Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 8 August 2016

SPA Ikan Sabah - Tagal Kg. Luanti, Ranau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entry kali ini adalah sambungan pengembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, kali ini saya akan membawa anda menerokai salah satu tarikan yang sangat menarik di Sabah, membuatkan diri lebih dekat dengan alam semulajadi *berdamping dengan alam sekitar katakan, bukan berdamping dengan Mambang!* iaitu Melawat Ikan Kelah Jinak di "Tagal" Sungai Meroli, Kampung Luanti, Ranau, Sabah. Sebab utama yang membuatkan kawasan ini sangat istimewa, kerana di Sungai Meroli ini menjadi habitat beribu-ribu ikan Kelah jinak di sepanjang sungai ini. 

Jadi kunjungan di sini ibarat melawat Spa Urutan semulajadi, bukan sebarangan urut tapi diurut oleh ikan kelah. *much better daripada urut spa ikan di shoping mall* Ikan kelah adalah sejenis ikan liar, bernilai tinggi dikenali sebagai Raja ikan air tawar & kebanyakkan spesis ikan kelah diancam kepupusan. Jadi bagi kaki pancing kunjungan anda di sini akan membuatkan anda makan hati, sebab dilarang untuk menangkap ikan kelah  di sekitar kawasan Sungai Meroli, sekiranya ingkar denda menanti anda.

Bagaimana Cara untuk ke Lokasi  ikan kelah jinak, Sabah
  • Cara untuk sampai ke Sungai Meroli / Kampung Luanti melalui jalan yang sama hendak ke lokasi Ladang Teh Sabah, akan menjumpai Ladang Tea Sabah dahulu, dan selepas itu menjumpai kawasan ikan kelah jinak, Tagal sabah.
Kaunter bayaran untuk masuk ke pusat Spa ikan tersebut.
Bayaran Tiket Masuk
  • Pengunjung dikenakan banyaran untuk masuk iaitu sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. 
  • Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.00 Tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau tiket berharga RM3.00 dikenakan.
Bayar dulu baru boleh masuk :)
Aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan ikan kelah jinak, Sabah.
  • Melalui bayaran tiket tersebut anda boleh mandi atau berendam kaki spa ikan kelah selama 15 minit. Setiap sesi selama 15 minit
  • Memberi ikan kelah makan, membeli makanan ikan yang dijual. RM1.00 sebungkus, cara untuk menarik ikan kelah datang kepada anda.

Lepas siap membeli tiket, kita terpaksa menunggu giliran untuk ke Spa Fish, masa menunggu akan diberikan taklimat kenapa project ini dijalankan ada sebab dan alasan tersendiri bukanya project syiok sendiri ya! antara untuk mewujukan kesedaran kepada orang ramai, berapa pentingnya menjaga kebersihan sungai jangan mencemarkan alam sekitar, untuk menjaga ekosistem hidupan air, menjamin dan memulihara ikan kelah daripada diancam kepupusan & reason paling penting sebagai salah satu kawasan tarikan perlancongan sebab sambil melancong kita akan belajar sesuatu tentang berapa pentingnya menjaga alam semula jadi. 



Ini rupa sungai Meroli, im so luck waktu datang dekat sini cuaca sangat baik, air sungai pun jernih jadi dari tebing sungai dah boleh nampak ikan kelah. Dekat sinilah proses Fish Spa akan berlaku, bukan susah hulur kaki dalam air nanti ikan kelah datang la, gigit manja makan daki-daki yang dah lama bermautatin. Bagi anda yang rasakan setakat letak kaki  dalam sungai bagi ikan gigit-gigit manja tak berapa extrem, cadangan lain apa kata anda mandi dalam sungai tu, satu badan ikan kelah boleh mengurut hahaha.


Sebelum anda boleh terjun masuk dalam sungai, pakcik penjaga tempat akan ajar cara-cara nak memberi makan / memangil ikan kelah supaya dekat dengan kita, cara dia senang beli makanan ikan, sebungkus RM1.00, conform ikan akan mari rapat-rapat dan cara pegangnya gengam letak di dalam air seperti gambar di atas, sambil ikan kelah makan di tangan secara automatik dia akan gigit-gigit manja di bahagian kaki.

Antara aksi-aksi ketika diurut oleh ikan kelah, layan habis! mula-mula letak kaki dalam sungai untuk diurut,rasanya sakit sikit seperti digigit oleh semut campur geli-geli pada permulaan, lepas 2, 3  minit baru rasa layan! heaven giler :P sekali masuk, macam dah tak nak keluar sampai habis waktu. owh setiap sesi memberi ikan kelah makan selama 15 minit dan lebih bergantung kepada budi bicara penjaga tersebut.

Inilah rupa ikan kelah, daripada spesis apa? saya kurang pasti! nampak tak bayang saya khusuk mengambil gambar, padahai kaki jenuh tahan geli diurut oleh ikan. Keadaan sungai pada waktu saya datang, air jernih dan anda akan  di cash RM 3.00 sekiranya anda membawa Kamera! amboi kemain semuanya kena cash, ni baru betul-betul namanya nak buat bisnes :) 

Sebelum terlupa, di sini saya ingin berikan pencerahan apa yang dimaksudkan dengan “Tagal” dalam dialek Kadazan dusun, bermaksud ‘dilarang memancing’. Tujuan utama dari ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi masa depan.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Sabah ialah:
  • Poring Hot Spring, Ranau, Sabah
  • Muzium Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau, Sabah.
  • Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, Kundasang, Sabah 
  •  Upside Down House Of Borneo / Rumah terbalik, Tamparuli, Sabah

P/s: Saya rasa ini antara salah satu tarikan pelancongan yang unik di sabah, salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan, bukan mudah nak jumpa ikan kelah dalam kuantiti yang banyak dan jinak, kalau tidak silap di semenanjung pun ada pusat Santuari ikan kelah jinak di Tasik Kenyir dan di hutan Royal Belum, insaallah next time mungkin boleh cuba pengalaman di sana pula! siapa nak sponser saya nak bawa saya ke sana? Anyway make sure kalau anda sampai ke daerah Ranau, pastikan  lokasi ini menjadi pilihan utuk dilawati!

-Sobri Yaacob-

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my