Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 26 January 2017

Tip Extra Hari Ini Ya

Salam Jumaat semua..semoga hari ini lebih baik daripada semalam :)
Jom kita kongsi lagi tips utk hari ini..
.
.
Tips extra
1. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian yang diperbuat dari benang bulu sebagai contoh, mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.
2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan range bau perfume yang lebih ringan.
3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia boleh bertahan lebih lama lagi. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap dan bersuhu bilik (jangan letak tempay panas). 
4. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka penutupnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
5. Bau minyak atar agak kuat. Dan, kebanyakannya tahan lama. Sesuai untuk lelaki.
ok cukup utk hari ni..kbaii :*
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
KLIK SINI - TUKAR LIKE FB ANDA JADI PELANGGAN
Daftar dulu FREE je ni..
Klik sini kalau nak 
Whatsapp Boleh Buat DUIT!
.

Tips Hari Ini

Cara pakai perfume dengan betul
1. Guna satu perfume pada satu masa
2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
3. Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
KLIK SINI - TUKAR LIKE FB ANDA JADI PELANGGAN
Daftar dulu FREE je ni..
Klik sini kalau nak 
Whatsapp Boleh Buat DUIT!
.

Wednesday 25 January 2017

Sotong Masak Lemak Padang

Tadi pagi masa pegi breakfast nampak pulak lauk sotong ni...fuhhh!! tengok je memang dah meleleh air liur!
.

padahal tak la lapar sangat pun pagi ni..just nak carik kuih2 sikit je buat geli2 breakfast huhu :p
.
Tapiii...nampak sotong masak lemak tu memang menggiurkan..dah tak boleh tahan..terpaksa membedal hahaha..
.
apa lagi terus bedal la test power..tak rugi..memang superb!
.
ok boleh la try resepi ni nanti kalau nk buat sendiri :)



SOTONG MASAK LEMAK PADANG
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Perasan dengan garam
Sedia di hidangkan
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Nak buat duit dengan whatsapp?
Daftar dulu FREE je ni..
Klik sini kalau nak 
Whatsapp Boleh Buat DUIT!
.

Tuesday 24 January 2017

Tips Dalam Memilih Minyak Wangi/Perfume




Pernah anda membeli perfume sebelum ini? Baik lelaki mahupun wanita, masalah yang sering dihadapi mereka ialah kesukaran memilih minyak wangi sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza.
.
Ini di tambah pula bentuk botol yang menawan sehingga menyebabkan pelanggan terkeliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka. 
.
.
Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:
.
1) Kulit:
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.
.
.
2) Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.
.
Bahan dan aroma minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilihlah haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.
.
.
3) Iklim dan musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.
.
.
Ada yg nk oder & booking boleh wasap admin 0168474740 ya 😊😊
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Nak buat duit dengan whatsapp?
Daftar dulu FREE je ni..
Klik sini kalau nak 
Whatsapp Boleh Buat DUIT!
.

Sunday 22 January 2017

Lagu Lelaki Teragung Juarai AJL31

KUALA LUMPUR: Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Lagu yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop. Dayang turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. Ia kemenangan ketiga berturut-turut penyanyi itu dalam kategori terbabit. 
JUARA AJL31, Dayang Nurfaizah (tengah)bersama penulis lirik, Iman Imran (kiri) dan Natasha pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

AJL31 yang dipancarkan secara langsung di TV3 juga menyaksikan lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangkan Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyikan kumpulan Projector Band. Kategori persembahan Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Semua kategori diadili oleh juri profesional, selain Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com

Dikendalikan empat hos iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM), acara kemuncak berkenaan turut menampilkan Ameng Spring, Ella dan Man Bai sebagai artis undangan. AJL31 terbitan TV3 yang juga boleh ditonton melalui portal Tonton, laman rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan diikuti melalui radio Hot FM. Ia juga ditayangkan serentak di pawagam GSC Dataran Pahlawan, Melaka, dengan menampilkan beberapa artis terkenal seperti Redza Rosli, Zamarul Hisham, Ruhainies, Mimi Lana, Puteri Aishah, Dazrin Kamarudin, Mustaqim Bahadon, Idris Khan, Raja Afiq, Kamal Sumbu, Abam Bocey, Amir dan Syai Seekers serta kumpulan Forteen. 

PENYANYI, Dayang Nurfaizah membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Lagu dan penyanyi bertanding pada AJL31: 
  • Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) 
  • Terakhir (Sufian Suhaimi) 
  • Sudah Ku Tahu (Projector Band) 
  • Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah) 
  • Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) 
  • Ku Rela Dibenci (Aiman Tino) 
  • Di Amaran Mama (Hazama) 
  • Obses (Akim & The Majistret) 
  • Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael) 
  • Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof dan Mawi) 
  • Hang Pi Mana (Khalifah) 
  • Anugerah Terindah (Black)
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Nak buat duit dengan whatsapp?
Daftar dulu FREE je ni..
Klik sini kalau nak 
Whatsapp Boleh Buat DUIT!
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my