Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 8 August 2016

Kahwin muda?

KAHWIN muda memang jadi trend sekarang..aku tak nafikan…tapi yang aku panaih hati sangat tu bila kita kawen lambat kita dihina oleh makcik2 dan orang sekeliling…sedangkan jodoh masing-masing…lantak ler…kakak aku umur 29 tahun baru bertunang..tu pun pilihan keluarga..dia malas nk pikir…mak la beria suruh dia kawen…mak dah suruh aku cari siap2 sebab takut jadi macam kakak aku…

aku pulak bila orang sibuk cari calon suami aku sibuk habiskan buku Ali Syariati…bila orang keluar dating aku pulak sibuk cari jalan macam mana nak beli buku-buku power macam buku naquib al-attas…aku pikir macam mana nak kawen kalau Revolusi Bolshevik pun aku terkial lagi kronologi dia… sedang kawan-kawan sibuk tempah baju kawen aku pulak sibuk tempah buku-buku falsafah macam buku Socrates dan pluto..macam mana nak kawen kalau Islam di luar sana masih ditindas..

Donal Trump masih sibuk nak benci Islam..aku tahu tahu xde kena mengena pun tapi kalau kawen esok aku nak curahkan apa kat anak aku…jadi isteri memang senang jaga laki yang dah besar tapi jadi ibu susah..kita akan membentuk satu unit kecil yang membentuk masyarakat iaitu anak…

Mungkin sebab tu ramai lelaki yang xpandang aku sebab pemikiran aku yang kompleks ni…diorang nak pompuan yang manja sweet pandai amek hati dan menurut perintah..bukan wanita yang berjiwa pemberontak macam aku ni ha…

ramai cakap aku ni feminis sangat..yeke feminis?aku just nak pastikan betul2 bersedia baru kita melangkah ke alam perkahwinan..soal kahwin ini bukan sekadar sedap nak malam pertama je atau nak buat anak je tapi pembentukkan atau ke’menjadian’anak tu di kemudian hari nanti..apa mereka mampu angkat obor perjuangan keadilan dan mengalahkan kebatilan..atau sekadar kita mendidik mereka untuk menjadi robot baru yang hanya akan mengikut sistem bobrok sahaja.

Kepada awak-awak yang nak kawen muda silakan…mungkin dah jodoh awak sampai dulu..tapi jangan sampai menghina la orang yang jodohnya lambat atau mengambil berat soal perkahwinan…

– genji kagawa –

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my