Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 20 February 2017

Top 10 Perfume|Minyak Wangi for Women 2017 - @arabperfumez

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. 
.
Memang betul lama tak update blog ni..Biasa la awal tahun memang agak membizikan diri huhu.
.
Sementara ada sikit masa terluang ni boleh la datang idea sikit. Terus tulis je ni..nanti tunggu lama-lama abes ilang semua idea :)
.
Ramai penggemar perfume|minyak wangi mesti nak tau start tahun baru 2017 ni trend perfume|minyak wangi kat Malaysia ni dah macam mana..dengan harga barang semua mendadak naik..kos sara hidup pun semua makin tinggi..faham-faham je lah..
.
Tapi hidup mesti diteruskan..rezeki Allah yang bagi..so tak perlu la kita sibuk nak komplen itu ini bagai semua..
.
Hari ni aku nak share kat kat korang pasal Top 10 Perfume|Minyak Wangi for Women 2017. Ni kira dari start masuk tahun baru 2017 sampai la sekarang ni. Maksudnya awal Januari sampai la pertengahan bulan Februari ni. Kira dalam sebulan setengah punya masa.
.
Aku bagitau ni pun based on my experience setakat yang aku jual dari Januari 2017 sampai 20 Februari 2017 je. Ni pendapat peribadi aku je. Lagi pun aku kira based on bilangan yang dibeli oleh pelanggan kat FB page aku Original Authentic Perfume dan kat web aku http://arabperfumes.shoppy.my  hehe. Maksudnya perfume|minyak wangi yang menjadi permintaan pelanggan la :)
.
.
1) Lancome La Vie Est Belle
Nak kata yang ni perfume|minyak wangi baru takde la baru sangat. Dia start keluar pun dalam tahun 2012. Kira dah 5 tahun keluar pun masih lagi ramai peminat perfume|minyak wangi ni. Tapi yang best pasal perfume|minyak wangi ni sebab dia manis. Bau dia memang manis-manis sedap. Tergolong dalam range yang soft & sweet. Bau dia mula-mula pakai memang manis. Tapi lama-lama dia dah sebati dengan badan terus jadi macam ada bau vanilla sikit. Pastu nanti tak lama dia macam ada keluar lagi bau fruity. Best kan?! :)


2) Chloe
Chloe ni memang sangat sesuai untuk wanita moden yang menggoda. Bukan apa, bau dia kalau wanita pakai, kalau lelaki lalu kat seblah memang dua tiga kali la toleh mamat tu tengok. Sebab bau dia beb! Memang memikat hati ❤️. Bau je lelaki dah boleh tau wanita yang pakai perfume|minyak wangi ni memang dalam kategori cantik, lawa, seksi & ohsemm! (wanita yang dah berkahwin tak digalakkan pakai perfume|minyak wnagi ni ok :P)


3) Gucci Guilty
Yang ni memang terang-terang sangat sesuai untuk wanita bekerjaya moden. Bau ala-ala artis stylo gitteww :) Dalam range soft spicy, so bau takde la kuat menyengat sangat. Still ok lagi & masih lagi seksi & berani. Sesuai la untuk wanita yang suka pergi hiburan, pesta muda-mudi dan yang sewaktu dengannya. Bau dia more on oriental floral dan sedikit spicy.


4) The One - Dolce & Gabbana 
The One adalah perfume|minyak wangi keluaran Dolce & Gabbana atau lebih dikenali dengan D&G. Perfume|Minyak wangi yang ini bau dia lebih kepada buah-buahan (fruity) dan ada sedikit elemen manis. Range dia memang kategori soft yang bermaksud tak terlalu kuat ala ala gitteww huhu. Banyak juga la campuran dia limau merah jambu, mandarin, lily lembah, mawar, litchi, Peony, Madonna lily, bersama-sama dengan benih ambrette, gaharu, kasturi dan vanila. 


5) Coco Mademoiselle - Chanel
Coco Mademoiselle keluaran Chanel ni memang lejen. Sebab dia dikeluarkan pada tahun 2001. Tapi sampai sekarang masih lagi ramai peminat dia cari & beli. Harga dia yang tak boleh tahan tu. Sebotol 100ml biasa dalam RM500-RM600 beb! Bau dia ada simpan Malaisie Floral yang memang sesuai untuk wanita moden. Perfume|Minyak wangi ini adalah pemenang anugerah Kempen Fifi Anugerah Terbaik Pengiklanan Kebangsaan/TV 2008. Dan sebenarnya ada banyak lagi award yang telah dimenangi oleh perfume|minyak wangi ni di peringkat global. Susah nak cakap, sebab bau dia memang sedap! 


6) Midnight Fantasy - Britney Spears
Bau manis perfume|minyak wangi ni memang kuat sangat-sangat sampai menusuk kalbu! Tapi yang peliknya ramai wanita muda, especially yang cantik-cantik manis gitteww memang suka sangat pakai perfume|minyak wangi ni. Aku pun tak faham hahaha. Ikut suka dia orang la. Tapi bau dia memang best pun sebenarnya. Sebab aku pun penah try pakai. Pagi nak pegi opis spray 3 kali kat badan, petang sampai rumah bini aku tanya, "Ni nak pegi mana wangi-wangi bagai semua ni?" Padahal pagi tadi punya spray masih melekat sampai petang. Memang kuat & lasting bau dia! Bolehla dikatakan kalau pergi satu tempat tu memang perfume|minyak wangi ni meninggalkan kesan kat situ!

Britney Spears lauch perfume|minyak wangi ni tahun 2006. Botol dia memang cantik, warna biru gelap, pastu ada kristal Swarowski lagi kat keliling botol tu. Bau perfume|minyak wangi ni mostly daripada bunga dan buah-buahan eksotik sebab tu la ia misteri dan menarik huhu. 



7) Bombshell - Victoria Secret
Yang ni feberet bini aku punya perfume|minyak wangi huhu. Bau dia memang best giler kentang hahaha. Konsep bau dia fruity, aromatik dan floral. Susah nak terangkan bau bombshell ni sebab memag sedap gila. Rasa macam nak makan pun ada huhu. Dah try baru korang tau kehebatan bau dia ni. Stok bombshell ni memang susah nak dapat. Kalau ada pun memang lesap sebab dah ada orang booking awal. Biasanya pun kalau ada aku simpan je buat pakai sendiri. Tak nak jual hahaha :p



8) 212 Sexy - Carolina Herrera
Perfume|minyak wangi ni masih dalam range sfot. Ada sikit manis dan juga campuran musky & vanilla. Yang ni memang antara perfume|minyak wangi yang lasting. Boleh tahan sampai ke malam. Botol dia menarik sebab ada dua botol 50ml di bahagian atas dan bawah. So boleh simpan masuk dalam beg sebotol, sebotol lagi tinggal kat rumah. Bau dia lebih kepada feminin yang harmoni tapi masih lagi dalam range soft.



9) J'adore - Christian Dior
J'adore ni pun antara salah satu perfume|minyak wnagi yang lejen. Sebab dia awal keluar dulu pun dah tahun 1999. Tapi sampai sekarang masih ramai lagi peminat fanatik dia yang setia dengan J'adore. Bau dia memang ekslusif untuk eksekutif moden yang trendy dan bergaya. Bauan dia macam melambangkan orang kaya. Tak heran la sebab ramai yang pakai J'adore ni pun dalam golongan yang berduit lebat huhu. Wangian klasik yang mempunyai peminat sendiri.




10) Signorina - Salvatore Ferragamo
Signorina ni sebenarnya dipetik dari bahasa Italy iaitu "gadis keriangan". Maksud dia lebih kurang macam keriangan kisah cinta antara seorang wanita muda dan seorang lelaki muda yang tgh fall in love ❤️ gitteww...so suwiittt :* 

Aroma bauan yang bergaya dan canggih, halus dan segar. Wangian ciptaan berasaskan gaya elegan Itali oleh Salvatore Ferragamo. Sangat sesuai untuk wanita feminin muda yang kreatif dalam berfesyen. Bau dia lebih kurang macam buah-buahan dan bunga yang soft & tak manis sangat. Sesuai untuk wanita yang tak lasak.
.
.
.
Ok rasanya cukup la dulu setakat ni. next time kalau rajin aku sambung perfume|minyak wangi untuk lelaki pulak la. Semoga bermanfaat untuk semua.
.
kbaiii :)
.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my