Slm. Hai nama aku laila. Aku ada 4 org sibling. Tahun ni genap 7 tahun kakak menghilangkan diri.
Cerita bermula bergini. Kami keluarga susah. Ayah dan abg ngah slalu
berhenti kerja. Kami jd makin susah bila abg long meninggal. Dua tahun
slps tu kakak dpt smbung belajar. Kakak seorg yg sgt tabah bg aku. Kakak
kerja mcm2 utk sara hidup dia sbb dia tak nk bebankan ibu.
Sblm
kakak habis belajar, keluarga aku kembali stable. Dpt pakai kereta baru.
Tp tak lama. Dua bulan sblm kakak habis belajar, ayh berhenti kerja lg.
Bila kakak habis belajar, kakak tekad cari kerja di seberang walaupun
byk lecturer dia yg cari utk bg geran master. Kakak tolak. Aku pernah
nampak kakak sugul dlm bilik sorg2.
Syukur alhamdulillah tak lama
lepas tu kakak dpt kerja dan dpt tanggung kami sekeluarga. Kami beli
rumah baru dan berpindah. Sejak tu kakak la yg tanggung segala
perbelanjaan . Dari byr kereta, rumah, belanja sekolah, sng cerita gaji
ayah simpan utk ayah dan ibu shja. Kakak tanggung abg jugak bila dia
berhenti krja n takde duit. Kakak kata siapa lagi nak jaga family kita
kalau bukan kita sendiri. Hidup kami happy.
Satu hari aku balik
sekolah, aku tgk semua bermasam muka. Entah kenapa. Rupanya bila kakak
balik kerja malam tu, abg ngah marah2. Dia tuduh kakak selalu balik
lambat sbb pergi buat maksiat. Kata nya kawan2 dia semua nampak. Ibu n
ayah diam seribu bahasa. Mlm tu kakak dipukul teruk. Kakak cuba bela
diri. Kakak ckp dia kerja di singapore naik kenderaan awam. Jammed,
penat lagi. Mana ada masa nak lepak2 semua. Dan aku akui mmg kakak
betul. Sbb kakak yg aku knal akan keluar jumpa kwn masa hari cuti
sahaja. Kakak kata penat. Pagi pukul 6 dah keluar. Mlm pukul 8 lebih
baru smpai rumah. Mmg setiap hari begitu la rutin kakak.
Tapi
makin kakak bertahan makin teruk kakak dipukul. Disepak. Ditumbuk. Dan
takde sorang pon yg pertahankan kakak. Esoknya aku bangun smbhyang aku
tgk muka kakak bengkak2. Tangan kakak berbalut sebelah. Kakak tgh
bersiap. Kakak kata, takpe harini kakak pergi. Satu hari nanti kebenaran
akan datang jugak. Kakak tinggalkan rumah yg dibeli atas nama sendiri.
Kakak bwk kereta ke mana pon aku tak tahu. Kebetulan kakak baru gaji.
Dia tinggalkan jumlah secukupnya utk kami. Seminggu lepas tu ada org dtg
rumah hantar kereta. Katanya kakak yang suruh.
Betul kata kakak,
tak lama lepas tu abg mngaku yg dia marah sbb kereta rumah semua ats
nama kakak. Dan dia sngaja buat cerita utk buang kakak dari family. Aku
tgk ibu ayah betul2 mnyesal dan cuba cari kakak. Tapi kami jumpa jln
buntu. setiap bulan kakak akan masuk lan duit dlm acc bank ibu. Kalau
raya, byk jugak kakak masukkan. Mmg kami hidup mewah semua hasil titik
pelih kakak yg kami tak tau kat mana.
Bila aku masuk ipta, aku
dpt sebijik hilux. Terkejut bkn main. Org yg hntr tu kata kakak yg
belikan, pesan kakak belajar rajin2. Skrg dah nk masuk tahun 3, kakak
masih tak dpt kami hubungi. Apa yg aku tahu kakak skrg berada di jerman.
Itu pon sbb kakak ada hntr brg masa aku kat hostel.
Aku cuma
berharap kakak balik semula. Aku dari belum habis sekolah sampai nak
habis belajar, kakak masih menyepi. Aku respect kakak sbb dia tak pernah
abaikan tanggungjwb terhadap keluarga kami. Tak pernah org dtg mintak
hutang. Tak pernah kami kurang mkn pakai. Siap boleh hantar ibu ayah ke
mekah. Tapi semua duit kakak bank in dan semua urusan melalui orang. Apa
yg kami tahu semua dah tersedia depan mata.
Tabahnya kakak hidup
sebatang kara. Khilafnya kami kerana tak nampak pengorbanan seorang
kakak. Aku harap confession ni diviral kan sampai lah kakak dpt baca.
Kami semua rindu kakak. Abg pon dah ada anak 2. Tanpa kakak disisi aku
rasa kosong. Sbb kakak la yg paling byk mengajar aku erti kehidupan dan
menyulam sabar disaat kami susah dahulu.
-Adik seorang kakak-
No comments:
Post a Comment