Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 11 August 2016

Drama tebusan 4 jam gegar Ayer Hitam



ANGGOTA polis membawa mayat suspek yang ditembak mati oleh anggota polis di Ayer Hitam, Batu Pahat. - Foto Syarafiq Abd Samad


BATU PAHAT: Seorang penjenayah yang membawa dua pistol meluru masuk ke sebuah kedai menjual barang tembikar dan bunga sebelum menahan pemilik kedai berkenaan malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penjenayah berusia 44 tahun dikatakan mengacukan dua pistol menyebabkan pelanggan yang sedang membeli-belah terkejut dan lari menyelamatkan diri. 

Ketua Siasatan Jabatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian tepat jam 8.30 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam. 

"Suspek menahan pemilik kedai iaitu seorang wanita berusia 53 tahun sebagai tebusan di dalam sebuah bilik di kedai empat lot berkenaan dan meminta wang RM300,000 sebagai tebusan. 

"Rundingan dijalankan selama empat jam namun tindakan suspek menggugut dan mengacukan pistol ke arah suspek menyebabkan polis menyerbu masuk untuk menyelamatkan mangsa. 
KESAN tembakan dapat dilihat di tempat kejadian di sebuah kedai menjual barang tembikar dan bunga dekat Ayer Hitam. - Foto Syarafiq Abd Samad
"Polis melepaskan dua das tembakan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan ia terkena tepat ke arah suspek yang menyebabkannya terbunuh manakala mangsa berjaya diselamatkan polis," katanya. Kamarul Zaman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan.
LOKASI kejadian kes rompakan dan tebusan di sebuah kedai menjual barang tembikar dan bunga dekat Ayer Hitam. - Foto Syarafiq Abd Samad
Oleh Mohamed Farid Noh.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my