi Nugroho


MATARAM: Seorang pekerja dari Lombok Utara, di Nusa Tenggara mengesyaki beliau menjadi mangsa pemerdagangan organ ketika bekerja di Doha, Qatar. 

Sri Rabitah, 25, berkata beliau yang mula bekerja sebagai pembantu rumah di Doha pada 2014, turut mendakwa didera oleh majikan pertamanya. Katanya, beliau dibawa ke hospital selepas tiga hari bekerja dan tanpa diketahui puncanya terpaksa menjalani satu pembedahan. 

Sri Rabitah berkata, sebaik sahaja sedar daripada pembedahan pada keesokan harinya, beliau mendapati ada balutan pada bahagian perutnya. Beliau mendakwa majikannya tidak berkata apa-apa berhubung perkara itu, sebaliknya mengembalikannya ke agensi pekerjaan. 

Selepas itu, Sri diarah bekerja dengan majikan lain tetapi dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama kerana beliau sering jatuh sakit. Sri yang berasal dari Kampung Sesait kemudiannya mendapati salah satu daripada buah pinggangnya sudah dikeluarkan ketika menjalani pemeriksaan di hospital. 

Beliau kemudiannya mengunjungi pejabat Pegawai Daerah Lombok utara bagi mendapat bantuan. "Saya mahu kerajaan menyaman dalang perbuatan ini. Buah pinggang saya sudah dicuri," katanya. (The Jakarta Post)
.
.

Monday 20 February 2017

Top 10 Perfume|Minyak Wangi for Women 2017 - @arabperfumez

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. 
.
Memang betul lama tak update blog ni..Biasa la awal tahun memang agak membizikan diri huhu.
.
Sementara ada sikit masa terluang ni boleh la datang idea sikit. Terus tulis je ni..nanti tunggu lama-lama abes ilang semua idea :)
.
Ramai penggemar perfume|minyak wangi mesti nak tau start tahun baru 2017 ni trend perfume|minyak wangi kat Malaysia ni dah macam mana..dengan harga barang semua mendadak naik..kos sara hidup pun semua makin tinggi..faham-faham je lah..
.
Tapi hidup mesti diteruskan..rezeki Allah yang bagi..so tak perlu la kita sibuk nak komplen itu ini bagai semua..
.
Hari ni aku nak share kat kat korang pasal Top 10 Perfume|Minyak Wangi for Women 2017. Ni kira dari start masuk tahun baru 2017 sampai la sekarang ni. Maksudnya awal Januari sampai la pertengahan bulan Februari ni. Kira dalam sebulan setengah punya masa.
.
Aku bagitau ni pun based on my experience setakat yang aku jual dari Januari 2017 sampai 20 Februari 2017 je. Ni pendapat peribadi aku je. Lagi pun aku kira based on bilangan yang dibeli oleh pelanggan kat FB page aku Original Authentic Perfume dan kat web aku http://arabperfumes.shoppy.my  hehe. Maksudnya perfume|minyak wangi yang menjadi permintaan pelanggan la :)
.
.
1) Lancome La Vie Est Belle
Nak kata yang ni perfume|minyak wangi baru takde la baru sangat. Dia start keluar pun dalam tahun 2012. Kira dah 5 tahun keluar pun masih lagi ramai peminat perfume|minyak wangi ni. Tapi yang best pasal perfume|minyak wangi ni sebab dia manis. Bau dia memang manis-manis sedap. Tergolong dalam range yang soft & sweet. Bau dia mula-mula pakai memang manis. Tapi lama-lama dia dah sebati dengan badan terus jadi macam ada bau vanilla sikit. Pastu nanti tak lama dia macam ada keluar lagi bau fruity. Best kan?! :)


2) Chloe
Chloe ni memang sangat sesuai untuk wanita moden yang menggoda. Bukan apa, bau dia kalau wanita pakai, kalau lelaki lalu kat seblah memang dua tiga kali la toleh mamat tu tengok. Sebab bau dia beb! Memang memikat hati ❤️. Bau je lelaki dah boleh tau wanita yang pakai perfume|minyak wangi ni memang dalam kategori cantik, lawa, seksi & ohsemm! (wanita yang dah berkahwin tak digalakkan pakai perfume|minyak wnagi ni ok :P)


3) Gucci Guilty
Yang ni memang terang-terang sangat sesuai untuk wanita bekerjaya moden. Bau ala-ala artis stylo gitteww :) Dalam range soft spicy, so bau takde la kuat menyengat sangat. Still ok lagi & masih lagi seksi & berani. Sesuai la untuk wanita yang suka pergi hiburan, pesta muda-mudi dan yang sewaktu dengannya. Bau dia more on oriental floral dan sedikit spicy.


4) The One - Dolce & Gabbana 
The One adalah perfume|minyak wangi keluaran Dolce & Gabbana atau lebih dikenali dengan D&G. Perfume|Minyak wangi yang ini bau dia lebih kepada buah-buahan (fruity) dan ada sedikit elemen manis. Range dia memang kategori soft yang bermaksud tak terlalu kuat ala ala gitteww huhu. Banyak juga la campuran dia limau merah jambu, mandarin, lily lembah, mawar, litchi, Peony, Madonna lily, bersama-sama dengan benih ambrette, gaharu, kasturi dan vanila. 


5) Coco Mademoiselle - Chanel
Coco Mademoiselle keluaran Chanel ni memang lejen. Sebab dia dikeluarkan pada tahun 2001. Tapi sampai sekarang masih lagi ramai peminat dia cari & beli. Harga dia yang tak boleh tahan tu. Sebotol 100ml biasa dalam RM500-RM600 beb! Bau dia ada simpan Malaisie Floral yang memang sesuai untuk wanita moden. Perfume|Minyak wangi ini adalah pemenang anugerah Kempen Fifi Anugerah Terbaik Pengiklanan Kebangsaan/TV 2008. Dan sebenarnya ada banyak lagi award yang telah dimenangi oleh perfume|minyak wangi ni di peringkat global. Susah nak cakap, sebab bau dia memang sedap! 


6) Midnight Fantasy - Britney Spears
Bau manis perfume|minyak wangi ni memang kuat sangat-sangat sampai menusuk kalbu! Tapi yang peliknya ramai wanita muda, especially yang cantik-cantik manis gitteww memang suka sangat pakai perfume|minyak wangi ni. Aku pun tak faham hahaha. Ikut suka dia orang la. Tapi bau dia memang best pun sebenarnya. Sebab aku pun penah try pakai. Pagi nak pegi opis spray 3 kali kat badan, petang sampai rumah bini aku tanya, "Ni nak pegi mana wangi-wangi bagai semua ni?" Padahal pagi tadi punya spray masih melekat sampai petang. Memang kuat & lasting bau dia! Bolehla dikatakan kalau pergi satu tempat tu memang perfume|minyak wangi ni meninggalkan kesan kat situ!

Britney Spears lauch perfume|minyak wangi ni tahun 2006. Botol dia memang cantik, warna biru gelap, pastu ada kristal Swarowski lagi kat keliling botol tu. Bau perfume|minyak wangi ni mostly daripada bunga dan buah-buahan eksotik sebab tu la ia misteri dan menarik huhu. 



7) Bombshell - Victoria Secret
Yang ni feberet bini aku punya perfume|minyak wangi huhu. Bau dia memang best giler kentang hahaha. Konsep bau dia fruity, aromatik dan floral. Susah nak terangkan bau bombshell ni sebab memag sedap gila. Rasa macam nak makan pun ada huhu. Dah try baru korang tau kehebatan bau dia ni. Stok bombshell ni memang susah nak dapat. Kalau ada pun memang lesap sebab dah ada orang booking awal. Biasanya pun kalau ada aku simpan je buat pakai sendiri. Tak nak jual hahaha :p



8) 212 Sexy - Carolina Herrera
Perfume|minyak wangi ni masih dalam range sfot. Ada sikit manis dan juga campuran musky & vanilla. Yang ni memang antara perfume|minyak wangi yang lasting. Boleh tahan sampai ke malam. Botol dia menarik sebab ada dua botol 50ml di bahagian atas dan bawah. So boleh simpan masuk dalam beg sebotol, sebotol lagi tinggal kat rumah. Bau dia lebih kepada feminin yang harmoni tapi masih lagi dalam range soft.



9) J'adore - Christian Dior
J'adore ni pun antara salah satu perfume|minyak wnagi yang lejen. Sebab dia awal keluar dulu pun dah tahun 1999. Tapi sampai sekarang masih ramai lagi peminat fanatik dia yang setia dengan J'adore. Bau dia memang ekslusif untuk eksekutif moden yang trendy dan bergaya. Bauan dia macam melambangkan orang kaya. Tak heran la sebab ramai yang pakai J'adore ni pun dalam golongan yang berduit lebat huhu. Wangian klasik yang mempunyai peminat sendiri.




10) Signorina - Salvatore Ferragamo
Signorina ni sebenarnya dipetik dari bahasa Italy iaitu "gadis keriangan". Maksud dia lebih kurang macam keriangan kisah cinta antara seorang wanita muda dan seorang lelaki muda yang tgh fall in love ❤️ gitteww...so suwiittt :* 

Aroma bauan yang bergaya dan canggih, halus dan segar. Wangian ciptaan berasaskan gaya elegan Itali oleh Salvatore Ferragamo. Sangat sesuai untuk wanita feminin muda yang kreatif dalam berfesyen. Bau dia lebih kurang macam buah-buahan dan bunga yang soft & tak manis sangat. Sesuai untuk wanita yang tak lasak.
.
.
.
Ok rasanya cukup la dulu setakat ni. next time kalau rajin aku sambung perfume|minyak wangi untuk lelaki pulak la. Semoga bermanfaat untuk semua.
.
kbaiii :)
.

Wednesday 1 February 2017

6 SEBAB KENAPA KITA PERLU MEMAKAI PERFUME



Perfume bukan 1 keperluan tapi kemestian.. hehe... Yup, bagi aku tidak lengkap rasanya jika kita sudah berpakaian cantik menarik tetapi tidak menggunakan sedikit wangian pada diri sendiri... betul kan? 

Ni antara sebab-musabab dia:

1) PERFUME adalah SUNNAH
Aku yakin ramai yang tahu, berwangi wangian itu sunnah Rasulullah SAW. Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah benda yang ada di dunia ini yang disukai oleh Nabi SAW? 

Sabda Nabi SAW : “ Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian”. Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh Nabi SAW. 

Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana ianya adalah naluri fitrah seseorang manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika kejadiannya baik, jika kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka kepada wangian. 

Sebaliknya akan membenci, seperti Nabi SAW yang tidak suka kepada bauan yang kurang menyenangkan (busuk). Baginda Nabi SAW benci jika terlihat atau terhidu benda yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan (busuk). 

Rasulullah tak suka makan bawang putih dan tumbuhan yang boleh mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan (berbau busuk). 

Berwangi-wangian juga akan menyegarkan minda & jiwa untuk kita beribadah. 


2) PERFUME MENAMBAH ENERGY
Ketika kita keletihan/rasa ngantuk bukan kopi/gula2 sahaja yang boleh memberi tenaga.. cuba spray sedikit perfume... kita mula rasa segar kembali.. kerana wangian mampu memberi kesegaran yang baru, aromanya mengejutkan kita... tak percaya nanti boleh try :)


3) PERFUME MENAMBAH KEYAKINAN
Jika badan kita berbau (busuk).. adakah kita rasa yakin untuk berdepan dengan orang lain? mesti tak kan.. nak salam peluk pun kita rasa tidak selesa... Begitu juga sebaliknya jika kita berwangian.. automatik kita mula rasa confident..benda ni normal & biasa terjadi dengan sendirinya.. Betul kan?



4) PERFUME MEMBERI RASA GEMBIRA PADA DIRI & ORANG SEKELILING
Perfume mampu membantu meningkatkan hormon kegembiraan. Bila kita rasa tertekan, atau kegelisahan.. perfume boleh mengembalikan rasa bahagia dan tenang.. Caranya senang je.. tarik nafas dalam2 dan lepaskan.. kemudian spray sedikit perfume.. especially bau2 note yang fresh & menyegarkan.



5) PERFUME MAMPU RANGSANGAN MENGGODA KEPADA SUAMI/ISTERI
Tak percaya? Betul ni..tak percaya boleh cuba ya nanti huhu..perfume mampu merangsang hormon sexuality.. Jangan salah gunakan sudah la ya.. hehe.. Pakailah wangian walaupun di rumah...untuk suami atau isteri kita.. Aku sarankan pakai bau-bauan yang tertentu untuk suami isteri. Kebahagian kita datangnya dari rumah.. berwangi-wangian untuk orang-orang yang tersayang adalah sangat perlu. Bukan hanya spray ketika mahu keluar rumah je tau...



6) PERFUME BOLEH MENGGAMIT MEMORI
Bila aku pakai perfume Versace Jeans (yg warna purple tu), mula la teringat kenangan silam sewaktu muda hahaha.. zaman percintaan beb :P ..alaa..tak payah la nak ingat sangat..bak kata Jepp Sepahtu "Barang yang lepas jangan dikenang" huhu..

Kalau pakai Dunhill Pure pulak teringat buat hantaran kahwin dulu..banyak lagi la malas nak taip huhu :P ..Perfume ni memang membuatkan kita teringat pada benda-benda penting yang berlaku dulu..betulkan menggamit memori? 

Cuba tukar perfume yang biasa kita pakai kepada perfume baru pulak... it's help u to remember the memory :)

Semoga Bermanfaat.
.
.

Kehendak ATAU Keperluan?

Prinsip yang aku selalu ikut, adalah orang nasihatkan. 

Aku akui, i am not perfect, kadang-kala, nafsu aku untuk beli barang banyak atau buat something over tu ada. Selalunya bila tahap ni, aku akan remind kan diri aku beli mengikut keperluan bukan kehendak. Bila ada kemampuan ==>> baru buat kehendak.

Jika apa-apa pun barang, benda, perbuatan atau apa apa pun, tanya dulu pada diri sama ada itu kehendak atau keperluan. Dahulukan keperluan dari kehendak.

Tak salah dan bukan diancam bunuh pun kalau beli barang ikutkan kehendak, ikut kemampuan. Barang kehendak ni lebih kepada barang atau perbuatan yang kita suka bukan dari kebiasaan. Selalunya kita beli barang kehendak bila keperluan kita mostly mencukupi. 

Contoh, kita ada perfume. Masih ada, boleh bertahan dalam 2 atau 3 bulan lagi. Adakah kita akan beli perfume lagi? Jika kita beli lebih dari 1, itu kehendak. (ikut jenis barang). Ada orang kata perfume bukan satu keperluan. ikut jenis orang jugakkan. Mana tahu bau badan 'menyengat', pakai deodorant pun tak lepas. So, ikut keperluan kita. Jangan orang tu beli, kita nak beli, orang tu ada, kita pun sama nak. Tu memang mintak 'makian' la bila berbelanja sampai berhutang keliling pinggang atau melampau.

Dari pandangan aku, hanya pandangan melalui pengalaman, kita akan puas hati beli barang kehendak bila keperluan kita dipenuhi. Kalau keperluan kita kurang dari kehendak, atau kehendak kita melebihi keperluan, kita akan rasa kekurangan. Itu yang aku rasa, tak tahu lah kalau aku sorang je yang rasa. 

Tepuk dada tanya selera.. :)
.

Le Male Jean Paul Gaultier Untuk Lelaki Seksi Dan Maskulin.

Le Male Jean Paul Gaultier Untuk Lelaki Seksi Dan Maskulin.
Benarlah kata orang yang perfume ini seksi dan sebagai gadis kami suka kan perfume ini. Kalau lelaki pakai konfem kami asyik terbayang bayang saja. 
Secara jujur perfume ini sangat seksi, sensual dan sangat maskulin kalau lelaki pakai. Perfume ni fresh dan berangin/mint dan boleh bau lavender dan vanilla. Sangat strong dan sweet! 
Even kalau perempuan pakai pun tidak menjadi masalah kerana kami juga pakai. Boleh jadi unisex perfume. It is not bad and just nice.. :)
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Original Authentic Perfume
.
KLIK SINI - TUKAR LIKE FB ANDA JADI PELANGGAN
.
Klik sini kalau nak
Whatsapp Boleh Buat DUIT!
.
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN SOFTWARE HANTU!
.
Nak VIDEO FB ADs SUPER DENGAN HARGA MURAH RM30 JE?
.
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
Whatsapp 0168474740
.
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my