Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 15 August 2016

Peng Soon-Liu Ying pastikan perak dalam genggaman

BEREGU campuran badminton negara, Chan Peng Soon-Goh (bawah) menjerit kegembiraan selepas mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-12, 21-19. - Foto AFP
RIO DE JANEIRO: Beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memastikan sekurang-kurangnya pingat perak berada dalam genggaman apabila mereka mara ke final, sebentar tadi. Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-12, 21-19. Kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final itu paling bersejarah kerana sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992, beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat. Gandingan itu akan bertemu pemenang satu lagi separuh akhir antara Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China dan pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, esok.
PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon (kiri)dan Goh Liu Ying meraikan kejayaan bersama jurulatih, Jeremy Gan dan Chin Eei Hui (kanan) selepas mengejutkan bergu campuran China, Xu Chen dan Ma Jin 21-12, 21-19 pada aksi separuh akhir acara badminton Sukan Olimpik Rio 2016 di Pavillion 4 Riocentro. - Foto Rosli Rahmat




No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my