Terima kasih admin menyiarkan penulisan ini.
Sebenarnya memang tak pernah terlintas langsung nak tulis bagai semua ni. Tetapi sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak pula cakap-cakap yang
memburukkan muslimah-muslimah ni.
Mungkin kerana geng-geng muslimah
ni takde masa nak tulis semua ni, mereka hanya rajin membaca je kot?
Jadi izinkan aku mewakili mereka untuk perbetulkan tanggapan masyarakat
terhadap golongan ini sebelum ianya menjadi lebih parah.
Aduh
mukadimah aje dah panjang. Korang masih meneruskan lagi ke pembacaan ni?
Harap-harap masih terus baca sebab penting ni apa yang aku nak
sampaikan.
Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan muslimah yang baik-baik
belaka. Bukanlah tidak ada yang kurang dan cacat cela mengenai depa. Ada
je, manusia tidak sempurna kan? Cuma itu hanyalah picisan dalam diri
mereka yang tidak perlu aku perbesarkan. Aku lebih berminat untuk
menceritakan kebaikan mereka, supaya masyarakat tahu, sebenarnya masih
RAMAI wanita bertudung labuh yang baik akhlaknya dan ibadahnya.
Sebenarnya aku ni biasa-biasa je, tapi dikelilingi oleh kawan-kawan yang
super solehah macam depa ni. Yang jenis tudung labuh, baca mathurat,
solat Jemaah, pergi usrah, bangun qiam. Memang indah hidup dalam
golongan sebegini.
Sebabnya bila rasa malas, depa la yang jadi kekuatan
aku. Lagi-lagi bila dah duduk satu rumah sewa. Dalam rumah sewa kami,
boleh dikatakan akulah yang paling biasa-biasa sahaja. Diorang ni ada
bawa usrah masing-masing, kiranya bertanggungjawab memberikan usrah
untuk adik-adik junior.
Dalam rumah sewa kami memang ada rule,
awal-awal masuk rumah semua setuju tampal nota kecik “jaga kebersihan”,
“jangan tinggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh”, “pastikan dapur
bersih”. Ini sebenarnya bertujuan untuk menegur satu sama lain secara
indirectly.
Jadi tak de lah berlaku kes tak puas hati orang tu tak nak
basuh pinggan, orang tu tak reti nak kemas dapur bila dah masak, bla bla
bla.. nak tak nak semua kene ikut peraturan dalam rumah. Bukan tu je,
kat rumah kami siap ada jadual siapa jadi imam untuk solat Jemaah.
Cuma
aku je kadang-kadang culas tak nak jadi imam, so aku buat-buat lambat
supaya boleh jadi makmum. haha teruk punya perangai.
p/s: bagi
yang ada housemate bermasalah tu, mungkin boleh gunakan kaedah tampal
nota ni. Lagi bagus kalau awal-awal lagi dah tampal sebelum semua buat
perangai buruk!
Ada
sekali tu, aku ajak kawan aku yang tudung labuh ni pergi rumah member
aku yang free hair. Kebetulan housemate yang sorang ni jenis suka buat
lawak. Kawan aku yang freehair ni cakap tak sangka boleh ngam dengan
housemate aku yang tudung labuh tu disebabkan hanya kerana layan
perangai dia yang masuk air tu.
Padahal dulu dia cakap, takut nak tegur
housemate aku yang sorang ni. Apa ingat yang biasa-biasa ni jeke boleh
buat perangai ting-tong dan bergelak ketawa?
Tapi sekarang
Alhamdulillah, member yang free hair tu dah pakai tudung. Ni bukan pakai
tudung biasa tau, siap pakai tudung labuh! Memang betul-betul berubah.
Aku sendiri tak tahu apa yang buatkan dia berubah mcm tu, tapi dia still
kawan dengan member-member free hair dia. Dan member free hair dia pun
support dia. Tu yang best tu sebab diorang takda nak judge-judge orang.
Kalau kita asyik nak judge orang, tu yang jadi masalah.
Ya, masih
ada muslimah bertudung labuh tapi tak tergedik-gedik dengan lelaki.
Tapi bila tak layan, korang cakap dia tu sombong pula dan bajet alim.
Padahal punyalah penat kawan ni nak jaga hati. Kawan aku ni, no telefon
lelaki pun dia takde, kecuali nombor-nombor lelaki yang satu organisasi
dengan dia sebab senang nak berurusan kalau diorang ada program.
Tapi tak ramai yang sedar kewujudan orang seperti dia sebab dia tak
menonjol dalam komen-komen, tak menonjol kat mana-mana. Cuba kalau dia
huha-huha kat facebook, confirm kena kutuk. Kita lebih nampak keburukan
muslimah bertudung labuh yang rajin membalas-balas komen di facebook dan
tidak menjaga pergaulan ketika diluar. Lepas tu kita declair yang
tudung labuh semua macam tu, nampak je baik, tapi……..
Ya, masih
ada muslimah bertudung labuh yang berkawan dengan budak free hair dan
kawan yang huha-huha. Bagi dia dan rakan-rakan, kawan-kawan sebeginilah
yang perlu mereka rapat. Tapi kita pula fikir, mesti budak tudung labuh
tu pun perangai macam kawan-kawan dia, huha-huha juga. Aku pun dulu
pernah fikir macam tu juga sebenarnya. Betapa sempitnya pemikiran aku
waktu tu!
Pernah terjadi satu peristiwa, kawan-kawan muslimah aku
ini sampai sanggup bergilir-gilir menjaga kawan mereka yang masuk wad
akibat kemalangan. Disebabkan keluarganya jauh, jadi kawan-kawan
muslimah aku inilah yang menjaga dia. Dah lah time tu waktu exam. Tapi
diorang sanggup korbankan masa dan adjust masa yang sesuai untuk study.
Pernah juga seorang kawan kami ni, tak cukup duit nak bayar yuran
pengajian. diorang juga la yang bantu member sorang ni. Depa bagi
suggestion supaya dia buat kerja part time, dan diam-diam diorang buat
kutipan sesama dorang untuk bantu ringankan beban dia. Aku yang tengok
usaha diorang pun rasa terharu, apatah lagi member sorang ni!
Sungguh, aku bersyukur dapat mengenali ramai insan-insan pilihan yang
Allah hadirkan dalam hidup ni. Kerana pemakaian mereka, akhlak yang
ditonjolkan, pengorbanan yang dilakukan membuatkan aku jealous dengan
diorang.
Bukanlah aku tidak percaya kewujudan muslimah-muslimah
tudung labuh tetapi perangai teruk ni. Memang ada je golongan ni. Tapi
tu lah, aku cerita berdasarkan pengalaman hidup aku dan orang-orang yang
berada disekeliling aku. aku ingin beritahu, bahawa masih ramai lagi
muslimah yang bertudung labuh yang menjaga pergaulan dan perangai baik.
Masih ramai lagi lelaki yang berkopiah tetapi tidak layan perempuan.
Masih ramai lagi yang berniqab tetapi tidak menonjolkan diri mereka.
Anda tidak jumpa mereka yang baik-baik ini kerana mereka tiada di
sekeliling anda. Memang izin Allah, anda jumpa yang berperangai kurang
elok, tetapi jangan jadikan itu alasan untuk anda tidak mahu berubah
jadi lebih baik. Yang buruk itu adalah perangai mereka, tetapi jangan
sesekali membenci pemakaian mereka.
“Lebih baik aku pakai tudung biasa sahaja, asalkan perangai tak teruk daripada pakai tudung labuh tetapi mulut bau longkang.”
Adakah ini bermakna yang tudung labuh mesti jadi sempurna di mata orang
lain? Yang free hair, yang pakai tudung biasa ni boleh buat perangai
teruk kutuk-kutuk orang? Bukankah kita masing-masing bawa nama Islam?
Adalah tidak adil jika anda menghakimi orang sebegitu!
Sebaiknya,
biarlah ada niat nak berubah jadi lebih baik, nak berpakaian lebih baik,
dan apa yang terjadi dalam hidup anda itu jadikan panduan supaya kelak
anda tidak lakukan perkara yang sama pada orang lain.
Berlapang dadalah dengan segala
teguran yang membina, ubahlah semula persepsi masyarakat terhadapat
golongan tudung labuh ini. Kasihan yang lain, penat mereka menjaga nama
Islam, anda senang-senang mencalarkan imej Islam. Yang buruk, ubah. yang
baik,kekalkan!
Kalau
korang jumpa perempuan free hair yang mencarut, ingat yang teruk tu
perangai dia, bukan semua perempuan free hair teruk. Masih ramai yang
pasang niat nak bertudung dan berubah.
Jom sama-sama perbaiki diri!
– Miss biasa-biasa sahaja –
No comments:
Post a Comment