Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 10 August 2016

Tiga sekawan berkayuh 2,300km pusing Semenanjung

KOTA BHARU: Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016, tiga sekawan bakal melakar sejarah apabila mereka mengayuh basikal mengelilingi Semenanjung. 

Kayuhan sejauh 2,300 kilometer (km) itu diketuai Kapten (B) Zulkifli Ibrahim, 46, bersama dua rakannya, Askar Dullamit, 56, dan Megat Jailani Mohd Nordin, 38. 

Mereka memulakan kayuhan di Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu memasuki negeri di utara sebelum tiba di Kelantan petang semalam dan menuju Terengganu, hari ini. Zulkifli berkata, jelajah kayuhan mereka tidak membabitkan mana-mana organisasi, sebaliknya dibuat atas semangat patriotik kepada negara yang mendalam. 

"Selain sempena Hari Kebangsaan, kayuhan ini juga bagi meraikan Hari Pahlawan pada 31 Julai lalu. "Kayuhan ini sebagai menunjukkan rasa cintakan negara dan menghargai jasa anggota keselamatan kita yang terkorban ketika mempertahankan negara tercinta," katanya. 

Beliau ditemui pada majlis pelepasan Kayuhan Mengenang Jasa Pahlawan sempena Bulan Kemerdekaan 2016 yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan negeri Kelantan, Datuk Mohd Sabri Abdullah di perkarangan Dataran Al-Quran, Kota Ismail Petra di sini, tadi. 

Mereka bertiga yang meneruskan kayuhan ke Terengganu, turut diiringi 10 ahli Mountain Bike Kelantan (MTB) yang bersama mengayuh basikal hingga ke sempadan Kelantan-Terengganu. Zulkifli berkata, selama seminggu mereka bertiga berkayuh tidak menghadapi sebarang halangan kecuali berdepan cuaca panas dan faktor muka bumi. 

"Ketika tiba di Banjaran Titiwangsa, kami agak keletihan kerana terpaksa mengayuh sejauh 1,000 meter dengan muka bumi yang berbukit. "Bagaimanapun itu bukan halangan yang besar," katanya yang juga ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).
Kapten (B) Zulkifli Ibrahim, 46, (tengah) bersama Askar Dullamit, 56, (kiri) dan Megat Jailani Mohd Nordin, 38, berbincang sebelum memulakan kayuhan basikal bagi mengenang Jasa Pahlawan sempena Bulan Kemerdekaan 2016 di Dataran Al-Quran, Kota Ismail Petra, Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa
Oleh Siti Rohana Idris.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my