Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 10 August 2016

Jangan taasub gajet, kembalikan amalan baca buku

Kanak-kanak seawal usia dua tahun pada masa kini pasti akan memilih gajet dan membelakangkan buku. - Foto www.canadianreviewer.com
KUALA LUMPUR: Jika diberi pilihan antara gajet terkini dan buku ilmiah, kanak-kanak seawal usia dua tahun pada masa kini pasti akan memilih gajet dan membelakangkan buku. 

Kebimbangan tahap ketaasuban anak kecil terhadap gajet diluahkan penulis buku terkenal tanah air, Khadijah Hashim yang mendapati majoriti golongan itu tidak dapat berenggang walau sesaat pun dengan gajet mereka. 

Beliau berkata, kanak-kanak yang taasub dengan gajet seperti telefon pintar dan 'tablet' akan hidup dalam dunia tersendiri. "Mereka kurang bercakap, berinteraksi dengan persekitaran dan pancaindera yang lain lambat untuk menjadi matang kerana lebih tertumpu untuk menggunakan jari dan sentuhan sahaja," katanya. 

Khadijah berkata, semua ini berpunca daripada ibu bapa yang beranggapan kononnya pendedahan awal terhadap teknologi boleh membuatkan anak kecil celik teknologi maklumat, menambah pengetahuan am, menajamkan kecerdasan otak dan seterusnya membantu pembelajaran di sekolah. 

"Namun hakikatnya, kanak-kanak yang memasuki sekolah, bukan mula belajar membaca dan menulis menggunakan gajet, sebaliknya menggunakan pensil dan buku," katanya yang pernah bertugas sebagai guru dan wartawan. 

Khadijah yang mempunyai pengalaman hampir 50 tahun dalam dunia penulisan buku novel, cerpen serta berpengalaman menerbitkan lebih 50 buku bacaan kanak-kanak, mengingatkan ibu bapa agar kembali kepada cara tradisional iaitu amalan membaca buku bersama anak kecil mereka. 

"Ibu bapa perlu diingatkan membaca buku bukan sahaja menambahkan ilmu di dada, malah buku yang dibaca bersama akan menjadi medium interaksi terbaik dan wujud masa berkualiti antara ibu bapa dan anak, selain si kecil boleh belajar mengenal huruf dan menulis menerusi bacaan buku itu," katanya. 

Beliau berkata, pelbagai kajian saintifik telah membuktikan membaca buku bukan sahaja mampu menambahkan kepintaran anak kecil, malah meningkatkan daya ingatan serta melahirkan generasi yang lebih bertimbang rasa apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling dan tidak menjadi individu yang mementingkan diri sendiri. 

Bagaimanapun, beliau mengakui teknologi adalah satu perkara yang tidak boleh dihalang atau dihentikan perkembangannya, sama seperti perkembangan anak-anak pada zaman sekarang. 

Namun Khadijah berkata, masih belum terlambat untuk ibu bapa pada masa kini mengawal dan mengimbangi penggunaan teknologi canggih anak-anak mereka. "Jangan tunggu anak sudah meningkat remaja baru hendak menyekat ketaasuban terhadap gajet, sebaliknya imbangilah mereka dengan menyelitkan amalan membaca buku sedari kecil kerana buku lebih baik berbanding gajet," katanya. 

Bagi mengurangkan ketagihan anak kecil terhadap gajet, Khadijah turut mengesyorkan ibu bapa merancang pelbagai aktiviti dalam atau luar rumah. "Membaca, melukis, berkebun malah menonton filem kartun di televisyen antara perkara mudah yang boleh dilakukan. 

"Selain itu, bawa si kecil meneroka dunia dengan aktiviti di luar rumah misalnya bercucuk tanam atau mencuba peralatan senaman di taman permainan." katanya. - BERNAMA -

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my