Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 11 August 2016

Kisah minyak atar dan kayu sugi

Kadang-kadang, sejurus sebelum mengangkat takbir untuk solat berjemaah, Jumaat atau Hari Raya, seseorang akan mencalit tangan atau lengan anda dengan sejenis bauan yang dikenali dengan minyak atar. Baunya semerbak sekali, namun kadang-kadang memeningkan kepala.

Rakan yang mencuit itu biasanya orang dakwah atau lebai alim yang patut dihormati. Beliau mempunyai niat ikhlas untuk berkongsi pahala dengan anda. Kerana keikhlasan itu anda akan senyum kepadanya menandakan terima kasih. Walaupun pada hakikatnya anda rasa terganggu oleh bau minyak atar yang tidak menyenangkan itu!

Asas kepada tindakan ikhlas dan berani pendakwah kita itu ialah hadith-hadith Rasulullah SAW yang menggesa umat Islam berhias dan memakai bau-bauan ketika bersolat. Sebaliknya kalau ada bau yang kurang menyenangkan, misalnya kerana makan bawang putih atau sebagainya, anda dinasihatkan oleh Rasulullah SAW supaya tidak ke masjid atau surau dan lebih elok solat di rumah sahaja.

Minyak Atar
Dalam bahasa Arab, bau-bauan biasa disebut dengan perkataan "atar". Berasaskan kepada pengertian bahasa inilah segala minyak wangi atau perfume disebut "atar". Berasaskan kepada perkembangan industri, jenis minyak wangi yang dikenali sekarang sebagai "minyak atar" menjadi begitu sinonim sekali dengan nama tersebut. Lama-kelamaan perkataan "atar" itu sudah menjadi jenama khusus kepada satu jenis produk. Misalnya "atar Salma" atau "atar Hajar al-aswad". Samalah dengan suatu masa dulu jenama "Colgate" seolah-olah mewakili istilah ubat gigi secara umum! 

Maka masa kita kecil dulu, kalau ibu kata gosok gigi kena pakai "Colgate", maksudnya gunakan ubat gigilah tu! Begitu juga kalau ibu kata, pakai sabun "Lux", maksudnya pakai sabun mandi!

Begitu juga rakan pendakwah kita tadi faham bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah bauan yang berjenama "atar" itu. Maksudnya, sunat memakai minyak wangi berjenama "atar".

Sedangkan minyak wangi jenis lain tidak sunat dipakai kerana ia bukan bernama "atar"?! Sedangkan maksud "atar" itu umum sekali, iaitu apa saja yang berbau sedap atau wangi. Di pasaran sekarang banyak bahan-bahan seperti ini, baik di negara-negara barat mahupun di negara-negara Islam sendiri. Sama ada ia mengandungi alkohol atau sebaliknya. Baunya sedap dan amat menyenangkan sekali. Sedangkan apa yang dimaksudkan oleh rakan kita tadi itu bukan "atar" lagi kerana baunya tidak menyenangkan!

Pada peringkat awal, termasuk sewaktu kitab-kitab feqah ditulis, "atar" seperti "atar Salma" itulah yang berada di pasaran. Pada waktu itu, baunya amat sedap sekali. Tetapi dengan perkembangan industri minyak wangi yang pesat pada zaman sekarang, pelbagai jenama baru telah dikeluarkan. minyak "atar" klasik itu baunya sudah tidak harum lagi berbanding dengan bau minyak wangi yang lain. Malahan ia menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan janggal!

Berasaskan kepada kefahaman yang mendalam, iaitu feqah maksudnya yang sunat dipakai itu sekarang bukanlah minyak wangi yang berjenama "atar Salma", misalnya, atau berjenama "atar" yang lain, tetapi minyak wangi yang berbau benar-benar enak dan menyenangkan khususnya kepada pemakainya dan juga kepada orang disekelilingnya secara umumnya. 

Maksud untuk pemahaman yang lebih mudah ialah, pakailah jenama minyak wangi apa pun, yang penting baunya sedap dan menyenangkan orang sekeliling!

Mungkin berbalik pada soal alkohol. Tetapi persoalan itu sebenarnya telah lama diselesaikan dengan penjelasan oleh beberapa tokoh agama mengenai alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah tidak najis. Malahan boleh dipakai dan sah digunakan ketika solat.



Hadith Rasulullah SAW ada menyebut, kalau bukan kerana takut hingga membebankan umatnya, tentu sekali Baginda memerintahkan semua umat Islam bersugi setiap kali sebelum solat.

Kayu Sugi
Rakan kita itu, sebelum mengangkat takbiratul ihram tiba-tiba saja mencabut sebatang kayu daripada sakunya sepantas kilat, persis seorang pahlawan melayu menghunus kerisnya. Dengan kayu itu beliau bersugi dengan pantas sekali. Nasib baik beliau tidak menghulurkan kayu sugi itu kepada anda, bagi tujuan berkongsi pahala! Kalau tidak, anda akan mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas keikhlasannya itu.

Rakan anda ini sangat warak orangnya. Beliau mengikut Hadith Rasulullah SAW yang menyebut, kalau bukan kerana takut hingga membebankan umatnya, tentu sekali Baginda memerintahkan semua umat Islam bersugi setiap kali sebelum solat.

Persoalannya adalah, mengapa perbuatan bersugi itu dilakukan sewaktu hendak mengangkat takbir? Mengapa tidak dilakukan di rumah sebelum ke masjid atau surau? Mungkin secara literal hadith berkenaan bermaksud sebaik sahaja akan bersolat. Tetapi penafsirannya yang sebenar adalah umum iaitu sunat dilakukan selagi belum bersolat. Begitu juga dengan wuduk yang boleh diambil terlebih dahulu di rumah sebelum ke masjid atau surau.

Selain itu, mengapa pula menggunakan kayu itu? Memang tidak dinafikan bahawa rasanya cukup menyegarkan. Malahan ia hampir sama dengan rasa ubat gigi yang terdapat di pasaran sekarang. tetapi tidakkah industri kebersihan mulut sudah begitu maju sekarang? Berbagai jenama dan reka bentuk berus gigi ada di pasaran. Ubat giginya pula cukup berkesan!

Feqah mengatakan bahawa maksud Rasulullah SAW lebih kepada keperluan untuk membersihkan gigi dan mulut. Jangan sampai kita bersolat dengan mulut yang berbau busuk, apa lagi kalau berjemaah di masjid atau surau. Soal jarak waktunya masih dikira munasabah dan cukup sesuai selagi belum memulakan solat yang akan didirikan. Kerana maksud sebaik sahaja akan bersolat itu tidak semestinya pada ketika mahu mengangkat takbiratul ihram!

Begitu juga dengan alat yang digunakan. Kayu sugi itulah yang paling sesuai dan berkesan pada zaman Rasulullah SAW bagi tujuan kebersihan gigi dan mulut. Tetapi selepas berabad lamanya, industri berkenaan telah mengalami kemajuan dan perubahan yang pesat. Sudah tentu sekali banyak alternatif yang boleh digunapakai bagi mencapai objektif tersebut!

Kedudukannya tidak jauh beza dengan menggunakan kereta sebagai ganti kuda, unta atau keldai bagi tujuan pengangkutan. Begitulah juga dengan menggunakan senapang automatik, kereta kebal, meriam dan sebagainya sebagai ganti kepada pedang, anak panah, kuda dan sebagainya sepertimana yang digunakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda di medan perang suatu ketika dahulu.

Semua ini termasuk dalam konsep perubahan pendekatan kerana perubahan zaman dan keadaan. Sedangkan objektif dan tujuan adalah sama serta tetap dikekalkan kerana itulah kehendak wahyu yang sebenarnya.

Kegagalan untuk melakukan perubahan seperti ini bukan sahaja dilihat sebagai gagal menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, tetapi juga menunjukkan Islan sebagai agama dan cara hidup yang gagal memberi alternatif dalam merealisasikan ajarannya dalam masyarakat manusia di setiap zaman dan keadaan.

-Solusi Isu 3-
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
http://likemethod.onpay.my/order/form/cold_traffic/arabpower
.
.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my