Nak Pikat Lelaki Idaman?

Sunday 7 August 2016

Olimpik: Peaty tamatkan kemarau Britain dengan rekod dunia


RIO DE JANEIRO: Perenang Britain, Adam Peaty memecahkan rekod dunia miliknya sendiri buat kali kedua dalam dua hari apabila merangkul pingat emas Olimpik dalam acara 100 meter kuak dada lelaki, sebentar tadi. 

Perenang berumur 21 tahun yang juga juara dunia itu merekodkan 57.13 saat, bagi memadam rekod 57.55s dilakukannya pada pusingan awal pada hari pembukaan sukan dipertandingkan, kelmarin. 

Peaty, yang takutkan air ketika zaman kanak-kanaknya, muncul perenang lelaki pertama Britain yang memenangi emas renang Olimpik sejak kejayaan Adrian Moorhouse pada acara yang sama pada temasya Seoul 1988. 

Perenang Afrika Selatan, Cameron van der Burgh, yang juga juara bertahan Olimpik sekadar meraih perak di belakang Peaty dengan catatan 58.69s dan perenang Amerika Syarikat, Cody Miller memperoleh gangsa dengan 58.87s. 

Peaty tidak pernah dianggap sebagai ancaman, melakukan permulaan yang biasa dan perenang Britain itu meraikannya selepas memperoleh gelaran di Olimpik sekali gus menamatkan kemarau perenang lelaki Britain. - AFP


Perenang Britain, Adam Peaty meraikan kejayaan apabila memecahkan rekod dunia miliknya sendiri buat kali kedua dalam dua hari apabila merangkul pingat emas Olimpik dalam acara 100 meter kuak dada lelaki, sebentar tadi. - Foto AFP


No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my