Nak Pikat Lelaki Idaman?

Sunday 18 March 2018

Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Anak Perempuan


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, pada jam 8.17 pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.
"Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi," katanya yang turut menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini, Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.
Sumber: Berita Harian Online
======================================================

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Wednesday 14 March 2018

TOYS 'R' US BAKAL DITUTUP!


NEW YORK: Firma pengeluar permainan kanak-kanak terkemuka, Toys 'R' Us, bercadang menjual atau menutup semua kedainya di Amerika Syarikat, berpotensi menjejaskan 33,000 pekerja, lapor media semalam.

Peruncit dibebani hutang itu, yang memfailkan notis perlindungan muflis September lalu, memberitahu pekerja ia merancang memfailkan kertas penyelesaian menjelang sesi pendengaran mahkamah hari ini, menurut laporan The Wall Street Journal dan Washington Post.

"Kami menaikkan tanda jualan ke atas semua," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Brandon, pada sesi persidangan dengan kakitangan syarikat itu.

Bermula pada 1948 di tengah kerancakan ekonomi AS selepas perang, Toys 'R' Us memiliki 881 kedai di AS dan hampir 65,000 pekerja di seluruh dunia, menurut sidang akhbar terkini firma berkenaan bulan lalu.

Syarikat beribu pejabat di New Jersey itu dibebani hutang susulan pembelian ambil alih pada 2005 oleh konsortium termasuk Kumpulan KKR dan Bain Capital.

Seperti juga kebanyakan peruncit lain, Toys 'R' Us juga terkesan dengan persaingan daripada Amazon dan peruncit atas talian lain.

Pengarah Urusan GlobalData Retail, Neil Saunders, menyalahkan kepemimpinan teruk sebagai sebab kepada masalah syarikat berkenaan. - AFP



Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Sunday 11 March 2018

Ustaz Somad teladani Nabi, banyak buka ruang soal jawab

MELIHAT caranya yang bersahaja menyampaikan ceramah, mengembangkan topik diberi dengan hujah serta dalil diselang-seli lawak jenaka, pasti tidak akan percaya dulunya pendakwah sedang meningkat popular itu, akan lari sambil mencari helah demi mengelak daripada memberikan tazkirah.
Pengalaman itu dikongsi pendakwah kelahiran Silo Lama, Asahan, Sumatera Utara, Abdul Somad atau juga dikenali sebagai Ustaz Somad pada wawancara BH di TV Alhijrah, Kuala Lumpur, ketika menjawab pertanyaan bilakah beliau mula berdakwah.
Kata anak sulung daripada dua beradik itu, sekembali ke Pekanbaru selepas menamatkan pengajian di Maghribi, beliau tidak boleh mengelak untuk menyampaikan ilmu agama dipelajarinya.
Beliau bertemu ulama besar di Pekanbaru, Dr Mustafa Umar yang banyak memberi pendedahan mengenai dunia dakwah melalui ceramah dengan membawanya setiap kali pergi memberi tazkirah.
"Ketika belajar di pondok, setiap pelajar mesti bagi ceramah dan saya akan lari kerana tidak suka ceramah depan orang ramai. Ketika di Maghribi, pelajar dipanggil ke Kedutaan Besar Indonesia untuk menyampaikan khutbah dan apabila disuruh, saya kata saya sakit.
"Bagaimanapun, selepas bersilaturahim dengan Dr Mustafa, saya banyak mengikut beliau memberi ceramah. Sejak itu, saya banyak menggantikannya untuk memberi tazkirah setiap kali beliau ada urusan di Kuala Lumpur. Saya banyak belajar daripada Dr Mustafa," katanya.
Bercerita lanjut, Abdul Somad berkata, hatinya bertekad untuk mendalami ilmu agama selepas membaca buku kecil biografi
Syeikh Abdurrahman yang diberikan kepadanya selepas beliau memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis Haul Peringatan Sheikh Abdurrahman.
Beliau yang ketika itu berusia 10 tahun amat terkesan dengan kesusahan dilalui moyangnya itu yang pernah belajar di Minangkabau, kemudian ke Aceh sebelum berhijrah ke Kedah selama tujuh tahun dan menyambung pengajian di Kelantan serta Pattani.
Di Pattani, Sheikh Abdurrahman berguru dengan Sheikh Wan Mustafa al-Fatani yang kemudian membawa beliau ke Makkah dan tinggal di sana selama tujuh tahun sebelum kembali ke kampung halamannya menjadi pendakwah.
Sheikh Abdurrahman kemudian dilantik oleh Sultan Melayu Asahan di Sumatera untuk menjadi penasihat baginda dan di sana beliau mengembangkan sebuah kampung serta berkahwin.
"Beliau mempunyai seorang anak, Siti Aminah yang mempunyai anak, Hajah Rohana, ibu kepada anak bernama Abdul Somad. Saya ini generasi keempat. Susah-payah moyang saya mengembara mencari ilmu memberi motivasi kepada saya.
"Apabila saya berasa susah ketika belajar di Mesir, saya akan teringatkan kesusahan moyang. Jadi saya beritahu diri, jika Sheikh Abdurrahman susah belajar di Makkah, kenapa saya tidak boleh susah belajar di Mesir," katanya.

Suka sesi soal jawab
Abdul Somad berkata, ketika mula berceramah dahulu, tempoh 15 minit dirasakan terlalu lama, tetapi setelah 10 tahun, kini beliau sering diberi peringatan oleh penganjur mengenai masa yang berbaki kerana keasyikan menyampaikan tazkirah.
Katanya, beliau lebih suka menyampaikan ceramah berkisar kepada isu semasa yang melanda masyarakat hari ini dan selalunya akan bertanyakan kepada penganjur mengenai tajuk atau topik yang ingin disyarahkan.
Beliau akan meluangkan masa menjawab soalan jemaah yang hadir kerana pastinya antara mereka mempunyai persoalan yang memerlukan pencerahan. Baginya, lebih baik mereka bertanya kerana apabila mereka mencari jawapan sendiri tanpa bimbingan boleh menyesatkan.
"Pendekatan saya bertanyakan apa penyakit yang dihadapi. Saya tidak mahu bawa ubat sakit kepala, tetapi orangnya sebenarnya sakit perut. Apabila datang ke Kuala Lumpur, saya minta tajuk dan syarah mengikut tajuk.
"Manusia apabila mengaji, akan ada soalan dalam fikiran mereka. Jika boleh jawab, saya akan jawab. Andai tidak, saya bawa balik dan kemudian boleh baca di www.somadmorocco.blogspot. Nabi SAW banyak buka soal jawab dan sahabat bertanya kepada Baginda," katanya.
Hasil daripada sesi soal jawab pada setiap ceramahnya itu juga mendorong beliau menghasilkan buku yang kini boleh dibaca di internet. Menurut Abdul Somad, itu semua adalah wasilah kerana tujuan dakwah adalah untuk beramal.
Katanya, Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh untuk berdakwah saja tetapi melihat apakah tindakan sesudah itu kerana bagi golongan yang mendengar ucapan baik harus diiringi dengan yang lebih baik iaitu amal perbuatan.

Ruang dakwah makin luas
Ditanya apakah perasaan apabila dirinya semakin dikenali, bapa kepada anak lelaki berumur lima tahun, Mizyan Haziq Abdullah, menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT yang menduganya dengan kebaikan adakah beliau bersyukur atau kufur.
Tambahnya, apatah lagi ruang dakwah beliau semakin luas bukan setakat di surau di Sumatera sahaja, malah turut menerima jemputan dari negara luar. Justeru, beliau berusaha memenuhi tuntutan dakwah itu mengikut keupayaan dirinya.
Mendalami apa yang tersirat di hati pensyarah Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau itu, melihat kepada perkembangan umat Islam hari ini, yang merisaukan beliau ialah banyaknya isu serta fitnah di internet.
Katanya, umat Islam khususnya golongan muda perlu berperanan mendapatkan kesahihan perkara (tabayyun) setiap kali menerima sesuatu berita kerana ia umpama bola salji yang semakin membesar akan menjadi musibah.
"Saya senang apabila ada bertanya betulkah ustaz terbabit dalam masalah ini, berkata begini atau kenapa ustaz sokong orang cakap tidak baik mengenai masalah ini? Saya akan tanya di mana dia dapat maklumat itu dan tunjukkan tulisan atau video asal.
"Sebabnya ada sudah diedit sedangkan ia bukan yang sebenarnya. Kita juga kena faham isi dunia sejak alam berkembang ada baik dan buruk. Apabila semua baik itu adalah syurga dan bila semua tidak baik, itu neraka," katanya.
Katanya, beliau bukan bintang kerana semua orang adalah pendakwah dan beramal soleh, maka menjadi tanggungjawab umat Islam yang melihat kemungkaran memperbetulkan keadaan mengikut kemampuan mereka sebagai jihad mencari reda Allah SWT.
Oleh Hasliza Hassan

Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my