Bagi memenuhi permintaan untuk bertemu rakan-rakan lama, dianjurkan pula sebuah majlis pertemuan yang dinamakan reunion, alumni atau sebagainya.

Peluang dapat bertemu semula itu pastinya menimbulkan pelbagai cerita dan kenangan bibit lama. Hasil pertemuan berkenaan, akan terjalin semula bibit-bibit indah kenangan lama bagi mereka yang pernah menjalinkan cinta.

Itu yang berlaku terhadap Tina, apabila suami yang dinikahi sejak 25 tahun lalu, berpaling arah sebaik bertemu dengan teman wanita lamanya yang sudah bertahun tidak ditemui.

Menurut Tina, hubungannya dengan suami yang selama ini sentiasa berada dalam rukun damai, biarpun tidak dikurniakan zuriat, akhirnya diberi dugaan berat semata-mata suaminya mempertaruhkan kesetiaan yang dipegang selama ini dengan berlaku curang.

“Saya selama ini tidak pernah tahu sebenarnya, sudah dua tahun suami dan rakan wanitanya itu menjalinkan hubungan dalam senyap. Suami saya memang pandai berlakon, malah pergerakan sehariannya juga tidak pernah menunjukkan dia mempunyai hubungan lain di luar.

“Entah bagaimana, saya sendiri terbaca Whatsapp yang diberi oleh wanita itu kepada suami. Dari situ kehidupan saya mula tidak tenang dan sentiasa menaruh syak wasangka terhadap suami sendiri.

“Namun, perasaan itu sebenarnya berasas apabila suami akhirnya mengaku menjalinkan hubungan dengan rakan lamanya itu,” katanya.

Menurut Tina, hasil ‘siasatan’ yang dijalankan ke atas bekas rakan-rakan sekolah suaminya, dia mendapat tahu wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya itu pernah bercerai sebanyak tiga kali dan mempunyai empat orang anak. Suami Tina merupakan hubungan cintanya yang ke empat.

Malah, kata Tina, wanita itu memang gemar menggoda lelaki yang sudah berkahwin dan berpendapatan tinggi, kerana mengikut sejarah, bekas-bekas suami wanita ini memang suami orang.

Dia sanggup menggoda lelaki tersebut kemudian meminta menceraikan isteri masing-masing. Malangnya, perkahwinan berkenaan tidak juga bertahan lama.

Apa yang menimbulkan kemarahan Tina, seboleh-bolehnya wanita itu mahukan suaminya menjadi suami wanita berkenaan tidak kira apa yang terjadi.

Malah kata Tina, di dalam whatsapp kumpulan bersama rakan-rakan sekolah suaminya, dia memaparkan gambar-gambar mesranya bersama suami Tina.

Itupun diketahui apabila rakan-rakan suaminya yang menunjukkan status Whatsapp berkenaan.

“Pakai baju sedondon, suap-menyuap, duduk sebelah-menyebelah, siapa yang tidak sakit hati melihat. Patutlah selama ini suami tidak lagi mengajak saya menemaninya untuk ke mana-mana kerana mahu bersama wanita itu. Biarpun suami masih mengambil dan menghantar saya ke tempat kerja, namun apa yang tidak disedari suami saya akan berjumpa wanita itu selepas menghantarnya ke tempat kerja mahupun selepas balik dari kerja,” katanya.

Menurut Tina, walaupun wanita itu bersikap begitu, Tina turut menyalahkan suaminya yang mudah tergoda dengan layanan wanita berkenaan sehingga dia tidak lagi ingat rumah tangga dan tidak menghormati isteri yang selama ini telah banyak berkorban buat dirinya.

Sepanjang dia mengalami masalah rumah tangga, Tina mengakui telah dua kali keluar dari 
rumah, merajuk dengan sikap suaminya.

Dia menginap di mana-mana hotel untuk menyejukkan hati dan kemudian suami akan datang memujuknya dengan bermacam-macam janji tidak akan mengulangi sikap curangnya itu.

Kini, sudah kali keempat sebenarnya dia memberi peluang kepada suaminya untuk sedar dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Namun, dia masih merasakan lelaki itu masih curang di belakangnya, biarpun dia sendiri tidak dapat membuktikannya kerana lelaki itu masih enggan berkongsi telefon bimbitnya dengan Tina.

“Hati saya sudah sakit dan rasanya tidak lagi percaya dengan apa yang dinyatakan oleh suami. Biarpun saya sudah banyak kali meminta cerai, namun dia tidak mahu melepaskan saya.

“Kisah ini bukannya untuk membuka pekung di dada. Saya bersetuju sekiranya dia hendak berkahwin dengan wanita itu tetapi ceraikan saya dahulu. Lagipun saya sekarang sudah tiada hati dengan suami dan enggan meneruskan perkahwinan ini lagi dengan keadaan perasaan penuh terluka, terseksa dan hidup berpura-pura.

“Saya juga sakit hati dengan rakan-rakan kumpulan Whatsaap sekolah suami yang turut menyokong suami untuk meneruskan hubungan dengan wanita berkenaan kononnya atas alasan anak dan kasih sayang.

“Sebenarnya, sejak dahulu lagi suami tidak pernah mengungkit mengenai perkahwinan kami yang tidak dikurniakan zuriat. Malah, sekiranya dia berkahwin dengan wanita itu pun, mungkin juga dia tidak mendapat zuriat kerana umur wanita itu pun sudah lanjut.

“Saya berharap kisah ini dapat dijadikan pedoman kepada semua pembaca. Berhati-hati dengan wanita jenis ini yang tidak peduli dengan apa sahaja yang terjadi terhadap rumah tangga orang lain asalkan hajatnya dapat dipenuhi.

“Begitu juga dengan rakan-rakan yang menyokong, tolonglah fikir sama nasib dan perasaan saya,” katanya kesal.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Whatsapp 0168474740
.
kbaiii
.
p/s: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus Daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN! JOM Belajar secara FB LIVE!
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃