Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 24 October 2016

Minyak Wangi|Perfume Mana Yang Bau Paling Sedap?

Minyak wangi|perfume memang biasa kita dengar. Macam-macam jenis ada..macam-macam bau ada. Ada yang sedap..ada yang manis..ada yang kuat..ada yang lembut..yang bau tengik pun ada hahaha :p
.
Dah penah beli minyak wangi|perfume ke sebelum ni? Tak kisahlah laki ke perempuan ke mesti pernah pakai minyak wangi|perfume kan? Sebab apa pakai minyak wangi|perfume ni? 
.
Apa lagi tujuan pakai minyak wangi|perfume ni kalau tak nak mewangikan diri sendiri yang tak berapa nak wangi tu kan..lebih-lebih lagi bila dah bepeluh. Abes naik semua bau tengik harum semerbak! 
.
Mostly ramai pompuan la yang biasa pakai minyak wangi|perfume ni. Lelaki ni kalau dulu-dulu jarang nak jumpa yang jenis pakai minyak wangi|perfume ni. Kalau ada pun mungkin sebab bini atau awek yang belikan hahaha (betulkan?)
.
Paling koman pun lelaki ni pakai deodorant je la..tak kuasa nak beli-beli perfume ni. Tapi zaman skrang ni dah 100% berubah. lelaki yang lebih banyk beli & pakai minyak wangi|perfume ni. Tak pecaya cuba la tanya amoi-amoi yg kerja kat shopping complex sana. Sapa yang paling ramai dan selalu beli perfume ni lelaki ke perempuan!
.
Skrang ni pun banyak sangat jenis minyak wangi|perfume yg ada. Sampai kita pun kadang pening kepala nak pilih mana satu yg best. Lain orang lain minatnya. Ada yg suka bau keras..ada yg suka bau lembut..ada yg suka bau manis..macam-macam lah kerenah ni.
.
Ada jugak spesis yg suka tengok botol cantik je terus beli..tak kira la bau mcmana pun huhu.
.
Ok jom share sikit ilmu pasal minyak wangi|perfume ni. :)
.
JENIS-JENIS MINYAK WANGI|PERFUME:

1) Parfum
Mengandungi pati minyak wangi|perfume yang tinggi kepeketannya. Biasanya 20% sampai 50%. Yg ni bau dia lasting paling lama. Boleh sampai 2-3 ari tahan. Harga pun memang la sangat mahal. Kualiti tinggi kan. Kadang-kadang boleh buat orang pening pakai yg ni sebab bau terlalu kuat. Pening beb!

2) Eau De Parfum (EDP)
Yg ni  biasa popular utk perempuan. Peratus kandungan pati minyak wangi|perfume pun dalam 10-15%. Murah sikit daripada Parfum tadi. Lasting pun boleh tahan setakat pagi sampai petang tu tak jadi masalah. 

3) Eau De Toilette (EDT)
Kalau yg ni mmg femes biasa utk lelaki sado hahaha..Pati minyak wangi|perfume pun tak banyak sangat dlm 3-8% je. Lasting kira ok la boleh smpai 4-5 jam jugak. Harga pun biasa yg ni murah sikit dari EDP tadi. Lelaki tak boleh pakai yg bau tahan lama sangat..nanti cepat pening huhu!

4) Eau De Cologne
Cologne ni biasa murah je. Harga mampu milik sebab kandungan pati minyak wangi|perfume dalam dia tak banyak sangat. Around 3-4% je. Ok la tu kena dengan harga dia yg murah sikit. Tapi zaman skrang ni susah sikit nk dapat yg cologne ni sbb jarang ada lagi keluaran ni utk minyak wangi|perfume.

Tips tambahan nak pakai minyak wangi|perfume:
1) Pakai kat kawasan badan yg paling hangat ada denyutan nadi
    contoh: pergelangan tangan, nadi, tepi leher, dada & lipatan siku

2) Ada yg letak kat blakang telinga (yg ni kalau nak menggoda orang mmg sesuai huhu) sebab bau kat situ mmg menyengat kalau keluar!

3) bau minyak wangi|perfume akan sebati dgn badan kita bila berpeluh. Sebab itu sesuai spray minyak wangi|perfume kat bahagian nadi yg aktif.

bila makin bepeluh makin wangi huhu!
kbaii..
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk berjaya!
.
ANDA HANYA PERLUKAN 21 VIDEO SULIT UNTUK MELEDAKKAN JUALAN!
.

Wednesday 19 October 2016

Gadis 'nasi lemak anak dara' tolak dua tawaran kerja


Gadis yang viral dengan perniagaan 'nasi lemak anak dara', Siti Hajjar Ahmad, 24, menolak dua tawaran kerja bergaji lumayan kerana mahu menumpukan kepada perusahaan nasi lemaknya. 

Siti Hajjar yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, pada sidang kedua Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kelmarin memaklumkan BH bahawa beliau mendapat tawaran kerja menjadi jurutera serta akauntan di Shah Alam dan Subang, Selangor, baru-baru ini selepas kisahnya viral. 

Beliau berkata, minat berniaga selain mahu berdikari serta mencari pengalaman hidup membuatkan dirinya menolak dua tawaran bergaji lumayan itu. Katanya, beliau tidak menyesal menolak tuah jawatan bergaji lumayan berkenaan kerana yakin rezeki ada di mana-mana jika berusaha gigih. 

"Bukan sombong, berlagak atau bongkak kerana menolak dua tawaran kerja itu namun saya mahu memantapkan dulu ilmu perniagaan saya dahulu sebelum mungkin mencari kerja bersesuaian kelulusan tahun hadapan. "Walaupun perniagaan nasi lemak anak dara diusahakan saya sendiri dengan skala kecil namun kepuasannya sukar digambarkan apabila pelanggan menggemari air tangan saya. 

"Saya terharu apabila ada pelanggan sehingga dari Ipoh, Perak serta Seremban, Negeri Sembilan sanggup datang ke tapak niaga di Seksyen 7, Shah Alam, semata-mata mahu merasa nasi lemak yang saya jual," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Siti Hajjar menerima ijazahnya daripada Pro-Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara. Siti Hajjar yang juga anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ditemani ibunya, Hasmah Senapi, 55, dalam majlis konvokesyen itu. 

Katanya, tiada rasa segan atau malu dalam kamus hidupnya walaupun berniaga nasi lemak di tepi jalan walaupun sudah menggenggam segulung ijazah. "Saya akan pegang amanat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika merasmikan majlis konvokesyen yang mahu graduan supaya bermula dari bawah dan jangan salah guna ilmu dengan melakukan perkara tidak berfaedah termasuk mencuri dan menipu. 

"Menjual nasi lemak di tepi jalan bagi saya lebih mulia daripada hanya sekadar menanti peluang jatuh ke riba," katanya.
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
ANDA HANYA PERLUKAN 21 VIDEO SULIT UNTUK MELEDAKKAN JUALAN!
.

Sunday 9 October 2016

Amir muncul juara AF 2016


SEPERTI dijangka, peserta dari Selangor, Amir Syazwan Masdi muncul juara program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016 pada konsert akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi. 

Mohamad Ammal Shafiq Osman (Amal) pula muncul naib juara, Kareshma Martin John Patrick (Reshma) di tempat ketiga, Nurfarrah Izzatie Johari (Ara) akur di tangga keempat manakala Nur Hafizah Longkip @ Thomas (Afi) berpuas hati menduduki tempat kelima. 


Menerusi kemenangan itu,  Amir, 20, yang turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Fantasi D Herbs menerima wang tunai RM50,000, trofi AF2016 dan kredit membeli-belah sebanyak RM5,000. Amal pula membawa pulang RM20,000, trofi AF2016 dan kredit membeli belah RM4,000 manakala  Reshma di tangga ketiga menerima RM15,000, trofi AF2016 dan kredit membeli-belah RM3,000. Ara di tempat keempat menerima RM10,000, trofi AF2016 dan kredit membeli-belah RM2,000. 

Sementara itu, Afi yang berada di tempat kelima membawa pulang hadiah RM5,000, trofi dan juga kredit membeli-belah RM2,000.  Pada konsert akhir, semua pelajar diberikan dua tugasan dengan menyampaikan sebuah lagu penyanyi lain dan satu lagu baharu masing-masing. 


Selaku juara, Amir tampil dengan lagu Romantis nyanyian asal kumpulan Spring dan lagu baharu Pemilik Cinta. Amal pula mempersembahkan lagu Bukan Diriku nyanyian asal Samson dan lagu baharu, Aku Kejar. 

Reshma di tempat ketiga menyampaikan lagu baharu berjudul Sagang Jadi Benci serta lagu Bad Romance yang pernah dipopularkan oleh Lady Gaga. Sementara itu, Ara muncul dengan Camar Yang Pulang nyanyian asal Aishah dan lagu baharu Warkah Untukku manakala Afi tampil dengan lagu Teruskan dan juga lagu yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris berjudul Hatinya Tak Tahan. 

Kumpulan KRU, Indigo serta Pengetua AF 2016, Datuk Shake turut menghiburkan penonton untuk segmen selingan. Konsert akhir AF2016 yang mula bersiaran sejak 21 Ogos lalu menyaksikan Zizan Razak dan Alif Sattar bertindak sebagai pengacara.  Pengkritik pula dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal serta juri undangan iaitu Datuk M Nasir.
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Menjaga lisan kunci ke syurga

Islam adalah agama yang sempurna. Semua hal yang dapat mendekatkan seseorang kepada syurga sudah dijelaskan. Ini termasuk jalan yang dapat mendekatkan seseorang ke dalam syurga antaranya adalah menjaga perkataan atau pun lisan. 

Menjaga perkataan adalah perbuatan yang sangat penting dalam Islam. Di antara bentuk menjaga lisan adalah menghindari perkataan yang buruk dan yang tidak bermanfaat. Sentiasalah berusaha berbuat baik dan memohon kepada Allah SWT walaupun ada kalanya perkataan yang diucapkan oleh orang lain membuatkan kita berasa terguris hati. 

Apabila kita berhadapan dengan manusia yang berada dalam keadaan mabuk akibat mengambil minuman atau makanan yang mengandungi bahan terlarang itu, maka kita dinasihatkan agar tidak mengambil secara serius perkataan yang diucapkan oleh individu berkenaan. 

Kebiasaannya, mereka yang mengalami sakit pada anggota badan atau fizikal, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada emosinya. Untuk itu, pada tahap sedemikian, kita dianjurkan menerima dengan hati yang terbuka apabila berinteraksi dengan individu yang lemah dari segi kesihatan fizikalnya. 

Selain itu, pada saat-saat tersebut juga kita harus percaya bahawa pertolongan Allah SWT datang ketika manusia sangat-sangat memerlukan pertolongan, ketika mereka berasa kehabisan segala daya upaya mereka dan hanya mengharapkan pertolongan Allah SWT semata-mata. Abaikan perkataan individu berpenyakit rohani. 

Di samping itu, kita juga dianjurkan mengabaikan segala perkataan yang diucapkan oleh individu yang mempunyai penyakit rohani. Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. 

Sebetulnya orang yang menghidap penyakit rohani akan nampak lemah dalam kemampuan bekerja, hilang semangat untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan sifat malas. Antara tanda penyakit rohani ialah prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan Rasul-Nya. 

Firman Allah yang bermaksud: 'Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang di hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipu daya." (Surah al-Ahzab, ayat 12). Selain mempunyai prasangka buruk terhadap Allah dan Rasul-Nya, dia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan. 

Dalam konteks rumah tangga, ada pasangan yang menghidapi penyakit sedemikian berpunca daripada terkena amalan sihir. Kesan daripada amalan tersebut, ia boleh mengakibatkan hubungan suami isteri bertambah renggang. Justeru, dalam menangani situasi ini, kita perlulah segera membawanya untuk berubat. 

Untuk mengubati rohani yang sakit adalah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran. Rohani yang kuat akan menambahkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah. Berikutnya, kita juga perlu kuatkan hati dengan merelakan perkataan yang disebut oleh seseorang yang didapati nyanyuk yakni penyakit yang boleh menyebabkan kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman. 

Kita juga perlu melihat kepentingan mengabaikan kepada perkataan tidak mahu kepada perkara sepatutnya. Contohnya, seorang murid yang tetap dengan keputusan untuk membantu gurunya untuk mengangkat beg walaupun guru tersebut menolak untuk dibantu. 

Selain itu, kita juga disarankan agar memberi reaksi positif apabila ia menjadi keperluan dan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang suami atau isteri waima seorang anak sekalipun dalam keluarga. 

Akhir sekali, harus diingatkan agar mengabaikan perkataan tidak kepada perkara yang berkaitan dengan hak yang perlu ditunaikan. Dalam konteks ini, sebagai seorang suami adalah menjadi wajib menunaikan nafkah walaupun isterinya sudi menghulurkan bantuan.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Tuesday 4 October 2016

Hairie Othman belajar ilmu agama sampai ke India

KUALA LUMPUR: Lima tahun tidak aktif berlakon, Hairie Othman, 45, menggunakan tempoh berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Malah, bintang Leftenan Adnan itu juga sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama. 

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta itu turut aktif bersama sebuah parti politik. "Ketika itu, saya belajar bersusah-payah demi agama. Dalam hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kesenangan takkan datang tanpa kita berusaha. 

"Sesuatu yang saya belajar ketika mendekatkan diri dengan hal kebaikan ialah kita tak perlu menghukum atau menghakimi orang. Usaha berdakwah ini lebih kepada mengajak orang kepada kebaikan. Kita bukan badan kehakiman yang menentukan sesuatu perkara. 

"Saat ini juga, dalam sebulan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke jalan Allah," katanya dalam pertemuan baru-baru ini. Ketika beliau cuba mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, Hairie turut menyatakan keinginannya untuk kembali berlakon. Selepas mencuba pelbagai pekerjaan, jiwanya masih dekat dengan lakonan yang diceburi sejak hampir dua dekad. 

Waris terbitan Filmscape Sdn Bhd menjadi drama terakhir lakonannya yang menemui khalayak, iaitu menerusi TV3 pada Jun 2012. "Saya memang ingin kembali berlakon dan semestinya saya berasakan kerinduan untuk berbuat demikian," katanya yang kini bahagia dengan perkahwinan keduanya, yang sudah hampir lima tahun usianya. 

Menerusi perkahwinan pertama, Hairie dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Dini Marinie, El Farish Kamil dan El Harith Kamil.
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Monday 3 October 2016

Hijrah membina negara proses sepanjang zaman

Menyingkap sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, meninggalkan negara dan keluarga tersayang. Allah SWT berfirman merakamkan hal ini mafhumnya: "Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah", (Surah al-Hajj : 40)

Penghijrahan Rasulullah SAW bukan setakat berpindah tempat tetapi menghijrahkan keadaan umat yang lemah kepada kuat, tertindas kepada bergerak cergas, melarat kepada berdaulat dan dakwah dalam lingkungan terbatas kepada seluruh masyarakat. 

Titik permulaan hijrah dan pembinaan negara menjadi tanda aras kebangkitan Islam yang seterusnya tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Hijrah dan pembinaan negara saling berkait rapat. Hijrah bukan setakat mengangkat prestasi individu tetapi turut merangkumi hal ehwal kemasyarakatan dan negara. 

Peristiwa hijrah merakamkan pembinaan sebuah negara. Pembinaan negara Madinah bukan secara kekerasan dan penaklukan. Baginda SAW melakukan penjenamaan terhadap negeri yang menjadi asas pembentukan negara iaitu Yathrib kepada al-Madinah al-Munawwarah, menunjukkan kedaulatan diiktiraf semua pihak. 

Madinah untuk semua Rasulullah SAW memerdekakan umat Islam dengan terbentuknya negara Madinah yang menjadi milik semua kaum tanpa memilih apakah bangsa dan agama mereka. Muhajrin, Aus dan Khazraj serta Arab Wathani diiktiraf sebagai warganegara. Semua pihak dilindungi undang-undang. 

Selepas itu, kedudukan politik Madinah diperkuat melalui persefahaman semua pemimpin kaum dalam perjanjian Piagam Madinah. Pembinaan negara Madinah bukan bermakna menumpang hidup dan menyusahkan orang lain. Rasulullah SAW dan sahabat RA memainkan peranan membentuk masyarakat baru, membina kematangan politik dan menyampaikan dakwah Islam ke pelusuk dunia. 

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: "Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripada segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi", (Riwayat Bukhari). 

Menurut Muhammad Hamidullah dalam buku 'The First Written Constitution in the World' (3rd.ed), ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, daripada 10,000 penduduk Madinah, bilangan umat Islam kombinasi Ansar bersama Muhajirin Makkah hanya sekitar ratusan orang. 

Hampir 50 peratus penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada keturunan Yahudi terbahagi kepada 10 puak, sementara penduduk keturunan Arab, 12 kabilah. Keadaan penduduk Arab di Madinah tidak sehebat Quraisy Mekah yang memiliki kekayaan, menguasai perdagangan serta mempunyai struktur politik tersusun. 

Muhammad Ahsan dalam tulisannya 'Globalization and The Underdeveloped Muslim World: A Case Study of Pakistan' dalam bab 'Islam Encountering Globalization', (Ed. Ali Mohammad) antara tindakan awal Rasulullah SAW di Madinah adalah mengadakan bancian penduduk. 

Bancian selain pecahan jantina, kaum dan usia, merangkumi guna tenaga kerja, penguasaan ilmu pengetahuan, tahap literasi dan pegangan agama. Maklumat tepat profil penduduk adalah komponen penting merangka formula pemerintahan dan memastikan program diformulasikan menepati keperluan serta bersesuaian dengan budaya, komposisi serta taburan penduduk. 

Diriwayatkan Rasulullah SAW menggali telaga baharu di sekitar Madinah sehingga air bersih mencukupi. Baginda membawa gaya hidup baharu hingga Madinah diriwayatkan menjadi bandar selamat, menghidupkan budaya al-Muaakhah, iaitu persaudaraan Muhajirin dan Ansar, menggalakkan pinjaman tanpa faedah (qardhul hasan) dan infaq fi sabilillah yang mendasari sosioekonomi Madinah untuk mengukuh kestabilan bermasyarakat. 

Pembentukan masyarakat memberi atau giving society ini merubah dasar kependudukan Madinah. Realiti baharu ini dikunci melalui pengharaman riba yang antara punca utama eksploitasi dalam masyarakat. 

Walaupun demikian, golongan Muhajirin tidak ambil kesempatan di atas hubungan ini, malahan berusaha membina ekonomi sendiri melalui sektor perniagaan. Inilah kebijaksanaan strategi pembasmian kemiskinan yang amat signifikan dalam menghayati peristiwa hijrah yang seharusnya menjadi inspirasi dalam melakukan transformasi ummah. 

Dalam amalan politik, kerajaan tidak amal politik menindas bukan Islam, malahan ramai wakil rakyat pelbagai kaum terbabit dalam pembentukan dasar negara. Dalam ekonomi negara, semua kaum menikmatinya dan tidak merampas daripada kaum lain. Tak amal penindasan, kerajaan komited kepada prinsip Perlembagaan serta menekankan toleransi, kesederhanaan, sifat kemanusiaan dan timbang rasa sehingga beri kesan positif terhadap keamanan dan pembangunan negara. 

Prinsip kesederhanaan turut diketengahkan di peringkat antarabangsa yang menjadi landasan menghapuskan prasangka dan prejudis Barat terhadap Islam yang dituduh menganjurkan keganasan. 

Hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar pengkisahan setiap kali Awal Muharam. Adalah penting untuk ambil pengajaran sebagai panduan menyelusuri sirah Nabi SAW membina negara. 

Tuntutan hijrah hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke tempat lain, tetapi transformasi atau perubahan minda dan budaya hidup berteraskan ajaran Islam. Hijrah bersandarkan keimanan dan ketakwaan mampu ubah landskap pegangan akidah, ibadah, akhlak, sosial dan ketamadunan serta masa depan ummah. 

Allah SWT berfirman mafhumnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; sesiapa yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani", (Surah an-Nisa':100). Hijrah adalah suatu keperluan dan ia berlaku sepanjang zaman.
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Serah diri lepas tikam ibu hingga mati



AMPANG: Seorang lelaki yang dipercayai berada bawah pengaruh dadah, dilaporkan menikam ibunya di sebuah pangsapuri di Bukit Indah, di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, suspek berusia 23 tahun itu kemudian ke Balai Polis Bukit Indah untuk menyerah diri. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata ketika menyerah diri, suspek tiba-tiba mengamuk dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang pendek. 

"Kita dapat menahan suspek berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi. Beliau berkata, polis ke rumah suspek dan menemui mangsa berusia 49 tahun berlumuran darah di ruang tamu. 

Hasil siasatan, katanya, polis menemui beberapa kesan tikaman di badan dan leher mangsa.
.

.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

Pekerja dipecat kerana kata Michelle Obama gorila

ATLANTA: Kakitangan sebuah sekolah di Georgia dipecat selepas beliau menggambarkan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, sebagai gorila di Facebook. 

Sekolah Mukim Forsyth, dalam satu kenyataan berkata Jane Wood Allen dipecat pada Isnin. Mengikut kenyataan itu, pihak sekolah tidak bertolak ansur terhadap unsur perkauman dan diskriminasi. 

Jurucakap daerah itu, Jennifer Caracciolo, mengesahkan pada Isnin keputusan memecat Allen dibuat selepas pegawai menyedari kenyataan di Facebook itu. 

Media mula melaporkan mengenai kenyataan itu minggu lalu. Facebook Allen juga sudah tidak aktif sejak Isnin. - AP
.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my