Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 10 August 2016

5 Tips Kurus Cepat Terbukti Berkesan

Assalamu'alaikum & salam sejahtera, Terima kasih kerana mengunjungi blog arab ni. Tahniah juga kerana buat keputusan bijak. Sebab arab nak kongsikan sikit 5 tips untuk kuruskan badan secara berkesan.
=================================
Ok jom kita layan kejap. 
Nak kuruskan badan ni tak semestinya kena ikat perut!

Jadi, hari ini arab akan berikan 5 tips kuruskan badan dengan cepat.

Dan ia terbukti berkesan.
Dengan syarat anda ikut betul-betul rahsia yang mudah sangat ni. Ini bukan pelan diet yoyo hokeyy!

*******************************************
Hari ni turun berat badan.. Esok naik mencanak-canak. hahahaha best kan mcm tu :P
Macam tak percaya je pada mesin penimbang berat yang baru kita beli tu. 
Ok dah-dah jangan nk mengarut lagi, apakah 5 cara kuruskan badan tersebut? 

==================
Jom sama-sama kita cuba.
==================
Berbaloii..

1. Wajib Makan Sarapan 
Musuh utama bagi kita mengamalkan diet secara sihat. Siapa tahu?
Ibu kita ? 
Makanan ibu memang terbaik. Sayangilah mereka sementara masih ada!
Bukan. Sian mak. Apa salah mak pada kita
Nasi lemak ?
Apa salah nasi lemak. Semua salah nafsu makan. 

Ya! Faktor utama kita gagal menurunkan berat badan ialah rasa lapar. Perut minta diisi!

Dan antara sebab kita makan lebih dari yang sepatutnya.. Selalu tinggal sarapan pagi.

Waktu pagi, seeloknya kita makan yang berat dengan menu sihat. 

Barulah bertenaga sehingga ke tengahari.

Merujuk pada satu artikel yang arab baca, ada menyebut kenyataan dari, Dr. Andrea Giancoli.
-------------------------
Mereka yang tak makan sarapan di waktu pagi pasti akan cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu makan tengahari. 
Beliau ada pakar pemakanan daripada  American Dietetic Association.
Jadi.. Tips Kurus Cepat yang PERTAMA  ialah mesti makan sarapan pagi!



2. Berhenti Makan Sebelum Kenyang
Dan makan sebelum lapar. 
Macam pernah dengar kan. Betul. Ini amalan yang dianjurkan dalam Islam.
Bersederhana dalam pengambilan makanan.
Badan kita ada haknya. Tanggungjawab kita adalah menunaikannya pada masa yang betul.
Arab percaya.. Tuan puan budiman yang membaca artikel ni mesti jenis rajin rajin belaka :)
Ok, sebenarnya ini prinsip yang sama dengan solat. Solat seeloknya diawal waktu.
Semasa kita bekerja di pejabat dan di rumah, kita kerap lupa untuk makan pada waktu yang sepatutnya. 
Bila dah tak tertanggung rasa lapar baru cari makanan.
Perut kita dah menyanyi nyanyi. 
Arab rasa kawan-kawan dah lalui semua ni. Kerja banyak di pejabat.
Bos pula nak cepat. Akhirnya kita tangguh waktu makan semata mata nak kejar deadline!
Akhirnya kerja siap. 
Dan kita pun bergegas mencari makan semasa pulang dari kerja. Makan di gerai makan.
Banyak pula ajinomoto dan MSG!
Lemak dan santan dari roti canai dan rendang. Teh tarik manis.
.
.
.
Ini memang tidak sihat!
.
.
.
Arab cadangkan supaya kita semua sediakan snek sihat di atas meja. Contohnya kekacang.
Dan kirimlah pada rakan yang turun ke bawah.
Hari ini anda sibuk mereka tolong belikan. Esok lusa mereka sibuk, kita pula tolong mereka.
Hukum alam. Baru seronok bekerja macam ni kan.

Cara kuruskan badan dengan cepat KEDUA: Makan pada waktunya dan jangan bertangguh tangguh.


3. Keluar Shopping Dalam Keadaan Kenyang
Ok.. Sejujurnya.. Siapa yang niat asal nak keluar beli barang sekejap je?
Tanpa disedari lalu kat depan restoran makanan segera dan tiba-tiba terpaksa makan sebab tak tahan dengan bau ayam goreng dan burger yang sedap tu!
.
.
Sila angkat tangan.!
.
.
Hehe.. Memang ramaikan. Ini bukan saja menyebabkan kita makan lebih di luar.
Makanan tersebut juga tidak sihat. Tinggi bahan perasa dan berlemak.
Bukan saja tidak sihat untuk kesihatan... Malah juga untuk perbelanjaan harian kita.
.
.
.
Jadi cara kuruskan berat badan yang KETIGA: Sebelum keluar ke pusat membeli belah.
Makan di rumah dahulu! 

Badan anda lebih sihat, dan poket anda lebih tebal dengan wang. Siapa untung?
Kita juga kan :)


4. Jangan Mudah Percaya Info Diatas Pek Makanan
Rendah lemak. Tiada MSG. Tinggi kalsium. 
Dan banyak lagi dakwaan lain. Elakkan tertipu.
Bungkusan produk dipenuhi dengan kata kata yang mengelirukan. Cekbetul-betul
Apa yang terbaik untuk kita semua adalah menyemak label jadual nutrisi pada makanan tersebut.
Makanan yang kononya rendah lemak mungki tinggi kandungan gula.
Ini helah pemasaran untuk mengaburi mata kita.
Bahagian mana yang boleh kita percayai? Label makanan.
.
.
Minuman isotonik contohnya.. Memang benar ia diambil oleh atlit.
.
.
Tapi setelah dicairkan dengan tambahan air kosong yang banyak. Bukan dalam bentuk manis bergula tersebut.
Tipu belaka!
Arab percaya anda semua pengguna bijak. Sama samalah kita menjaga kesihatan.

Cara Kuruskan badan ke EMPAT: Ambil tahu nutrisi makanan yang diambil. Baca jadual nutrisi


5. Makan Malam Awal
Amalan makan malam yang awal sangat bagus. Seelok eloknya sebelum maghrib.
Jika tak dapat buat semasa hari bekerja, kita buat semasa hujung minggu.
Ingat tak zaman dulu.. Kita duduk bersama keluarga makan berjemaah.
.
.
Masa nilah ibu dan ayah bertanyakan hal disekolah.
.
.
Barulah ada kemesraan.
.
.
Berbual hal-hal yang baik sahaja semasa makan. Ini akan menghasilkan getaran positif pada emosi ahli keluarga.
Makan awal juga akan membantu perut kita menghadamkan makanan sebelum tidur dan membebaskannya sebagai tenaga.
.
.
Elakkan makan betul-betul sebelum tidur.
.
.
Makin bertambah berat badan kerana lemak yang disimpan.
So, Cara kuruskan badan ke LIMA: Makan malam awal untuk penghadaman terbaik.

Dan tidurlah seawal jam 10 malam. Sunnah nabi untuk tidur awal!
Lebih mudah untuk kita bangun tahajud keesokan pagi.

========
Akhir kata
========
Dari pengalaman arab sendiri, menurunkan berat badan lebih mudah dengan amalan diatas.

Berat badan berkurang.. Badan pula semakin sihat.

Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my