Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 9 August 2016

Muhyiddin umum parti baharu

MUHYIDDIN pada sidang media selepas menyerahkan permohonan pendaftaran parti baru di Pejabat Jabatan Pendaftaran Penubuhan (ROS), Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), di sini, petang tadi. 

Ahli Parlimen Pagoh, Johor itu menyerahkan borang pendaftaran parti baharu itu kira-kira jam 3.20 petang bersama kira-kira 50 penyokongnya. Dalam sidang medianya selepas itu, Muhyiddin mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusi parti berkenaan. 

Beliau berkata, Parti Pribumi terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Bagi warga negara Malaysia yang lain, mereka boleh menyertai parti sebagai ahli bersekutu dan mempunyai hak seperti ahli lain, kecuali mengundi dan bertanding mana-mana jawatan dalam parti. 

"Bagaimanapun, mereka boleh dilantik untuk menganggotai jawatan dalam parti," katanya. Katanya, Parti Pribumi bersifat inklusif, dinamik dan terbuka bagi menjaga kepentingan semua kaum, selain turut berharap parti itu akan mendapat kelulusan segera daripada ROS. 

Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan ketika sidang media berlangsung apabila beberapa ahli Jaringan Melayu Malaysia (JMM) cuba untuk masuk ke lobi bangunan ROS, namun dihalang oleh penyokong Muhyiddin.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my