Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 26 July 2016

"Ruhainies Hanya Teman Rapat, Bukan Kekasih Saya"


Walaupun pernah mengakui Ruhainies merupakan insan istimewa didalam hidupnya, Azrel Ismail menepis dakwaan yang mengatakan beliau merupakan teman lelaki kepada pelakon itu. Tindakannya yang seolah dilihat melindungi wanita itu daripada kontroversi dengan suami Adira baru-baru ini hanya dibuat atas dasar teman rapat kepada pelakon itu.

“Sebagai kawan rapat, saya berharap Ruhainies akan terus fokus kepada kerjaya seninya yang semakin berkembang naik. Dia haruslah lebih berhati-hati dan berwaspada dengan hal yang tidak terduga,” katanya kepada Berita harian Online mengenai kontroversi video mesra membabitkan rakan baiknya, Ruhainies bersama Dato Seri Adnan Abu tempoh hari.

Sementara itu, dalam masa yang sama Azrel turut terkejut apabila dirinya turut dikaitkan sekali dengan kontroversi yang melanda Ruhainies minggu lalu sehingga mendapat status kekasih kepada wanita itu. Jelasnya, oleh kerana kerap digandingan bersama-sama didalam drama sejak tahun lalu, mereka mula berkawan baik tanpa mempunyai hubungan cinta.
Terdahulu, Azrel pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau sangat yakin bahawa Ruhainies tidak mempunyai hubungan cinta bersama Dato Seri Adnan Abu seperti yang didakwa orang ramai. Malah katanya, ketika Ruhainies ingin keluar berjumpa Dato Red pada hari tersebut, Ruhainies turut memaklumkan kepadanya namun tidak diberitahu tujuan perjumpaan itu.
-Rotikaya-

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my