Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 2 August 2016

Saya terlalu buntu..Apa salah saya??

Saya seorang gadis yang berkerja sepenuh masa. Berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak hensem malahan tidak juga kaya. Namun hati budi dia sesungguhnya membuatkan saya terbuka hati untuk menerima dia setelah melihat kesungguhannya walaupun saya sangat sukar membuka hati saya untuk seorang lelaki! Kebaikan yang dia lakukan dalam hidup saya betul-betul buat saya rasa dihargai tambahan pula saya berjauhan dengan keluarga. Kami berkerja di tempat yang sama dan hal ini membuatkan kami rapat dan sangat baik. Sepanjang tempoh perkenalan kami selama 2 tahun. Saya tidak nampak ada sebarang masalah. Kami bahagia dan sama-sama tempuhi kesusahan dan masalah bersama-sama. Selama kami berkenalan. Tidak ada sebarang masalah orang ketiga atau bakal menjadi orang ketiga.
.
Masalah terjadi ketika saya sedang bercuti di kampung pertengahan tahun ini secara tidak sengaja. Saya hanya scroll Facebook seorang rakannya yang tidak mengenali saya namun saya mengenalinya. Dan apa yang buat saya tergamam dan jatuh terduduk ialah gambar dia bersama kawan-kawannya di atas pelamin. dan disebelahnya adalah seorang perempuan. Ya! Dia sudah pun berkahwin pada saat saya membuka Facebook kawannya itu, dia telah berkahwin selama 2 hari!! Tanpa pengetahuan saya. Tanpa saya sedar, rupanya saya telah dipermainkan dengan begitu mudah. Walaupun sudah berkahwin selama dua hari. Dia membalas segala watsapp saya seperti biasa. Langsung tidak ada perubahan!
.
Saya mula menyelongkar kisah hidup dia setelah apa yang berlaku. Saya berkawan dengan junior tempat dia belajar. Dan junior tersebut menyatakan isterinya itu adalah tunang dan mereka berkenalan semasa zaman universiti lagi. Saya sangat-sangat kagum dengan kebijaksanaan dia menyembunyikan statusnya sebagai TUNANGAN orang sepanjang tempoh kami bersama! 2 tahun kami bersama, saya tidak pernah nampak ada sebarang mesej yang meragukan malahan telefon dia pernah bersama saya sepanjang minggu. Tiada whatsup dan tiada panggilan masuk yang mencurigakan dan dia sentiasa ada di sisi saya walaupun bukan sepanjang hari namun hampir 15 jam kami bersama ketika kerja dan di luar waktu kerja.
.
Kecewa yang saya rasa, hanya Tuhan tahu betapa sakitnya. Sesungguhnya kesilapan saya adalah kerana telah membuka hati saya untuk seorang lelaki seperti itu. Dan apabila saya meminta penjelasan ternyata dia tidak mampu memberikan penjelasan. Hanya permintaan dia satu, mohon agar hubungan kami kekal sehingga salah seorang dari kami bertukar tempat kerja. Saya sudah cuba mengelak daripada dia. Status suami orang buat saya jadi takut namun sehingga kini dia masih mencari dan menghantui saya memandangkan kami berada di tempat kerja yang sama.
.
Dan sehingga kini, dia sering menganggu saya memandangkan isterinya berjauhan dengannya. Saya memang rasa terbeban dengan sikap dan perangainya. Dia pernah menjerit-jerit di pagar rumah saya semata-mata untuk memanggil saya keluar. Dia juga pernah melutut supaya saya tidak tinggalkan dia. Dia hampir dilanggar saya kerana menghalang jalan saya akibat pergaduhan ini. Dia meminta saya bersabar sehingga antara saya atau dia berpindah tempat kerja.
.
Namun saya memang sangat-sangat terkesan. Saya tidak mahu merosakkan masjid orang lain. Tidak mahu juga membuka aibnya dengan orang lain (jika saya membuat report polis atas gangguan keselamatan), apatah lagi untuk menyusahkan sesiapa (di tempat kami berkerja, tidak ada orang tahu statusnya sudah berubah). Untuk meneruskan hubungan itu adalah sangat mustahil. Tapi sehingga kini, saya tidak tahu apa lagi yang saya harus lakukan. semuanya saya sudah elak. Untuk bertukar nombor telefon (dia tetap mencari dengan watsapp group kerja). Saya juga menumpang di rumah kawan. (dia tetap cari sehingga saya tidak mampu mengelak).
.
Mohon pandangan sahabat sekalian. Apa lagi yang mampu saya lakukan selepas ini? Untuk bertukar tempat kerja. Saya memang perlukan tempoh yang agak panjang memandangkan saya masih bujang dan tidak ada alasan untuk berpindah. Sesungguhnya saya sudah terlalu letih. Letih dengan lakonannya, penat menanggung beban yang berat. Saya akui saya memang sayangkan dia. Namun saya juga pasti. Sayang itu mampu dibuang walaupun sakit dan tempoh yang lama untuk membuangnya.
-Erna-

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my