Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 27 July 2016

1 maut, 4 cedera bas pelancong terbalik di Genting Highlands


BENTONG: Seorang pemandu bas persiaran maut, manakala empat penumpang pelancong China cedera apabila bas berkenaan terbalik di Kilometer 17.2 jalan turun Genting Highlands, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas berkenaan yang membawa 25 penumpang dipercayai hilang kawalan dan terbabas berhampiran pos kawalan keselamatan 1, di situ. Pemandu bas yang maut dikenal pasti sebagai Tan Ching Kok, 50, berasal dari Taman Bandar Baru, Kampar, Perak. 

Jurucakap bomba Genting Highlands, berkata pihaknya yang menerima laporan pada jam 7.19 malam mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit dan disahkan meninggal dunia. "Penumpang yang cedera di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala penumpang lain yang tidak mengalami kecederaan dihantar pulang ke hotel," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata ketika kemalangan bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur. "Siasatan mendapati bas berkenaan adalah milik sebuah agensi pelancongan di ibu negara dan ketika kejadian ia membawa 25 pelancong dari China terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita. 

"Bas berkenaan dipercayai dipandu dalam kelajuan yang melebihi had menyebabkan ia terbalik ke kiri jalan dan menggelungsur beberapa meter," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Beliau berkata, mayat pemandu dihantar ke HKL untuk bedah siasat, manakala empat penumpang yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan. Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kemalangan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


- BERNAMA -

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my