Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 28 July 2016

Ruhainies pasang 'pengawal peribadi' elak kontroversi berulang



KUALA LUMPUR: Pelakon, Ruhainies, kini ditemani 'pengawal peribadi', iaitu ibunya sendiri, setiap kali menghadiri urusan berkaitan kerjaya seni. Beliau yang terpalit dengan kontroversi selepas video dan gambarnya keluar bersama suami kepada penyanyi, Adira, Datuk Seri Adnan Abu, tersebar baru-baru ini berkata, tindakan itu bertujuan mengelak daripada berulangnya insiden sama. 

"Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. "Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan," katanya kepada BH Online ketika menghadiri Majlis Aidilfitri Warga Kerja NSTP, di sini, hari ini. 

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, yang terkenal menerusi drama bersiri Hello Mr Perfect itu percaya akan lebih selamat apabila wanita terbabit sentiasa berada di sisi. "Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman. Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi. 

"Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan," katanya. Ibu Ruhainies, Che Bunga Salleh, berkata sebagai ibu beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya. "Saya selalu berpesan supaya mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata. 

Seperti apa yang menimpa Ruhanies, saya ingatkan dia berhati-hati apabila berkata-kata. "Saya sedih apabila tengok Ruhainies berkurung dalam bilik tempoh hari. Syukurlah dia seorang yang kuat dan tenang berdepan semua ini," katanya. Beliau sanggup menemani Ruhainies demi kebaikan anaknya itu.

Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my