Nak Pikat Lelaki Idaman?

Friday 29 July 2016

10 Minyak Wangi | Perfume Paling Mahal


Perkataan “per fumum” berasal dari bahasa Latin yang bermaksud penyulingan wap. Orang Mesir adalah tamadun yang pertama menguasai seni membuat minyak wangi.
Wangian tertua adalah “Eau de Cologne 4711″ dicipta pada 1796, merupakan minyak wangi uniseks pertama di dunia malah digunakan oleh Napoleon I & kekasihnya Josephine.
=======================================================


1. Clive Christian’s Imperial Majesty – USD 215,000
Telah dicatat di Guiness Book of World Records sebagai minyak wangi termahal di dunia. 16.9 ml dengan botol dihiasi emas 18 karat & berlian 5 karat. Penghasilan selama 1 tahun dengan 200 bahan termasuk cendana India, Arab melati, Tahitian vanila & pelbagai bunga ros dari serata negara seperti Perancis, Bulgaria & Mesir. Ia adalah edisi terhad dihasilkan oleh pereka British, Clive Christian, dijual di kedai eksklusif sahaja & dikeluarkan sebanyak 20 botol.




2. Baccarats Les Larmes Sacrees de Thebe – USD 6,800
Baccarat, lebih terkenal sebagai pembuat kristal berkualiti tinggi, memulakan perniagaan minyak wangi pada lewat 1990an dengan 3 jenis minyak wangi berlabel ‘Limited Edition’. Baccarats Les Larmes Sacrees de Thebe adalah kombinasi frankincense & myrrh. Ia adalah edisi terhad iaitu 6 botol sahaja di dunia.



3. Ralph Lauren Notorious – USD 3,540
Ia adalah wangian untuk wanita eksklusif daripada Ralph Lauren. Kombinasi anggur hitam, lada merah jambu, vanila, kasturi & iris.



4. Clive Christian No. 1 – USD 2,150
Kombinasi ekstrak Indian jasmine, mandarin & sandalwood. Botol adalah buatan tangan dari lead crystal, dihiasi 24-karat gold-plated sterling silver & permata. Penutup botol diciptakan sesuai dengan bentuk asli yang dipakai oleh Ratu Victoria.




5. Caron’s Poivre – USD 2,000
Dengan campuran wangian lavender, jasmine, rose, Lily of the valley, carnation, cedar, sandalwood, tonka & musk. Caron, pencipta formula minyak wangi ini juga dikenali sebagai ‘master’ minyak wangi.




6. Chanel No 5 – USD 1,850
Minyak wangi pertama dari pereka terkenal, Gabrielle ‘Coco’ Chanel. Ia juga adalah salah satu minyak wangi paling terkenal di dunia dengan aroma jasminnya.




7. Hermès’s 24 Faubourg – USD 1,500
Dicipta pada tahun 1995 oleh Mourice Roucel, dinamakan mengikut alamat Paris kedai bendera memandangkan ia akan menjadi salah satu minyak wangi “bendera” di dunia. Kombinasi bau bunga limau, bunga melati, bunga tiara, iris, vanila, gaharu & nilam.




8. Annick Goutal’s Eau D’Hadrien – USD 1,500
Pembuat minyak wangi terkenal Annick Goutal mereka minyak wangi yang kaya aromatik yang diperbuat daripada buah-buahan sitrus seperti anggur & lemon Sicily. Hasilnya dipanggil Eau D’hadrien & bau manis ia akan melakukan magik dengan memukau semua orang di sekeliling.




9. Jean Patou’s Joy created by Henri Alméras – USD 1,000
Henri Alméras mereka Joy pada pada tahun 1929 untuk pembuat wangian di Paris iaitu Jean Patou. Minyak wangi ini telah direka semasa Wall Street menjunam untuk memberi kegembiraan dalam kehidupan pelanggan. Ia beraroma khas wangian tumbuhan yang diekstrak dari ros & jasmin.




10. Jar Perfumes The Bolt of Lightning – USD 900
Pereka barang kemas terkenal Joel A. Rosenthal telah mengkombinasikan aroma wangian luar biasa di dalam botol yang dipotong menggunakan tangan dari blok kaca.

1 comment:

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my