Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 28 July 2016

Zila, Along sudah 4 bulan tak tinggal sebumbung


BANGI: Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Zila Seeron, 28, mengesahkan beliau tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Along Raja Lawak. Zila berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan Along membabitkan kes nusyuz. 

"Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu. "Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial, 5 tahun). 

Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak," kata penyanyi itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Mawi, di sini, malam ini. Zila berkata demikian ketika mengulas status perkahwinannya dengan Along yang dikatakan sedang berantakan. 



Wanita itu turut berkata, masalah mula timbul daripada sikap Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh. 

Selain itu, kata Zila, walaupun hak penjagaan anak berpihak kepada Along, beliau tetap akan mendapatkan haknya sebagai ibu apabila kehidupannya lebih stabil. 

"Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali. "Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. 

Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti," tegasnya. Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2010.

Oleh Feride Hikmet Atak

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my