salam guys..
aku ada masalah sikit nak share. pasal abang2
aku. aku adik-beradik semua lelaki kecuali aku sorang. aku anak bongsu.
atas aku semua abang. 4 orang abang kandung dan seorang abang angkat
memang parents aku jaga dari kecik.
abang kandung aku 2 orang dah
kahwin, 2 orang lagi belum. abang2 aku semua belajar tinggi except abang
angkat aku belajar setakat SPM. dari dulu lagi abang2 kandung aku memang
tak suka dengan abang angkat aku ni. zaman aku kecik dulu aku dah puas
tengok abang2 aku ni belasah abang angkat aku. tapi masalah yang aku nak
cerita ni bukan pasal diorang gaduh, tapi pasal sikap abang2 kandung
aku.
abang aku yg 1st dah kahwin. kerja gaji besar jugak. tapi
kakak ipar aku pernah mengadu pada aku yang abang aku ni ada perempuan
simpanan. sejauh mana betul tu wallahu’alam. tapi aku pernah curi2
dengar dia cakap kat phone tak tahu dengan siapa tapi mesra alam
semacam. abang aku ni jugak jenis yang panas baran. senang cerita,
memang kelima2 abang aku ni jenis yang panas baran. tapi yg aku tak
boleh terima bila abang aku ni sampai pukul isteri dia. 1 masalah berat
adalah abang aku ni tak percaya kat Tuhan. Katanya apa yang dia kecapi
sekarang ni bukan rezeki dari Allah tapi atas usaha dia. Allah… :(
abang aku 2nd pulak pun dah kahwin. dia ni guru agama, dari oversea
jugak. tapi dia pun sama macam abang aku yg 1st. suka marah isteri,
kadang2 aku yang rasa terhina bila dia hina isteri dia even depan
parents aku sendiri dia boleh kutuk isteri sendiri. dia ni ada sorang
anak 6tahun. anak sedara aku ni pernah cakap kat aku yang bapak dia
selalu hantar pulang cikgu dia. dalam kereta diorang suka pegang2
tangan, cium tangan, raba2, cakap manja2. tapi dia tak berani cerita kat
mak dia sebab abang aku tu dah bagi warning. sebab tu dia cerita kat
aku je.
abang aku yang 3rd pun dari oversea jugak. dia ni agak
kebaratan sikit. single lagi. dia pun kerja bagus jugak. hidup mewah.
ada apartment sendiri. pernah sekali time parents aku pergi umrah, aku
tinggal dengan dia. aku terkejut gila tengok life dia. teguk arak dan
bawak balik perempuan tu benda biasa. pernah sekali tengah malam balik
dalam keadaan mabuk, perempuan entah siapa yang papah siap masuk bilik
lepas tu tak keluar2. time tu aku betul2 terkedu! aku tak berapa rapat
dengan abang aku ni, jadi aku tak berani nak tegur. selama aku tinggal
dengan dia, ada 2-3perempuan berlainan pernah ikut dia balik. tapi bila
depan parents aku, dialah yang terbaik. muak duhhh!
abang aku yg
4th dia belajar kat local u je. jurusan agama. agak aktif dalam
persatuan dakwah segala bagai. tapi sama jugak kasanova macam yang lain.
cuma yang lebih teruk dia guna agama untuk mengorat perempuan.
kebanyakan perempuan yang jadi mangsa dia perempuan yang berjurusan
agama jugak. macam mana aku boleh tahu? sebab seorang kawan aku pernah
jadi mangsa. habis madu serpah dibuang. bagi aku dia yang paling munafiq
sekali. aku pernah je baca mesej2 dia. semuanya kata2 lucah! dia boleh
berhubungan dengan lebih 4orang perempuan dalam 1 masa. bila kantoi
dengan aku, dia pukul aku dan bagi warning jangan bagitahu sesiapa
especially parents aku. bagi aku dalam banyak2 anak, dia paling derhaka
sekali. bergaduh dan naik suara dengan parents aku tu benda biasa. tapi
kalau depan manusia lain, dialah yang alim dan warak. semua berebut nak
jadikan dia menantu.
abang angkat aku pulak lain sikit. dia tak
belajar tinggi tapi dia sangat hormat dan sayang dengan parents aku.
agama dia jaga. lepas spm macam2 kerja dia buat. setiap bulan dia mesti
akan bagi duit gaji dia sikit pada aku dan parents. dia ni dari kecik
aku tak pernah tengok dia rapat dengan mana2 perempuan kecuali aku. tapi
aku kesian dengan dia sebab dari kecik selalu kena buli dengan abang2
aku.
selalu kena pukul. dia ni pun baran jugak. kadang2 dia akan balas
balik pukulan tu. klimaks berlaku beberapa tahun lepas. ada satu
kejadian berlaku tapi bukan salah dia. time tu teruk gila dia kena
pukul. segala kata kesat berhamburan. last2 dia bawak diri. tapi setiap
bulan dia tak miss bank in duit kat aku dan untuk parents aku sekali.
dalam banyak2 abang, dia yang paling aku sayang walaupun kami bukan dari
rahim yang sama.
aku sebenarnya sedih dengan sikap2 abang
kandung aku. tapi aku tak tahu macam mana cara nak tegur diorang. aku ni
bukan jenis yang sado hati. kena marah sikit aku dah boleh menangis.
tengok abang aku kena pukul pun aku boleh meraung. parents aku pulak dah
tua. diorang dah tak larat nak handle semuanya. ego abang2 aku ni
tinggi. bagi diorang perempuan ni macam tak ada nilai. macam baju boleh
tukar2 sesuka hati. aku tak tahu mana diorang letak Allah tu dalam hati
diorang sampai sanggup buat macam2 maksiat.
honestly sikap diorang ni
buat aku takut nak kahwin. bukan takat takut nak kahwin, tengok muka
lelaki pun aku benci. yang perempuan pun satu. sanggup diperbodohkan dan
ditipu. sedih!
aku harap ada yang sudi bagi idea macam mana aku
nak nasihat abang2 aku ni..setakat ni aku hanya mampu berdoa semata2.
aku teringin jugak nak hidup dalam keluarga yang diberkati Allah.. hurmm
– si bongsu –
No comments:
Post a Comment