Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 3 August 2016

Dakwah bermula di rumah



INSTITUSI keluarga adalah madrasah penting melahirkan individu Muslim berperibadi mulia. Sebuah keluarga yang diterajui dan dipimpin pasangan suami isteri, memerlukan kasih sayang, tanggungjawab rumah tangga terhadap keselamatan dan kesempurnaan kehidupan mengikut syariat. Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm yang membicarakan topik 'Selamatkan Keluargamu', berkata suami dan isteri saling membimbing antara satu sama lain dalam memberi didikan dan tarbiah meneraju rumah tangga. 

Allah SWT berfirman bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Ayat al-Quran ini mengajar umat Islam asas dan teras kepada pemeliharaan sebuah keluarga melalui kesepakatan suami, isteri dan mengelakkan ahli keluarga daripada melakukan perkara dilarang Allah SWT. Rumah tangga bahagia sesebuah keluarga yang mendapat keselamatan dari sudut agama dan duniawi bermula dengan melaksanakan nafkah dan sikap bertanggungjawab suami isteri terhadap hak masing-masing. Martabat wanita sebagai isteri untuk taat dan setia pada suami adalah inspirasi rumah tangga bahagia. 

Penegasan daripada pesan Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir Baginda menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu." Darjat dan kedudukan suami isteri dipelihara sekiranya masing-masing melaksanakan tanggungjawab terlebih dahulu dan barulah di antara mereka akan mendapat hak.

Oleh itu, individu yang hebat bermula dengan pendidikan daripada keluarga yang hebat. Keharmonian rumah tangga dan peranan tanggungjawab harus bermula daripada institusi keluarga. Rasulullah SAW menyampaikan syiar Islam bermula daripada keluarga dengan membawa dakwah itu kepada isteri dan anak angkat Baginda, Saidina Ali dan sahabat rapat Saidina Abu Bakar. 

Terap konsep 'Baiti Jannati'. Konsep 'Baiti Jannati' iaitu rumahku syurgaku harus diterapkan dalam institusi kekeluargaan bagi meningkatkan keharmonian. Menurut Pahrol, tiga perkara yang boleh dilaksanakan bagi mencapai keharmonian iaitu pertama dengan takwa. 

Perkara kedua adalah hubungan sesama manusia iaitu akhlak yang baik bersama ahli keluarga dan masyarakat serta ketiga, tanggungjawab dan peranan umat Islam terhadap keluarganya. Keluarga yang menitikberatkan syariat dan panduan agama adalah asas kepada pegangan mengenali Allah SWT dan mematuhi perintah-Nya. 

Iman dan takwa akan membentuk keluarga yang harmoni melalui akidah pembentuk jati diri sejati. Penghayatan ibadah dan penerapan amalan mulia dalam sistem pembangunan modal insan akan terus membuka ruang dalam rumah tangga bagi memelihara keselamatan institusi kekeluargaan.

Oleh Syafiq Salleh


No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my