Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 9 August 2016

MINI JCW Pro Edition lebih garang

MINI JCW Pro Edition baharu.

MINI Malaysia memperkenalkan MINI JCW Pro Edition baharu dengan hanya 20 unit ditawarkan secara eksklusif buat pasaran Malaysia. MINI JCW Pro Edition adalah model MINI 5-Pintu yang paling laju, bising dan berkuasa yang pernah dibangunkan oleh pengeluar dari Jerman. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, "John Cooper Works memang terkenal kerana tampil bergaya dan memiliki keghairahan sebenar terhadap kehidupan. 

"MINI JCW Pro Edition mampu mengekspresikannya - sama ada ketika mengambil selekoh tajam apabila memandu ke seluruh negara atau menawarkan prestasi garang di atas litar lumba, jentera ini menyerlahkan kualiti pengendalian seperti sebuah go-kart yang cukup sinonim dengan MINI. 

"Namun, ia juga sebuah kereta yang praktikal untuk kegunaan harian." Menurut Han, MINI baharu ini memberikan satu dimensi baru kepada jenama kereta kompak premium tersebut. Ia jelas menyuntik adrenalin dan berkongsi sejarah kejayaan MINI dalam dunia sukan bermotor. 

"Dari litar lumba ke jalan biasa, ia dapat menerangkan tentang MINI JCW Pro Edition dengan sempurna. Kereta ini membawa bersama warisan sukan bermotor sejak zaman kegemilangannya memenangi perlumbaan Monte Carlo sehinggalah ke podium-podium Rali Paris-Dakar dengan penuh rasa bangga," katanya. 

Perkadaran MINI JCW Pro Edition baharu diserlahkan menerusi MINI JCW Pro Aerodynamic Kit di mana ia membuatkan MINI Cooper S 5 Pintu yang sudah sedia sporty menjadi semakin menarik. Aerodynamic Kit terdiri daripada splitter pada bahagian hadapan, skirting sisi, bampar belakang dan spoiler belakang.

MINI JCW Pro Edition adalah model MINI 5-Pintu yang paling laju, bising dan berkuasa yang pernah dibangunkan oleh pengeluar dari Jerman.

Semua ini bukan sahaja menaikkan penampilannya, malah mampu mengoptimumkan aspek aerodinamik untuk pengalaman perlumbaan yang cukup mengujakan. Selain aero kit penuh, MINI JCW Pro Edition baharu juga menawarkan rim aloi ringan MINI JCW Pro Cross-Spoke bersaiz 18" berwarna hitam, warna yang lahir daripada kepakaran John Cooper Works dalam dunia perlumbaan. 

Dilengkapi teknologi run flat, MINI JCW Pro Edition boleh bergerak sejauh 80km pada kelajuan 80km/j walaupun dalam keadaan tayar pancit. Menonjol berbanding dari yang lain dalam aspek estetiknya, MINI JCW Pro Edition turut menampilkan MINI JCW Pro Roof Décor, grafik petak-petak berwarna merah dan hitam yang melahirkan rasa kuasa luar biasa. 

Peningkatan visual tambahan kepada kereta baharu ini ialah perumah cermin sisi MINI JCW Pro Wing Mirror Caps dan MINI JCW Pro Side Scuttles (ketutup sisi) yang sepadan dengan panel tepinya. 

Dibina berdasarkan kepada kejayaan dalam dunia sukan bermotor, MINI JCW Pro Edition juga menawarkan MINI JCW Pro Tuning Kit untuk kuasa tambahan bagi keperluan pemanduan berprestasi tinggi. 

Berfungsi meningkatkan kuasa enjin, ia digabungkan dengan peredam injap yang ditala sebaiknya untuk menambah baik aspek responsif. Ini sekali gus meningkatkan kuasa standard enjin daripada 192hp kepada 211hp. Tork puncaknya kini ialah 300Nm, berbanding 280Nm yang mampu dihasilkan oleh MINI Cooper S 5-Pintu.

MODEL eksklusif di Malaysia.

INFO: 

Harga runcit Aksesori MINI JCW Pro tidak termasuk pemasangan ialah: 

  • MINI JCW Pro Aerodynamic Kit - RM 16,283.43 MINI JCW Pro Tuning Kit with Valve Silencer System - RM 10,000.00 
  • MINI JCW Pro Carbon Tailpipe Trim - RM 3,000.00 
  • MINI JCW 18" Cross-Spoke Light Alloy Wheels in Jet Black - RM 14,858.00 
  • MINI JCW Pro Roof Décor - RM 650.00 
  • MINI JCW Pro Wing Mirror Caps - RM 690.00 
  • MINI JCW Pro Side Scuttles - RM 690.00 
Harga jualan MINI JCW Pro Edition baharu (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah: 
  • MINI JCW Pro Edition - RM 255,888.00

Oleh Mohd Zaky Zainuddin.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my